***Semalam***

Image

Image

Image

Salam ceria.

Jam hampir menunjukkan pukul 8pagi, bau getah dari kilang Mardec tak jauh dari rumah sudah mula menusuk hidung. Sesekali pewangi auto menyemburkan bauan lemon yang menyegarkan tetapi tetap tidak boleh menghilangkan bau busuk getah. Kipas berputar laju tapi idea anjang tetap slow, tak tau nak tulis apa. Cahaya matahari pagi mencuri masuk di jendela. Hati anjang je belum bercahaya, macamana nak coretkan sesuatu.?
 
Semalam Kak Jannah keluar dengan Najiah, operasi jual meja Makan Malam Amal. Jadi dah petang, pelajar belum ada siapa yang ambil. Kebetulan hari ni Sukan di sekolah. Mereka tak balik. Ummu Salimah hantar makanan tengahari. Budak-budak tu pun dapat duit belanja. RM1 seorang. Lagipun mereka dapat bantuan makan di sekolah, RMT. Jadi petang, Anjang rasa nak bantu Ummu Salimah ambil mereka dari sekolah. Selalu naik Nissan Urvan, hari ni dengan Avanza je la. Selalu 1 trip je. Petang ni kena 2 trip sebab tak muat. 21 orang nak sumbat sekaligus dalam Avanza? Musy ma’qul!
 
Sekolah mereka bukanlah jauh sangat. Tetapi jadi jauh kerana kedudukan rumah di simpang Bota Kanan jalan besar Ipoh-Lumut. Jadi kena ambil kiri dulu, melintasi Sungai Perak menghala ke traffic light Bota Kiri, buat U turn patah balik ke kanan. Di sini je dah dekat 2km. Selepas petrol BH, ada traffic light, ambil kiri. Anjang pandu Avanza berhati-hati kerana jalannya yang agak sempit dan sedikit berliku. 
 
Lalulah di depan kilang getah Mardec yang menyebarkan bau ‘harum’ setiap pagi. Rasanya dalam 2-3km kita akan dapat melihat signboard berlogo PAS di kanan jalan. Di situ juga ada papan tanda Sekolah Kebangsaan Cikgu Mior Shaharuddin. 
Kena masuk kanan dalam 200 meter di situlah terletak sekolah anak-anak puteri kita belajar. Sekolah kecil, menempatkan hanya lebih kurang 100 orang murid. Tahun 6 cuma ada 10 orang murid, 5 darinya anak-anak asrama kita.
 
Bila trip pertama naik, berbau satu avanza, kurang sikit dari bau getah Mardec. Mungkin kerana bersukan petang tu. Kesian dengan mereka, buat sesuatu yang mereka tak suka. Bukan tak suka bersukan, suka. Cuma tak suka bersukan bercampur lelaki perempuan. Berlari ditonton oleh yang bukan mahram. Inilah suara hati anak-anak yang sedang dididik dengan Islam. Mungkin jika di peringkat pra sekolah tak mengapa, tetapi bila dah agak dewasa, dah ada rasa malu, sebaiknya terus disuburkan. 
 
Tetapi apa yang mereka sukai ialah mengadakan persembahan tarian sufi dengan lagu latar dari nasyid-nasyid membawa mesej ketuhanan. Tapi pihak sekolah tak ambil peluang. Mereka berpeluang buat show di Universiti Teknologi Petronas Sri Iskandar, Resort Telok Batik Lumut, TLDM di Pangkalan KD Sultan Idris 1, MTU Services Sdn Bhd Lumut dan majlis-majlis perkahwinan. 
 
“Dah sembahyang Asar?”, anjang bertanya,
“Belum,” jawab mereka hampir serentak tetapi agak perlahan kerana rasa bersalah. Ye la, jam dah 6 lebih, Asar dah hujung waktu, dengan badan berpeluh busuk masih belum tunaikan kewajipan seorang hamba terhadap Tuhannya. 
“Sampai rumah segera sembahyang,” tegas anjang bersama rasa terkilan di hati. Susahnya nak bina pendidikan yang bersepadu, sehat akal, fizikal, perasaan dan roh. 
 
Selesai trip pertama, ambil trip kedua. Inilah kerja Kak Jannah setiap hari selain dari memasak, memimpin ibadah, buat kelas tambahan, ajak anak-anak hias asrama dengan nurseri bunga, menanam sayur dan membela beberapa ekor ayam. Di luar dia buat perhubungan, membeli keperluan dapur dan asrama, mendapatkan bantuan dari penderma yang bermurah hati. Ke hulu, ke hilir dengan van. Moga Kak Jannah dan En Azam sentiasa sehat untuk membantu asrama ini. 
 
Moga anak-anak Kak Jannah, Fatih, Dhirar dan lain-lain memahami tugas Kak Jannah. Bersungguh-sungguh bertanggung jawab dengan amanah yang Allah beri. Lalu pandai untuk berusaha menjadi anak yang soleh. Bersungguh-sungguh meninggalkan rokok dan semua perangkap yahudi. Kasihanilah ibu dan ayah yang lurus hati dengan perjuangan. Biar susah di dunia, jangan derita dan merana di akhirat. Biar malu di sini, jangan dimalukan di sana. Ampunkan kami Allah.
 
Di sini anjang nak mengajak semua pembaca membantu program Makan Malam Amal, Pertubuhan Nur Kasih Bestari yang menaungi asrama ini, membantu pendidikan untuk membawa generasi ini cinta Allah dan rindu Rasul, samada dengan membeli meja atau kerusi untuk program itu atau berkempen kepada saudara mara yang tinggal sekitar Ipoh untuk bersama-sama memberi saham. Harga 1 meja VIP untuk 10 orang cuma RM1000 sahaja. Meja Biasa cuma RM500. Nak beli kerusi pun boleh. Nak menyumbang je pun diterima. Yang tinggal jauh tu tapi ingin juga bersama tak salah menyumbang seringgit dua (10,20 atau 100, 200 dll) dibank in ke akaun Pertubuhan Nur Kasih Bestari, Perak (Maybank 5581 1851 1844). Manalah tau, dengan keikhlasan di hati, tiba-tiba sumbangan itu yang menjadi penyelamat kita di akhirat.
Yang tak boleh atau tak dibenarkan, kalau nak menyumbangkan suara dalam majlis itu, suara kalau dah elok-elok kenapa nak di’sumbang’kan? Hehehe.
 
Butiran Majlis Makan Malam Amal itu seperti berikut:
Tarikh: 18hb Oktober, 2013 (Jumaat depan)
Tempat: Restoran Simpang Tiga, Green Town Square, Green Town, Ipoh, Perak DR.
Masa: 8.00-11.00 malam
 
“Gembirakanlah hamba Allah, nescaya Allah akan gembirakan kamu.”
Ni motto YKPMM, anjang pinjam kejap.
 
Ampun maaf, jumpa lagi.
PNKBP, Bota Kanan.
9.24am, Okt 11, 2013

 

Advertisements

One thought on “***Semalam***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s