***Ziarah Pak Mat***

Image

Salam ceria,

Semasa anjang masuk, Pak Mat sedang nyenyak tidur. Alhamdulillah, walaupun tak sehat, dia dapat tidur nyenyak. Di usia 80 tahun, Pak Mat dah tak aktif berniaga seperti dulu. Susuk tubuh Pak Mat dah susut. Lama dia menderita diabetes. Tapi anjang tengok tapak kakinya dah sembuh dari luka. Bersih, elok. Selalunya anjang jumpa dia sebelum ni (ntah berapa tahun lepas), dia sentiasa berstokin, malah ada balutan di kakinya kerana luka yang sukar sembuh.

Kak Siti kata, 6 bulan dia merawat luka di kaki suaminya sedangkan Dr nak segera je. Segera apa? Apa lagi, nak potong la. Macam mana Kak Siti buat? “Dengan izin Allah…” kata Kak Siti memulakan bicara, menjaga akidah supaya tak rosak kerana takut tersilap merasakan ada selainNya yang memberi ‘bekas’, Allah lah hakikatnya yang menyembuhkan. “Saya gunakan SNE…”

“SNE tu apa?” Anjang pancing, sedangkan anjang pun pengguna SNE. Lagipun Kak Siti kan suka bercerita. Kita nak dengarlah sangat ceritanya, sementara menanti Pak Mat bangun. “SNE ni kapsul dibuat dari buah ‘Seabuckthon’. Dalam Bahasa Inggeris, nak senang ingat ‘Seabuck’ tu kuda laut. ‘Thorn’ tu duri. Jadi duri kuda laut. Tapi ia nama khas, bukan terjemahan begitu. Sekadar mudah ingat.

Kak Siti kata, “Ada beberapa petani di Mongolia yang mempunyai beberapa ekor kuda yang telah tua. Nak digunakan untuk tunggangan, dah tak larat. Untuk pertanian tak mampu.”

“Kalau kuda-kuda lumba, di kelab lumba kuda, ia akan dibunuh dengan ditembak atau disembelih. Tapi petani-petani Mongolia ini membawa kuda-kuda itu ke atas bukit agar mati secara ‘nature’. Tak sampai hati nak sembelih, lebih-lebih lagi menembak haiwan yang dah banyak berjasa kepada mereka.”

Beberapa bulan selepas itu, mereka mendaki bukit itu untuk melihat nasib kuda-kuda tua itu. Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan kuda-kuda tua itu. Bukan saja, kuda-kuda itu telah sihat, cergas dan ceria, malah ia nampak muda. Berlari ke sana sini. Tertanya-tanyalah petani-petani itu, apa sebenarnya yang terjadi? Bila diperhatikan, apabila ingin makan, kuda-kuda ini akan pergi menuju ke pokok yang dikenali selepas itu sebagai seabuckthorn. Kuda-kuda itu sentiasa memakan buah seabuckthorn.”

Apabila rahsia ini diketahui ramai termasuk ahli-ahli sains, mereka mula mengkaji dan berusaha membawa keluar benihnya untuk ditanam di luar tempat asalnya secara kormesial tetapi tidak berjaya. Ia hanya hidup di ketinggian 1,500 meter dari aras laut di Mongolia. 

Anjang baca info tentang seabuckthorn, ia adalah tumbuhan liar yang mempunyai manfaat perubatan dan pemakanan serba guna dengan daya hidup yang ekstrem. Menurut kajian, ia merupakan buah yang paling masam di dunia dengan kandungan vitamin C-nya 8 kali ganda melebihi kandungan vitamin C buah kiwi. Setiap 100gm jus Seabuckthorn mengandungi 825-1100mg vitamin C. Malah ia padat dengan lebih daripada 190 jenis vitamin, asid lemak, unsur-unsur surih, flavon Seabuckthorn, superoksida dismutase dan pelbagai jenis asid amino.

Habis, Kak Siti buat apa dengan kapsul SNE tu? “Saya beri makan 3 biji, 3 kali sehari dan ketika mencuci luka di kakinya, saya sapukan minyak dari kapsul SNE ke tempat luka di kakinya.” Alhamdulillah, dengan izin Allah, luka di kakinya mengering dan sembuh.”

Ketika bersalaman mencium tangan Pak Mat yang telah sedar, anjang memperkenalkan diri. Pak Mat tanya, “Sekarang duduk di mana?” “Tg Malim, ziarahla ke sana!” jawab anjang kerana, anjang diberitahu oleh Us Ali, dia akan bawa Pak Mat bersiar-siar (mengambil angin luar) agar lebih cergas, hingga ke Tasik Puteri. Terus menerus berbaring adalah tidak baik untuk kesihatan.

Moga Pak Mat segera sehat. Moga Allah beri keinsafan buat kita semua. Ampunkan kami Tuhan.

RTS, Tg Malim,

10.38am, Sep 29, 2013

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s