***Arah Kiblat***

Salam ceria,
Menghadap ke arah kiblat adalah syarat sah sembahyang. Ertinya sembahyang tanpa menghala ke arah kiblat dengan sengaja tidak sah. Arah kiblat ialah Kaabah Al Musyarafah yang terletak di Masjidil Haram.

Kiblat boleh dibahagi kepada 3:
1. Kiblat dada adalah Kaabah seperti yang kita sebutkan di atas. Ni semua orang tahu. Kalau tak tau, nampak sangat Fardhu Ain tak lepas. Tapi Kiblat dada ni pun, bukan semudah itu menentukannya. Sebab itu, syara’ memudahkannya dengan mengatakan, cukuplah sekadar zan/zon/dzan yang itulah arah kiblat, sah solat seseorang. Bukan mudah nak dapat arah yang benar-benar tepat kerana kompas pun mudah terganggu dengan medan magnet, kata En Lan Ukur. Anjang percaya je, dah memang bidang dia, sebab tu nama dia ada tambah ‘ukur’ di depannya, korang mana ada. Pasang kipas pun boleh ganggu kompas. Letak di lantai pun boleh terganggu dengan besi-besi cerucuk di lantai. Letak di meja, boleh terganggu dengan besi-besi di dinding atau mungkin juga aliran letrik di wayar-wayar (ni anjang tambah hehe). Tapi itulah yang telah Allah syaratkan.

2. Kiblat mata adalah di tempat sujud. Sebab itu ketika sembahyang, mata kena terpaku di tempat sujud. Jangan menjeling-jeling. Tengok ke atas. Kiri kanan. Kat Saudi, biasa nampak orang sembahyang, mata tengok merata. Macam Manalah nak jinakkan hati, kalau pandangan mata merayau merata-rata.

3. Kiblat hati adalah pada Allah, menghala pada Allah, menghadap Allah. Bukan hati jantung tapi hati nurani. Hati yang punya perasaan. Maka perasaan hendaklah dicurahkan pada Allah. Perasaan apa? Perasaan takut. Hendaklah rasakan rasa takut setakut-takutnya pada Allah. Allah boleh saja bertindak ke atas kita, kerana dosa-dosa kita yang banyak. Allah boleh saja tarik hidayahNya dari kita kerana tak bersyukur. Allah mampu mematikan kita sekarang juga. Begitu juga perasaan-perasaan kehambaan yang lain seperti bimbang, cemas, rasa diperhatikan, rasa dhaif, lemah, hina diri dll.

Kalau kita menyembah Allah, tiba-tiba dada teralih dari arah kiblat, batal sembahyang kita. Begitulah bagi orang-orang Allah merasakan jika hatinya tiada takut ketika menyembah Allah. Tidak cemas, tak bimbang, tak rasa hina, dhaif dll seolah-olah kiblatnya telah beralih. Dia telah tidak membawa perasaan yang sepatutnya depan Tuhan. Pada mereka sembahyang mereka tak sah. Itulah yang menghantui mereka. Terasa bersembahyang tetapi tak bersembahyang. Rasa tak sah. Rasa sia-sia. Rasa diri tak berguna. Tak membesarkan Tuhan di majlis Tuhan. Biadap dan kurang ajar dengan Allah. Rasa berdosa.

Sebab itulah selepas solat mereka terus beristighfar. Rasa berdosa yang amat sangat. Umpama seorang rakyat mengutuk raja di sebuah pasar, atau di kaki 5, sudah tentu satu kesalahan. Boleh ditangkap dan dihukum. Betapa lagi kalau dia menghina raja di dalam Istana Raja. Di depan kerabat diRaja. Sudah tentu lebih besar dan berat lagi kesalahannya. Begitulah perumpamannya seorang hamba dengan Tuhan. Berperasaan yang salah dengan Tuhan itu satu kesalahan dan dosa. Tak takut dengan tuhan itu salah. Tetapi tak takut dengan Tuhan, dalam majlis Tuhan, ketika bertemu Tuhan, berhadapan dengan Tuhan dalam sembahyang, lebih-lebih lagi satu kesalahan yang besar.

Ya Allah aku berlindung darimu dari hati yang berkiblatkan selainMu Allah.
ya Allah selamatkanlah Rasulullah, Saidi, Abuya ahli keluarga mereka, wasilah mereka dan seluruh ahlil bait.

Ampun maaf
Abuya Satay House
10.05pm, Jul 31, 2013

Advertisements

One thought on “***Arah Kiblat***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s