***Ibadah Korban iv***

sambungan:

 
Jadi hendaklah di sedekahkan walaupun sedikit seperti setengah kilo atau setengah kati dengan syarat hendaklah daripada daging yang mentah, bukannya yang telah dimasak.  
 
Tujuannya supaya orang fakir atau miskin itu boleh memasak daging itu mengikut seleranya atau membolehkan dia menjualnya kepada orang Islam yang lain bagi mendapatkan wang ataupun pertukaran dengan barangan yang lain.  

 
Yang paling afdhal menurut mazhab Shafi‘i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang berpatutan dimakan oleh orang yang berkorban dan keluarganya untuk mengambil berkat seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan.  Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan korban.
 
#Diri Individu Yang Dituntut Melakukan Ibadah korban
 
Syarat-syarat bagi orang yang dituntut melakukan ibadah korban:
 
i. Seorang Islam yang masih hidup.  
Tidak boleh melakukan untuk si mati jika dia tidak meninggalkan wasiat.
ii. Seorang yang merdeka.  

iii. Baligh dan berakal. 
Iv. Bermukim iaitu menetap di sesuatu kawasan. 
v. Mampu melaksanakan – orang yang mampu ialah mereka yang mempunyai wang untuk berbelanja mendapatkan ternakan korban, yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya untuk Hari Raya dan Hari-hari Tasyrik kerana tempoh itulah masa bagi melakukan korban. 
 
Syarat Sah Orang Yang Melakukan korban ada tiga perkara:
i. Amalan korban hendaklah disertakan dengan niat untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah SWT.  Sebagai contoh 
”Ini adalah korban, Insya Allah” atau 
”Aku mewakili si polan untuk menyembelih korban” bagi niat sebagai wakil. 
 
Waktu niat korban adalah semasa menyembelih atau semasa membeli ternakan korban.
 
Memilih ternakan korban yang boleh dikongsi bahagian seperti unta, lembu dan kerbau jika ingin berkongsi tujuh orang. 
Manakala kambing atau biri-biri dikhususkan untuk seorang yang mewakili satu bahagian. 
 
#Syarat Sah Haiwan Ternakan korban: 
i. Ibadah korban tidak sah kecuali dengan menggunakan haiwan an’am(ternakan) iaitu unta, lembu, kambing, biri-biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina, yang menjadi baka ataupun dikasi (dimandulkan) Dengan itu tidak sah berkorban dengan menggunakan ternakan yang lain selain daripada haiwan an’am(ternakan) seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk dan seumpamanya. Jadi unta liar dari Australia tak boleh dibuat korban.
 
ii. Hendaklah penyembelihan korban itu dalam masa yang tertentu iaitu pada Hari Nahar dan meliputi tiga malam iaitu malam ke-11, malam ke-12 dan malam ke13 Zulhijjah (tetapi makruh).  Korban tidak sah dilakukan pada malam Hari Raya iaitu malam ke-10 Zulhijjah.  Begitu juga tidak sah dilakukan pada malam  ke-14 Zulhijjah
 
iii. Hendaklah ternakan yang dikorbankan itu tidak mempunyai kecacatan seperti tempang, buta, telinga koyak, patah sebelah tanduk atau cedera pada tubuh badan atau kurus sehingga tidak mempunyai lemak, maka tidak tercapai matlamat korban. 
 
iv. Setiap ternakan yang dijadikan sembelihan korban hendaklah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit. 
 
v. Hendaklah haiwan yang dikorbankan telah mencapai satu tahap minimum umur yang diharuskan untuk berkorban iaitu: 
a.Unta (ibil) – berumur 5 tahun masuk tahun ke-6.  
b.Lembu/kerbau (baqarah) – berumur 2 tahun masuk tahun  ke-3. 
c.Kambing (ma‘zi) biri-biri (da’ni) berumur 2 tahun masuk tahun ke-3. 
berumur 1 tahun masuk tahun ke-2 ataupun telah bersalin gigi di hadapan. 
 
#Waktu Menyembelih korban Penyembelihan korban hendaklah dilakukan apabila berlalu tempoh sekadar selesainya dua rakaat solat sunat Hari Raya Adha serta khutbah.  Waktu penyembelihan korban berterusan siang dan malam (makruh pada waktu malam) sehingga Hari Tasyrik yang terakhir (13 Zulhijjah)  sebelum terbenamnya matahari. 
 
#Syarat Penyembelih Haiwan korban 
Afdhal bagi orang yang melakukan korban menyembelih korbannya dan sama-sama turut hadir menyaksikannya. 
 
Walau bagaimanapun dia boleh mewakilkan kepada orang lain atau syarikat atau persatuan yang bersetuju untuk menguruskan ibadah korban dengan syarat-syarat seperti yang berikut: 
 
i.Penyembelih korban hendaklah seorang muslim sama ada lelaki atau perempuan.  Jika korban itu disembelih oleh orang kafir yang diwakilkan oleh tuan korban, maka korban itu tidak sah dan makruh sekiranya dia seorang ahli kitab; 
ii.Mumayyiz dan berakal maka tidak boleh orang yang gila dan mabuk.  
iii.Makruh mewakilkan ke atas kanak-kanak dan perempuan haid. 
# Namun yang afdhal menyembelih korban adalah orang lelaki 
#Sunat orang perempuan mewakilkan kepada orang lelaki
iv. Mampu melakukannya (pandai menyembelih)
v.Dilakukan tanpa ada paksaan. 
 
#Syarat Alat Menyembelih 
Alat menyembelih hendaklah tajam yang boleh memutuskan:
i. Urat pembuluh darah yang terletak di sebelah kiri dan kanan leher (wadajain); 
ii. Urat mari’ (saluran makanan)
iii. Halqum (saluran pernafasan)  
 
#Tidak menggunakan alat yang tumpul seperti tulang dan gigi haiwan.
 
Kawasan Penyembelihan Ternakan korban 
 
Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa aktiviti penyembelihan ialah seperti yang berikut:
i. Hendaklah ditentukan di tempat yang khusus yang merangkumi aspek keselamatan dan kebersihan tempat tersebut.
ii. Kawasan tambatan ternakan korban hendaklah lapang, teduh dan selamat; 
iii.Hendaklah menyediakan air minuman yang bersih dan makanan yang mencukupi bagi haiwan berkenaan
iv. Tapak penyembelihan ternakan korban hendaklah sesuai, bersih dan selamat
v. Darah penyembelihan tidak boleh dialirkan ke saliran awam seperti longkang, tali air, parit dan sebagainya.
vi. Tempat melapah jika dilakukan di atas lantai hendaklah sesuai dan bersih.
vii. Daging yang telah dilapah hendaklah digantung pada tiang yang tidak karat dan ketinggian tiang yang bersesuaian agar daging yang dipotong tidak mencecah lantai
viii. Tempat memotong daging hendaklah menggunakan meja yang sesuai, bersih dan selamat.
Penyembelihan yang dilakukan di balai raya, padang awam, taman perumahan, luar perkarangan masjid, surau, serta rumah persendirian hendaklah menitikberatkan aspek kebersihan bagi memastikan daging korban bersih dan juga selamat untuk dimakan. 
 
Afdhal dilakukan di kawasan rumah kerana dapat disaksikan oleh ahli keluarga. 
 
#Perkara Sunat Ketika Berkorban  Antara perkara sunat ketika berkorban adalah seperti yang berikut: 
i.Menambat ternakan korban menjelang Hari Nahar 
ii.Makanan haiwan sembelihan sebelum korban
iii.Pastikan tidak makan makanan yang syubhah (makan rumput di kawasan yang bukan milik tuan haiwan korban). 
iv.Meletakkan tanda serta menutup tubuh ternakan korban supaya dapat merasakan kepentingan korban. 
v.Melakukan penyembelihan korban dengan sendiri.
vi.Membaca Basmalah dan  Berselawat ke atas Nabi SAW. 
vii.Penyembelih dan ternakan sunat mengadap ke arah qiblat. 
ix.Sunat memilih ternakan yang paling baik. 
x.Sunat menunggu ternakan yang disembelih itu sehingga sejuk dan semua anggotanya tidak bergerak lagi atau benar-benar mati dan barulah dilapah.
 
Perkara Makruh Ketika Berkorban i. Makruh melakukan korban ternakan yang carik telinganya atau terpotong sedikit dibelakang telinganya. 
ii.Makruh memotong bulu ternakan yang hendak dikorbankan bagi tujuan kegunaan sendiri jika boleh memudharatkannya. 
iii. Makruh menjadikan ternakan korban yang pecah dan patah tanduknya dan tiada bertanduk. iv.Makruh memerah susu ternakan yang hendak dijadikan korban dan meminumnya kecuali disedekahkan susu tersebut.
v.Makruh bagi orang yang hendak berkorban memotong kukunya dan bercukur.
 vi. Makruh melakukan sembelihan korban pada waktu malam. 
Ok la…. nak chek in bagasi….
KLIA
12.27am, Okt 15, 2013
 
 
 
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s