***Ibadah Korban ii***

Image

Korban Nazar 

Korban yang diwajibkan ke atas individu yang berazam untuk melakukan korban nazar.  Contohnya apabila seseorang menyebut “Wajib ke atas diriku berkorban seekor kambing kerana Allah SWT” atau “Kalau aku sembuh penyakit ni, aku bernazar korban seekor kambing kerana Allah SWT”
 
b. Korban Sunat (tatawu‘) 
Korban yang dilakukan bukan niat kerana bernazar.  Ia dikira sunat kerana tidak ada sebab-sebab dan syarat menjadikannya wajib. 
 
Sunat Muakkadah
Sunat yang amat dituntut untuk melakukan ibadah korban dan makruh meninggalkan bagi yang berkemampuan. 
 
Hari Nahar 
Hari Raya ‘aidil Adha iaitu pada 10 Zulhijjah. 
 
Hari Tasyrik 
11, 12 dan 13 Zulhijjah. 
 
b. Hikmah Ibadah Qurban 
Ia disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT di atas segala nikmat-Nya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.  Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun 
dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berkorban dan juga mereka yang lain. 
Hikmahnya juga kerana mengenangkan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan keluarga baginda yang sangat taatkan perintah Allah sanggup lakukan apa sahaja. Moga dengan berkorban, kita dapat mengikut jalan para nabi dan rasul.
 
d. Hukum Berkorban 
Dalil pensyariatan ibadah qurban adalah berasaskan kepada al-Quran merujuk kepada:
i.Surah al-Kauthar ayat 2, 
ii.Surah al-Hajj ayat 36 
iii.Surah al-Saafat ayat 107.  . 
 
Menurut pandangan jumhur ulama hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat (sunat muakkadah) bagi individu yang berkemampuan. 
 
12   Pandangan ulama mazhab Shafi‘i adalah sunat ’ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup.

 

e. Hukum Daging Korban 
i.Ditegah memakan daging bagi orang yang melakukan korban nazar (wajib) dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya walaupun sedikit ii. Ditegah memberikan daging korban tersebut kepada orang bukan Islam. 

Hukum pemberian daging korban sunat kepada orang bukan Islam: i.Ulama Mazhab Shafi‘i tidak mengharuskan pemberian daging korban sunat dan wajib kepada orang bukan Islam 
ii. Imam al-Nawawi mengharuskan 

Advertisements

2 thoughts on “***Ibadah Korban ii***

  1. *Byk org skrg yg dah ambil ringan ttg hukum haram mmkn daging korban & aqiqah bg individu spt non muslim (juga yg korban nazar). Main ‘taram’ je masing2 anak beranak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s