***Ibadah Korban***

Image

Salam ceria, 

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Korban. Jadi, eloklah kita ulangkaji fardhu ain ibadah korban. Bukan apa, sebagai ingat-ingatan. Lagipun, Kak Jat ada minta kat bbm pada anjang baru-baru ni. Kot-kot bila tulis ni ada orang nak cukupkan bahagian korban Zon kami yang belum cukup. Hehehe. Sempena kembali pada fatwa ni, anjang ambil panduan ibadah korban yang disediakan oleh JAKIM tetapi anjang olahkan sikit untuk memudahkan kefahaman pembaca anjangmuor yang majoritinya remaja. Moga para alim ulama di JAKIM membenarkannya.
 
Korang tentu tau, ibadah korban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam.  Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah.  Dalil pensyariatannya ialah firman Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36.  Korang cari la sendiri, belajar-belajar buka terjemahan Quran. 

 
Hukum menyembelih korban adalah sunat (sunat muakkadah). Sunat yang sangat dituntut.  Amalan ini dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun apabila tibanya ‘Idul Adha pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Amalan ini menjadi satu amalan tahunan bagi masyarakat Islam khususnya di Malaysia yang melakukan penyembelihan haiwan ternakan korban sama ada dilakukan di masjid, surau, balai raya, padang awam, taman perumahan atau rumah persendirian. 
 
Jadi, kita akan kongsikan ilmu tentang ibadah korban mengikut Garis Panduan dari pihak berkuasa agama di negara Malaysia tercinta.
 
Kandungan garis panduan ini adalah seperti yang berikut:  
a. Tafsiran 
b. Hikmah Ibadah korban 
c. Hukum Berkorban 
d. Jenis korban 
e. Hukum Daging korban  
f. Pembahagian Daging korban  
g. Diri Individu Yang Dituntut Melakukan Ibadah korban  
h. Syarat Kepada Orang Yang Melakukan korban 
 i. Syarat Sah Haiwan Ternakan korban  
j. Waktu Menyembelih korban  
k. Syarat Penyembelih Haiwan korban  
l. Syarat Alat Menyembelih  
m. Kawasan Penyembelihan Ternakan korban  
n. Perkara Sunat Ketika Berkorban  
o. Perkara Makruh Ketika Berkorban  
p. Kebajikan Haiwan Sembelihan korban  
q. Cara Menyembelih Haiwan korban  
r. Pengurusan Sisa Ternakan korban  
s. Agihan Daging korban  
t. Kesimpulan  
 
Ok, larat ke korang nak follow membaca? Kalau tak larat kita berhenti dulu. Sambung esok… Alang-alang esok, baik kongsi sikit dulu.
 
a. Tafsiran 
i. Korban   
Nama bagi ternakan yang disembelih pada Hari Raya Aidil Adha dan 3 hari Tasyrik. Korban bermaksud menyembelih ternakan tertentu kerana mendekatkan diri (bertaqarrub) kepada Allah SWT. Ertinya kalau sembelih pada hari-hari lain, tak boleh panggil korban. Mungkin ‘akikah, dam atau nazar dll.
Ok, kita sambung nanti… sekarang ada program.
 
PNKBP, Bota Kanan.
2.53pm, Okt 11, 2013
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s