***Hidup Gaya Elit, di Akhirat Tidak Sulit***

Image

Sebenarnya Islam tak anti kekayaan. Islam tak larang kemewahan. Islam tak halang kemodenan dan kecanggihan. Lebih-lebih lagi kekayaan boleh membuatkan bukan Islam menghormati orang Islam. Kemewahan boleh menundukkan ego orang-orang kaya. Kemodenan dan kecanggihan membuatkan si miskin yang lemah iman, mendapat kekuatan untuk hidup mengikut syariat Tuhan dan sunnah Rasul.

 
Tetapi bagaimanakah caranya ingin hidup kaya tetapi hati tak dihinggapi cinta dunia? Bagaimana untuk hidup dalam kemewahan tapi tak sengsara dihisab di Akhirat? Bagaimana nak hidup penuh kemodenan dan kecanggihan tapi tak bangga diri dan ego?
 
Boleh ke hidup kaya dan bergaya tetapi hati tak cinta dunia? Pernah ke jumpa orang-orang yang berada tapi tawadhuk, tak sombong dan tak bangga? Ada ke si kaya yang kurang hisab di sana?
 
Sebenarnya ada. Islam mengajar kita ada kekayaan dunia sekaligus akhirat. Hidup selesa, berwibawa di dunia dalam masa yang sama, insyaAllah bahagia dan tidak tersiksa dan menderita di sana. Bagaimana?
 
Kayakan Islam. Kayakan jemaah. Miskinkan peribadi. Bila Islam atau jemaah itu kaya, semua orang merasa hidup dalam kemewahan. Kalau tak sentiasa selesa pun, ada juga peluang selesa dan bergaya tapi hati terjaga. Kerana hati atau roh lebih selesa hidup tanpa keselesaan kerana lebih kuat pergantungan dengan Allah. Bila Islam atau jemaah kaya, akan ada kereta mewah, kenderaan canggih, rumah agam, bunglow dengan kolam renang, resort dan homestay yang class, restoran 5 bintang dll dapat dinikmati bersama. 
 
Nikmati bersama tanpa rasa cinta dunia di hati. Macam mana nak cinta, itu bukan harta kita. Jemaah punya. Tanpa ada rasa bangga berbentuk peribadi, bagaimana nak bangga sendiri, atas nama peribadi kerana semua itu milik Islam. Bukan milik individu.
 
Nikmatilah tanpa dihisab di akhirat, InsyaAllah, kerana segalanya milik jemaah, milik Islam. Manakala individu kekallah memiliki harta sekadarnya, sekadar atau senilai dunia yang tak kekal ini. Bukan dibesar-besarkan, bermewah-mewah, mendahulukan peribadi dan keluarga. Meminggirkan Islam hidup merempat di bumi sendiri. 
 
Ingatlah! Kita semua akan ditanya di depan Tuhan. 
Dunia itu…
…Halalnya dihisab…
……Haramnya diazab…
Ambillah sekadarnya untuk diri, berkorbanlah sungguh-sungguh untuk Islam, nescaya kita semua akan hidup ala golongan elit…
Di Akhirat, mudah-mudahan tidak sulit…
 
Musolla RTS, TM.
5.08am, Okt 6, 2013

 

Advertisements

4 thoughts on “***Hidup Gaya Elit, di Akhirat Tidak Sulit***

  1. Pingback: Gaya Hidup Elit di Akhirat Tidak Sulit | Minda Art

  2. Pingback: Gaya Hidup Elit di Akhirat Tidak Sulit | MINDATV

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s