***Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 56***

Salam ceria,
Maha Besar Tuhan yang telah membebaskan umat manusia dari ditawan oleh nafsu dan syaitan dengan diutusnya para nabi dan rasul, khususnya nabi kita junjungan besar Muhammad SAW. Agar seluruh Bani Adam memilih jalan yang lurus. Selamat dan bahagia dunia dan akhirat.
Maka umat Islam yang kuat keyakinannya terhadap Allah dan hari pembalasan, yang berjaya mengalahkan musuh dalaman, nafsu dan syaitan, berjaya pula menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Jadilah mereka penguasa-penguasa di dunia ratusan tahun lamanya.

Apabila umat Islam lemah rohnya, hatinya, imannya lalu syaitan dan nafsu menguasai mereka. Lemah kekuatan dalaman, lemah jugalah luaran. Pertahanan lemah. Serangan tak mampu ditangkis lalu negara-negara Islam dijajah satu persatu oleh kuasa-kuasa kafir. Untuk apa? Agar umat Islam kembali kepada Allah. Takutkan Tuhan, kerana Tuhan boleh lakukan apa saja. Agar rasakan kepahitan hidup dalam penjajahan dan penghinaan. Tuhanlah yang memuliakan, Tuhan juga yang menghinakan kita. Akibat dari perbuatan kita sendiri. Lalu Allah inginkan kita sabar dan redha atas ketentuannya dan berusaha membaiki diri serta mempertahankan tanah air. ‘Cintakan tanahair sebahagian dari iman.’

Lalu dengan kuasa Tuhan jualah berkat perjuangan orang-orang terdahulu, negara kita dan negara-negara umat Islam mencapai kemerdekaan. Menjadi sebuah negara yang berdaulat. Untuk apa? Agar kita bersyukur. Berterima kasih pada Tuhan. Terhutang budi kepada pejuang-pejuang kemerdekaan dan perwira-perwira yang mempertahankan tanah air, bukan hanya di pena dan kata-kata semata-mata tetapi dengan darah dan nyawa.

Sebab itu, sesiapa yang baca sejarah, memahami sejarah tak akan bersikap biadab terhadap negara dan bangsanya. Sanggup berkorban apa saja demi memiliki negara yang aman makmur dan mendapat keampunan ilahi. Ayuh! Mari kita buktikan kita adalah warganegara yang bertanggung jawab. Kita junjung kedaulatan Malaysia tercinta.

‘Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku’.

Imarah Travel, BCH.
9.25am, Sep 1, 2013

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s