***Masak Panas***

Image

Image

Image

Salam ceria,

“Nak order apa-apa ke?” tanya Ubai kepada anjang ketika anjang duduk di kerusi sebelah luar Abuya Satay House lepas Maghrib tadi. Seorang pelanggan sedang menunggu Aiyie En Mazlan membakar satay. Bersama asap nipis stall satay yang harum, memenuhi ruang anjang memikir-mikir, nak makan apa malam ni…?

2 malam lepas dah pekena kue tiew Kung Fu. Boleh tahan sedap masakan Si Jun ni. Asalnya nak bawa dia berkhidmat di Irbid, tapi accident patah-patah punya. Tak jadi bawa. La ni, dia berkhidmat di ASH bahagian masakan panas. Masa di Bt Hampar 2009 dengan Amin Hazan dll tak tau dia berbakat masak panas. Setelah duduk di Ipoh, Jun pandai masak panas. Jadi aset pada Islam. Macam Muaz di Mekah. Macam nak di bakarnya dapur tu tengok api yang naik menjulang. Tahniahla pada Mueh, sabar hidup sebagai pejuang di Mekah. Along berkhidmat di Tg Malim. Jadi bagi sesiapa yang punyai sudara mara di Mekah, atau pembaca sendiri berada di Mekah atau akan ke sana tak lama lagi, jangan lupa berkunjung ke rangkaian perniagaan Ikhwan di sana. Rasakan masakan panas Muaz dan kawan-kawan di Tanah suci. Tak kan nak makan biryani dan nasi mandy hari-hari. Sekali sekala, tentu nak nasi goreng kampung dengan sambal belacan dan timun hiris… Betul tak?!

“Minum apa?” Ubai bertanya lagi, makan belum order, dah tanya minum. Aduh, nak minum apa ye?! Sekarang tak boleh minum macam-macam. Kena berpantang. 

“Teh O ais limau, kurang manis. Mi Lakna.” Yesss, malam ni nak test Mi Lakna Jun. Seorang pelanggan India dan seorang Melayu, makan di meja luar. Pelanggan yang menunggu satay telah pulang bersama bungkusan satay ASH yang menyelerakan. Satay daging batang pinang dan ayam segar yang lembut berempah asli, aromanya Fuuh… mengingatkan korang pada Allah, insyaAllah.

Anjang terus menunggu, bila Jun datang membawa sendiri mi Lakna yang anjang order, satu soalan untuknya, “Apa beza, mi Kung Fu dengan mi Lakna?” Jun, “mi Kung Fu ada telur, Lakna tak ada, yang lain sama je.” Oooh, macam tu ke. Anjang tau makan je. Selepas berdoa, anjang try satu sudu kuahnya yang tak berapa likat, Waah, boleh tahan sedap. Dah makan sikit, baru teringat nak snap gambar. Seekor udang segar, beberapa hirisan sotong dan potongan ayam di celah-celah sawi dan kobis bunga, bersama mi yang terendam dengan kuah yang panas membuka selera anjang. 2 biji cili sederhana pedas pula, menambah keenakan diet makan malam anjang. Berani coba ka! Marila ke ASH di Tg Malim, sekarang dah ada masakan panasss!!!

Selesai anjang menikmati mi Lakna ASH yang menyelerakan, satu keluarga kecil, suami, isteri dan 3 orang anak pula masuk dan order masakan panas. Sepasang pelanggan India muda pula sedang menunggu satay yang masih dibakar. Ya Allah! Datangkanlah pelanggan-pelanggan ke semua rangkaian perniagaan GISB satu dunia untuk makan minum, membeli keperluan, mendapatkan perkhidmatan. Untuk berkasih sayang. Menambah ikatan ukhuwah. Bersatu padu atas nama Islam dan kemanusiaan. Amin ya robbal ‘alamin.

Dalam Avanza Azam di RTS.

9.58pm, Okt 1, 2013

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s