***Pak Ya Bt Hampar dalam Kenangan***

Image

Salam ceria. 

Ketika sedang di dalam majlis di Sg Penchala, sampai bbm ringkas: 
“Salam, Maaf Tuan. Dimaklumkan bhw Pak Ya Bt Hampar telah kembali ke rahmatullah pd jam 11.15 pg. Insya Allah akan dikebumikan di Changlun. Tempat kelahirannya. Al Fatihah. Ampun maaf.”
 
Spontan rasa sedih di hujung hati anjang. Teringat kemesraan Pak Ya melayan tetamu. Kesungguhannya dan Che Nab nak menghidangkan apa yang terbaik pada mereka demi meraikan sesiapa saja. Begitulah di Bt Hampar dan di mana pun sebelum ini, selama anjang mengenalinya.
 
Pak Ya memang sinonim dengan masakan. Kalau tak silap anjang, awal-awal Pak Ya berpindah ke BCH kerana diamanahkan untuk ‘run’ restoran di bawah, tak jauh dari premis 7 Eleven. Awal-awal Rufaqa’. Rasanya ketika itu hanya ada Restoran itu dan Pusat tuisyen Telebit. (anjang pun tak ingat nama yang tepat). Tapi yang anjang ingat sangat ada satu premis yang kawan-kawan kata dipunyai oleh SB yang memerhati kegiatan pengikut Allahyarham Us Ashaari. Selalu juga xpdc dengan Abuya bermula di restoran itu.
 
Di situlah anjang lebih rapat dengan Pak Ya dan loghat utaranya sebab sama-sama mengenangkan kisah-kisah lama di luar negara. Ya, Pak Ya juga sempat keluar negara berkat jemaah. Kalau aruah Pak Ya Jitra pernah bertugas di London, Aruah Pak Ya Bt Hampar pernah bertugas di Mekah. Dengan kemahiran memasak yang beliau ada, membawanya berkhidmat dengan para jemaah haji, memasak juadah untuk para jemaah.
 
Bertemu di luar negara akan menjadi kenangan indah bila dah sama-sama pulang ke tanahair. Ketika balik dari Mekah, Pak Ya singgah Jordan. Masa itu anjang belajar di Muktah. Ada Fateh, Fuad dan lain-lain. Sempatlah Pak Ya singgah di rumah kami di Marj, Karak. Kesian tengok Pak Ya yang kesejukan di musim syita’. Sejuk la sangat!! sebab dia baru keluar dari Mekah yang suhunya sangat panas. Masuk Jordan sejuk gila. Di dalam baju tebalnya, sambil mengelilingi heater minyak gas yang gelungan dawai halusnya merah menyala, dia berbual-bual dengan kami pengalamannya di musim haji kali itu. Ketika Pak Ya nak balik Malaysia, kami adakan majlis perpisahan. Itu yang buatkan Pak Ya terharu, tukang masak pun ada majlis perpisahan ke? Pada kami, Pak Ya dah macam seorang ayah yang menziarahi anak-anaknya. Dalam majlis, Pak Ya kata, 
“Tak tau nak haba’ apa, ni la kali pertama Pak Ya kena berucap dalam majlis.”
 
Ditakdirkan Tuhan, anjang berkhidmat di Bt Hampar pada tahun 2009-2010, Pak Ya juga bertugas di sini. Alhamdulillah, berjumpa lagi. Anjang tau Pak Ya ada diabetes. Tapi tak menghalangnya untuk menjalankan kafe di Bt Hampar. Ketika Pak Ya sehat dan istiqamah berniaga, kafe Ikhwan dan punyai pelanggan. Tetapi keadaan kesihatan Pak Ya tak menentu akibat penyakit yang dihidapnya. Moga Allah ampunkan segala dosa Pak Ya yang lama menderita sakit, kerana memang ada keterangan hadis menyatakan yang mafhumnya, sakit itu kaffarah atau penghapus dosa seseorang selagimana dia sabar dan redha.
 
Kali terakhir anjang bertemu Pak Ya ialah di bulan Ramadhan lepas. Ketika itu ada program di Bt Hampar. Berbuka di kafe. Anjang ambil peluang menziarahinya yang baru balik dari hospital Taiping. Nampak keadaannya dah sangat lemah. Che Nab kata, tak boleh makan. Makan je muntah, makan je muntah. Doktor belum kata Pak Ya dah patut kena dialisis. Ringkasnya, belum keluar result pemeriksaan doktor. Tapi menurut DRY yang ada sekali petang tu, kalau Pak Ya masih boleh berbaring, ertinya belum kritikal. Petang tu dapatlah berbual sikit dengan Pak Ya yang kelihatan sangat lemah.
 
Hari ini kita kehilangan seorang lagi Pak Ya. Tiada lagi senyuman seorang yang sangat mesra. Di sebalik kedutan dahi dan hujung matanya, putih janggut dan misainya tersimpan kesabaran seorang pejuang menahan kesakitan dan ujian dalam perjuangan. Anjang akan rindukan loghat Kedah pekat Pak Ya. Kami doakan Pak Ya berbahagia di sana. Moga kami juga bahagia bila saatnya tiba nanti. 
 
Takziah untuk Che Nab dan seluruh ahli keluarga dan untuk roh Pak Ya, marilah sama-sama kita hadiahkan bacaan suratul Fatihah.
 
Homestay Al Hidayah, Muar.
10.31pm, Sep 20, 2013
 
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s