Butik Siti Khadijah, Tg Malim

image

Salam ceria, Ni la gambar patung di Butik Siti Khadijah, Tg Malim. Sekali tengok macam biasa je. Macam patung-patung di lain-lain butik. Berdiri tegak. Kalau tak dialih, kekallah berdiri. Bungkam seribu bahasa. Susuk badannya tinggi. Cukup syarat untuk jadi model. Kalau ketika dibuat, raut wajahnya serius, akan terus serius sampai bila-bila. Kalau diberi pakaian elok, eloklah dia. Kalau tak diberi pakaian, telanjanglah ia.

Antara bandar fesyen di timur tengah yang sempat anjang pergi, Damascus, Syria. Punyalah banyak butik-butik pakaian. Tak padan yang miskin, citarasa rakyatnya dalam berfesyen sangat tinggi. Orangnya memang cantik-cantik, fesyen pula up to date. Tapi bila dah perang begini, tak jadi la anjang nak bawa korang semua ke sana. Hehehe. Kalau tak boleh belanja korang ais krim tumbuk di Hamidiyah atau salatoh fawakeh. Sedap woo.

Bila susun patung macam tu, terasa macam keluarga tu poligami. Suaminya punya dua orang serikandi dan bidadari. Direzkikan 2 orang anak. Semalam anjang tengok, satu patung perempuannya memandang arah lain. Macam merajuk gitu. Tapi hari ni dah tak merajuk dah. Dengar kabo, ibu Mie nak beli 2 lagi patung perempuan, bagi cukup korum 4 orang. Full.

Sebenarnya di sebelah butik Ikhwan ada butik Peace, yang jual pakaian perempuan jenama Peace yang agak popular juga. Sebelum Butik Siti Khadijah dibuka, patung-patung di butik Peace tak bertudung tapi sekarang dah berubah. Kelihatan patung di kedai Peace pun dah cantik bertudung. Ada perubahan nampaknya jiran-jiran di premis Ikhwan Tg Malim ni.

Semalam, bila anjang sampai ke butik terdengar nasyid-nasyid Mawaddah bergema dimainkan. Kuat, jelas dan ceria terasa memenuhi deretan kedai-kedai di sini. Ingatkan dari butik Siti Khatijah, rupanya dari kedai Jakel. Bila Puan Lin berikan mereka CD kepada staf Jakel, mereka terus mainkan. Staf-staf Jakel memang jadi pelanggan kafe kita. Di bulan Ramadhan ni kita sediakan juga lauk pauk untuk jualan sebagai khidmat kepada mereka walaupun kafe lebih tumpukan satay dan nasi ayam.

Dengan rahmat Tuhan, ikatan kejiranan dah menjadi seperti kekeluargaan. Moga keberadaan perniagaan Ikhwan dapat mengubah masyarakat kepada cintakan Allah dan berkasih sayang sesama manusia. Menjadi lebih takutkan Tuhan dan rindukan Rasul. Sumber perpaduan rakyat Malaysia. Islam tak akan kalah-kalah lagi. Ampun maaf.

ASH, Tg Malim.
12.27pm. Jul 18, 2013

Advertisements

One thought on “Butik Siti Khadijah, Tg Malim

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s