***Gout***

Salam ceria.
Sampai di Bandar Ikhwan Bt Hampar jam dah menunjukkan pukul 6 lebih. Nampak suasana ceria. Sekarang jalan berturap tar menggantikan jalan pasir berkrikil ketika anjang di sini 2009-10. Ketika itu, bila musim panas, debu naik beterbangan, khasnya bila kereta dipandu laju macam proton merah Us Zar. Hehe. Musim hujan pula, ada lopak di sana sini. Kalau hujan lebat, banyak pasir dibawa arus air. Meninggalkan batu krikil tajam. Lopak-lopak tu anjang suruh Fathi dan Toman tampung. Sekarang tidak lagi. Yang ada jalan bertar cantik dan kemas.

Pokok-pokok bunga, berpasu dan tidak berpasu, jenis bunga berwarna warni dan jenis berdaun menghiasi bandar khasnya di dataran di antara masjid dengan stable kuda. Dengan dua buah ‘wakaf’ hasil tangan En Ahmad Norashidi dan En Al Faiza masih kukuh berkhidmat walaupun mereka telah merantau nun jauh ke Sarawak dan Johor. Terdapat juga buaian besi untuk duduk bersantai di waktu petang sambil berwirid ‘alhamdulillah’ sebanyak-banyaknya. (jangan langgar fatwa)

Setelah bersalaman dengan Tuan Johan dan berpelukan dengan Abg Amin, anjang terus ke kolam melihat Tn Nik Hazani menjala dengan dikerumuni oleh anak-anak pelajar. Bert-shirt biru dan seluar panjang hitam di menebar jala dari atas bahunya ke permukaan kolam yang telah dipagari pokok bunga renek yang cantik tersusun. Pandai dia menebar jala, luas terbuka. Anjang tak pandai. Memancing tau la. Di dalam baldi terdapat 4-5 ekor talapia merah, beberapa ekor talapia hitam dan sepat.

Di sebelah kolam terdapat stable kuda yang anjang rasa sangat kemas. Terdapat 2 ekor kuda yang cantik dan sehat. Seekor darinya baka Argentina yang terlatih untuk Sukan polo kuda. Dah lebih 20 tahun umurnya. Beberapa remaja bertanggung jawab mengurusnya termasuk apek anak Cikgu Azman Tapah.

Setelah menjala, anjang bersembang dengan Tn Nik mengenai gout dan air alkali. 
Sebenarnya ramai je kawan-kawan kita yang kena gout. Tuan-tuan, Tashmidin, Tajuddin, Azri, Nik Hazani, almarhum Zamri Azhar, Rashidi Zakaria, Malik Raswan, Azam Jaafar malah orang semuda Ikhwan Saudi pun menderita sakit gout.

Dulu dikaitkan dengan penyakit raja-raja, mungkin kerana mereka bermewah-mewah dalam menikmati makanan. Sekarang ramai pengidapnya, mungkin kerana dah ramai yang mampu menikmati makanan standard raja-raja. Tetapi pesakit gout kurang mendapat simpati orang kerana tak kelihatan luka atau patah di luar. Ia makan dalam. Asid Uric lebih di dalam badan.

Gout telah menjadi satu pasaran yang besar bagi pengeluar ubat. Terdapat bermacam-macam ubat gout di pasaran yang didakwa boleh merawat sakit gout dan menurunkan paras asid uric di dalam darah. Korang percaya ke? Kebanyakan ubat-ubat ini termasuk herba rupa-rupanya mempunyai kadar dadah yang berlebihan malah ada yang beracun. Kadang-kadang lagi cepat nampak kesannya pada penyakit, lagi banyak bahan terlarang di dalamnya. Ada seorang kawan anjang di sebuah rancangan Felda di Johor, mukanya sembab kerana banyak sangat makan ubat gout. Kesan sampingannya seperti yang diketahui ramai, merosakkan buah pinggang dalam jangka masa yang panjang. Jangan mengambil risiko! Kerosakan buah pinggang akan menyebabkan seseorang terpaksa di dialisis atau cuci darah seminggu 3 kali di klinik dengan kos yang tinggi atau buat di rumah dengan kaedah yang memerlukan pengawalan yang sangat rapi untuk mengelak jangkitan kuman. Moga Allah berikan kesabaran dan kesembuhan kepada pengidap sakit buah pinggang.

Salah satu rawatan yang moden dan bebas daripada bahan kimia adalah Air Alkali anti oksiden yang memang terbukti boleh meneutralkan macam-macam toksik berasid di dalam badan. Konsepnya adalah sangat mudah iaitu… Asid + Alkali = Neutral. Jadi bagi yang menderita sakit gout hingga buang air besar pun terpaksa dibantu atau yang nak mengelakkan segala penyakit yang berpunca dari pengumpulan asid dibadan, anjang syor banyakkan minum air alkali.

https://anjangmuor.wordpress.com/biocera-jug/

Ok, jumpa lagi.
Rumah Che Jan, Bt Hampar.
5.30am, Okt 7, 2013

Advertisements

2 thoughts on “***Gout***

  1. Uncel anjang, klu orang kna strouk blh k minum air alkali tu? Abah sakit tu nak gak la mencuba, mana tau serasi k, stok nak dapat macam mana ye?

  2. Penawar gaut percuma, insya Allah mujkarab.
    Rebuskan 11 biji buah cheri (yang pohonnya rendang tu). Campur denghan 11 helai daun pandan dengan 3 mug air hingga sejat tinggal satu mug. Diminum sedikit2. Ulang sampai sembuh. (Ana dapat petua ini dari tuan Anuar Peranchis dan mujarab) Cuba lah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s