***Syh Pak Ya Dalam Kenangan***

Image

Salam ceria.
Setiap yang bernyawa, pasti akan merasa kematian. Mati tak mengenal usia. Orang tua meninggal dunia, begitu juga orang muda. Kanak-kanak pun ramai yang pergi menemui tuhan. Mati tak terikat dengan sakit atau sehat. Ada orang yang sakit bertahun-tahun, masih panjang umurnya. Ada yang sehat, kelihatan seolah-olah tiada sakit, segar bugar tapi kematian menjemputnya. Kematian hak mutlak Tuhan. Di mana dan bila, Dia saja yang tahu. Bagaimana keadaan kematian kita nanti, terlalu lemah untuk kita menjangkanya.

Minggu ini dan sebelumnya, penuh berita yang membuatkan hati mengenang-ngenangkan nasib ini di sisi Tuhan. Bagaimanakah hujungnya? Bermula dengan kisah anak Ibu Halimahtun dikejarkan ke hospital setelah sakit di Giching. Setelah pemeriksaan, confirm anak yang baru berusia 12 tahun ini mengidap kanser darah atau leukemia. Rawatan kemoterapi terpaksa dilakukan untuk menghalang virus kanser dari merebak. Jangkaannya ia kena menjalani rawatan ini selama 2 tahun. Ketika anjang bertemu Us Fadhil di BCH semalam, khabar gembira yang anjang terima ialah ada perubahan positif pada anaknya. Mudah-mudahan kita mendapat keinsafan dari musibah yang Allah timpakan kepada sesiapa sahaja.

Beberapa hari selepas itu, dapat berita kematian ayah Syh Jian. Ayahnya orang lama jemaah dan banyak jasanya dalam perjuangan. Moga Allah ampunkan dosa-dosanya, Allah rahmati rohnya, Allah beri kesabaran kepada seluruh ahli keluarganya yang kehilangan orang yang mereka kasihi. Semoga rohnya dialu-alukan Tuhan menemuiNya, kembali ke kampung asal.

Belum sempat bertemu Syh Jian yang kehilangan ayah, dapat berita pula tentang Syh Pak Ya masuk hospital. Anjang kenal Syh Pak Ya ketika beliau bertugas di Pasaraya Ikhwan, BCH. Rasanya di awal-awal 2000. Seorang yang mesra, peramah, mahir berbahasa Inggeris tetapi sangat tawadhu’. Bercakap loghat utara. Sangat aktif bekerja.Kalau tak silap anak-anaknya Suhaimi, Alif. Setakat yang anjang tahu, beliau sangat sehat, tidak menderita apa-apa penyakit.

Sebab itu bila sampai berita Pak Ya masuk wad, ramai yang menyangka, Pak Ya Pekida tu. Sebab dengar-dengar dia selalu sakit-sakit. Dalam jemaah pula, ramai yang digelar Pak Ya. Yahya pun Pak Ya. Zakaria pun Pak Ya. Di Bt Hampar ada 2 orang Pak Ya. Pengurus Kafe Ikhwan BCH pun Pak Ya. Pak Ya Sarawak, pun Pak Ya. Rasanya di bengkel pun ada seorang Pak Ya. Berkat nama agaknya, semuanya mudah taat. Walaupun dimarah, tak melawan.

Berita yang sampai sangat mengejutkan iaitu, Syh Pak Ya sudah berada dalam ICU Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star. Beliau dalam keadaan tenat. Di awalnya beliau mengadu sakit sendi lutut. Pastu kakinya menjadi bengkak merah menyala. Terasa panas. Disangkanya ghout. Rupanya bukan. Awalnya Pak Ya tak mahu ke hospital. Dia mencuba perubatan homeopathy. Makan ubat homeopathy untuk sakit ghout tetapi tetapi tiada kesan positif malah kakinya yang bengkak mula berair. Bila dirujuk pada pemimpin, diminta terus ke hospital.

Doktor marah kerana terlalu lambat merujuk ke hospital, lambat hantar. Rupanya Syh Pak Ya ada diabetes dan darah tinggi, kuman sudah merebak hampir ke seluruh badannya. Syh Pak Ya yang semakin lemah itu akhirnya tak sedar. Pernafasannya pun dibantu oleh mesin. Setelah pemeriksaan barulah diketahui, salah satu dari buah pinggangnya telah rosak. Ketika itu dikuatiri kuman akan menyerang paru-paru sedangkan denyutan jantungnya sudah sangat lemah. Seterusnya sampai berita tentang keadaannya yang masih kritikal. Mata sudah tak mampu dibuka. Jam satu pagi doktor telah panggil. Semua waris untuk menerangkan keadaan Syh Pak Ya yang sangat lemah.

Hinggalah sampai berita dari doktor pakar menyatakan keadaan Syh Pak Ya semakin kritikal . Ubat untuk menguatkan jantungnya telah diberi secara maksima namun tekanan darahnya terlalu rendah, buah pinggang pun dah mampu berfungsi. Jangkitan kuman semakin merebak dan pendarahan pula tak beIMG_00000102rhenti-henti. Ya Allah, kesiannya Pak Ya. Anjang juga terima bbm dari anaknya menyatakan keadaan Syh Pak Ya yang sangat kritikal. Doa sahajalah yang mampu dipanjatkan.

Berita seterusnya sangat mengejutkan kerana ianya sangat pantas iaitu, …. Ampun maaf. Sy pakya dah kembali kerahmatullah sbentar td. Alfatehah. Mzb Jenazah Allahyarhamhu dikebumikan di kampung ibunya di Pokok Sena. Oleh kerana jasadnya yang uzur, ia dimandi dan dikafankan di hospital. Beruntunglah Syh Pak Ya, nampak wajahnya tersenyum.
..IMG-20130830-01045
Moga Allah selamatkan Syh Pak Ya. Diampunkan dosa-dosanya. Diterima sebagai hambaNya yang beriman, bertakwa. Hamba yang soleh. Kembali ke kampung asal di Akhirat seperti bayi yang baru dilahirkan. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita juga. Selamat dunia Akhirat. Amin Ya Allah!
Ampun maaf dari anjang.
Imarah Travel, BCH.
5.40am, Ogo 31, 2013

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s