***Lurus Hati***

Image

Salam ceria,

Aidil Adha hanya tinggal beberapa hari lagi. Raya korban yang lebih utama dari Raya Puasa. Terlalu banyak keutamaanya. Banyak sungguh sejarahnya. Yang tak dapat kita lupa sampai bila-bila. Menjadi pedoman dan panduan sepanjang hayat. Diantara sejarah paling penting ialah kisah keluarga Nabi Allah Ibrahim As.
 
Bagaimana nak melupakannya, mereka kita doakan dalam setiap sembahyang kita. Boleh ke tak ingat, sedangkan bibir kita mengharap keberkatan Nabi Ibrahim dan keluarganya. Hebatnya mereka hingga disebut dalam ibadah khusus hamba kepada Tuhan dalam syariat Nabi penutup. Di mana kehebatan mereka?
 
Antara yang penting ialah bagaimana kehebatan lurusnya hati mereka dengan Tuhan. Tidak berganjak, walau seinci, walau suku milimeter dari apa jua arahan Tuhan walaupun tak munasabah bila diukur dengan akal. Hanifam muslima, wa ma ana minal musyrikin.
 
Disuruh pindah, pindah. Diarah bawa isteri dan anak ke padang pasir, di bawa. Tiada “aah”, tiada “eeh.” Diperintah tinggalkan isteri dan bayi di tengah padang pasir kontang. Panas. Kering. Berdebu. Bahaaang. Bahaang yang amat sangat. Tanpa teman. Sikit saja bekalan. Ikut. Lurus je hati. Tak berganjak dari Tuhan. Tak mengandai-andaikan risiko. Tak terdetik bersangka buruk. Oh! Hati apakah begini?
 
Si isteri sanggup pula ditinggalkan. Tanpa kawan. Hanya bayi kecil sebagai teman. Cuma sedikit bekalan. Bukan di dalam taman, tapi di Bakkah yang kering kontang. Suami pula pergi, terus pergi. Pulang ke rumah. Bersama madunya. 1 tahun baru bertemu semula. Bekalan habis. Susu kekeringan. Anak menangis kehausan. Tapi hati semakin kuat dengan Tuhan. Sedikit pun tidak protes pada suami, lebih-lebih lagi Tuhan. Dirasakan itulah yang paling adil, paling adil, paling adil bukan giliran tetapi suami menghadiahkan Tuhan. Tuhan adalah kebahagiaan. Kebahagiaan dengan Tuhan mesti bersama tangisan. 
 
Bila anak mula membesar, diuji lagi. Minta dikorbankan. Diperintah sembelih. Aduuh… lalu bagaimana menerimanya? Tetap lurus hati. Tak sedikit pun berganjak dari Tuhan. Tiada terusik sedikitpun di hati, lebih-lebih lagi di bibir dan lidah. Anak menerima, ibu menerima, bapa menerima. Aneh, keluarga mithali. Bukan kerana anak masuk universiti, tapi satu keluarga sangat menerima ketentuan ilahi.
 
Wahai para suami, masih ingin ikut perintah isteri setelah saban tahun mendengar kisah ini? Wahai para isteri, di manakah nak kau ‘bakul sampahkan’ cerita Nabi, bila masih mengugut suami dengan giliran setiap hari?
Wahai para anak-anak, sangguplah berkorban demi Tuhan, tinggalkan rokok, dadah dan semua cara hidup yahudi, kalau betul-betul nak ikut keluarga Nabi.
 
Selamat Hari Raya Korban!
Ampun maaf.
 
Surau RTS, TM.
5.40am, Okt 6, 2013

 

Advertisements

2 thoughts on “***Lurus Hati***

  1. Assalam.
    Kisah ini selalu di baca setiap tahun. Tapi bicara saya hanya di mulut. Susahnya hati nak sama bertaut. Apatah lagi rasa takut. Sangat kalut.

    Ya Allah… Mudahkanlah untuk ku ikut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s