***Untuk 22 tahun ke atas sahaja***

Salam ceria.
“Bi, kepala abi kena gigit ketam ke?”
Tergelak anjang dengar soalan spontan Masyitah bila dia terlihat kesan lebam merah di kepala anjang. Kesan berbekam. Semasa anjang di bangku sekolah (sekolah Arqam duk atas simen, mana ada bangku.. hehe) Ada joke orang mengaji  kitab Arab dan kitab jawi. Dia keliru bila baca berbekam dalam jawi dengan menyangkanya Bahasa Arab. Jadi macam mana? Dibacanya: بربكم. (berbekam) itu dengan ‘birobbikum’. Sampai ke sudah tak faham makna ayat, sebab birobbikum tu ertinya ‘dengan Tuhan kamu’, kalau ayat itu: 
بربكم ايت سنة
Dia baca, birobbikum itu sunaaaatt. Kan tak kena tu…. jadi masalah kalau tak faham. Begitu juga, anak panah;
انق فانه
Dia baca anak ‘fainnahu’

Ok hari ni bukan nak cerita kitab arab, kitab jawi tapi nak cerita berbekam.

Semalam pergi ke klinik, farmasi Ikhwan untuk snap gambar yang sesuai untuk Web site. Gambar-gambar dalam Web lama tu dah lama sangat. Foto Abg Din melawat En Ismail sakit, macam berlakon je. Pastu semua gambar  era Rufaqa yang dah diharamkan. Kena amik gambar-gambar baru. Tapi, mungkin masa anjang sampai tak sesuai, tak nampak orang. Di farmasi lengang. Kat klinik tak de orang. Akhirnya ke Rawatan Ikhwan jumpa orang kampung, Tabib Hishamuddin Ishak.

Bila sembang hajat anjang nak snap gambar orang sedang mendapat rawatan, Syam beritau En Kamaluddin baru je selesai berbekam. Allah, dah terlambat.
Akhirnya sembang tentang bekam dengan Syam.
Bekam 3
Sebenarnya datuk anjang seorang tukang bekam. Ketika itu dia lakukan bekam dengan tanduk. Kata abah, ketika sedut tu sampai kecut kedua-dua pipi, sambil abah gayakan pipi yang mengecut dengan kedua matanya yang agak terbeliak. (sebab anjang sendiri tak sempat jumpa atuk, dia meninggal sebelum anjang dilahirkan). Timbul semangat, rasa nak belajar berbekam dengan Syam, manalah tau aruah atuk suka, ada juga zuriat aku pandai berbekam. Lebih dari itu, dengan mahir berbekam kita boleh berkhidmat sesama manusia.
خير الناس من ينفع الناس
Sebaik-baik manusia, manusia yang paling banyak berkhidmat kepada orang lain.

Bukan sekali, boleh berkhidmat kepada orang yang sama, berkali-kali. Tak macam Tok Mudim atau Doktor yang sunatkan orang. Sudah tentu, sekali saja dia berkhidmat seumur hidup orang tu. Hehehe. Kalau kena khatan beberapa kali, alamat alat tu tak boleh berkhidmat.

Pertama kali anjang berbekam ketika belajar di Pakistan tahun 1992. Ketika tu selalu pening kepala dan magerin (betul ke spelling ni, macam majerin je). Bila anjang tau, ada budak Patani pandai berbekam, anjang pergi bertemunya. Soalan pertama dia tanya anjang, bila anjang kata nak berbekam ialah,
“Umur berapa tahun?” 
“22”
“Baik, boleh. Bawah 22 tahun tak boleh,” katanya.

Oh, macam tu ke?! Sambil berbekam dia bercerita, ketika belajar berbekam, gurunya melatihnya menggunakan pisau cukur dengan buah timun. Untuk dapat kemahiran agar tidak terlalu dalam torehan.

Tapi, dia bekam anjang cara tradisi sangat. Guna apa yang ada. Botol nescaffe, pisau cukur, kertas, lighter, kapas dan tisu. Cemas gak. Pisau tu biasa la, sebab bekam mesti ada pisau. Tapi siap bakar-bakar ni. 
Mula-mula anjang duduk berlunjur, kepala memang dah botak, budak Arqam…Dia bakar kertas yang telah dilipat memanjang, masukkan dalam botol. Bila kertas tu habis terbakar, dilekapkan botol itu kat kepala anjang. Perggh. Ada panas-panas sikit. Seterusnya dia biarkan beberapa minit botol tu melekat di kepala, baru dibuka dan bermulalah kengerian kedua… kepalaku ditoreh-toreh. tapi tak le sakit sangat, cuma terfikir, kalaulah tertusuk!, alamat Harun Taat dalam kenangan.

Tapi itu semua kenangan. Cerita 21 tahun lalu. Di Pusat Rawatan Ikhwan, keadaan dah berubah. Masuk di lobi menunggu je dah sangat canggih dan berwibawa. Ada beberapa baris kerusi mengadap ke meja pendaftaran. Majalah-majalah disediakan sebagai bahan bacaan. Bersebelahan dengan barisan ‘godola’ yang penuh dengan barang-barang farmasi. Berlantaikan tile yang bersih dengan dinding bertulis madah yang sangat cantik.

Masuk ke pintu kiri melalui unit pergigian, terus ke Rawatan Ikhwan, ada satu lobi menunggu yang lebih kecil tetapi selesa. Terdapat 4 bilik rawatan untuk pesakit-pesakit samada untuk mendapatkan khidmat urut, bekam, gangguan makhluk halus dll.

Jadi eloklah datang ke BCH, dapatkan rawatan. Rasanya ada hadis Rasulullah yang menyuruh berbekam, dan semua kita tahu baginda pernah berbekam. Ertinya ia adalah salah satu sunnah baginda dalam perubatan. Anjang pernah mendengar kisah, ketika Rasulullah dan para sahabat berhimpun di Hudaibiyah, baginda memanggil tukang bekam baginda untuk membekam kepala baginda yang mulia. Setelah selesai berbekam, Rasulullah meminta agar darah dari kepalanya dibuang di tempat yang tidak dilihat orang. Sahabat tersebut menghilangkan diri seketika dan muncul semula. Lalu baginda bertanya kepadanya, di mana dia membuang darah baginda. Lalu dijawab oleh sahabat itu, darah itu telah diminumnya kerana Rasul memerintahkan ia dibuang di tempat yang tak dilihat orang. Bila diminum, tiada siapa yang akan menjumpainya. Maka baginda bersabda yang mafhumnya, sesiapa yang darahku bercampur dengan darahnya, haram baginya neraka.
Perggh!! Untungnya sahabat tu.
Bekam 1
Alat bekam Tabib Syam dah moden:
1. Pen jarum menggantikan pisau cukur. Dengan pen bekam ni, jarum yang kecil itu akan membuat lubang yang seni hingga mencapai 50 titik dalam masa beberapa saat je. Yang penting, tak sakit.
2. Mangkuk pelekap dengan pamnya.
3. Tisu dan kapas.
4. Sarung tangan getah.
5. Besen untuk mengumpulkan darah kotor dan tisu/kapas terpakai.
6. Oop lupa, pisau cukur untuk cukur rambut, bahagian untuk dibekam.
Caranya macam mana? 
Bekam 2(1)

Korang pergi sendirilah. Kalau cerita semua tak suspen. Tapi kesannya, sepanjang siang hari semalam anjang tak tidur, lepas bekam terus drive ke Bota, dah dekat Kg Bali menghala ke Sri Iskandar, baru perasan tak mengantuk sepanjang jalan. Ajaib! Kalau tak, jenuh makan kuaci, masih mengantuk juga. 

Jadi eloklah, Zul Kasdi, Zul Kebab, Zul panjang, Zul Al Akhyar, Mesman, Mislan dan lain-lain kawan-kawan di Johor tu pegi jumpa Syam. Berbekam, paling tak, sekali seumur hidup. Sambil berziarah bandar Ikhwan di BCH.
Ok, jumpa lagi.

PNKB, Bota.
12.04pm, Okt 4, 2013
Bekam 4

Advertisements

3 thoughts on “***Untuk 22 tahun ke atas sahaja***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s