***Pak Abu Dalam Kenangan***

Image

Salam ceria.
Di villa Mekah, setiap tahun berlaku kematian. Bermula dengan Ust Zamri Azhar, Hj Ismail Thai dan terakhir tahun sudah, En Najri Mohd Noor. Tahun ni je belum ada kematian di sana, tetapi ada serbuan dan ancaman kematian. Iaitu akan dihukum pancung kerana tuduhan melakukan bid’ah di Saudi. Rupanya kematian dan berita tentang kematian adalah sesuatu yang diprogramkan dalam jemaah. Ia adalah keperluan kepada para pejuang. Sebab itu doa yang kita terdapat permohonan agar dijadikan kita orang yang sentiasa mengingati kematian. Kerana apa? Kerana walaupun ia satu keperluan dan punyai banyak kesan positif tetapi bukan mudah nak sentiasa ingatkan detik-detik kematian yang pasti akan menemui kita. Kadang-kadang, kita terdetik mengingati kematian betul-betul hanya ketika berdoa itulah. Kadang-kadang, lebih malang dari itu, ketika doa pun tak ingat mati. Mulut membaca doa, hati dan fikiran ke tempat lain. Ini bukan berdoa, hanya membaca doa. Berdoa itu meminta dan mengharap. Ia mesti dari hati yang rasa ada keperluannya belum dia perolehi, maka dia meminta dan mengharap.

Tetapi kasih sayang Tuhan tetap berlaku kepada hamba-hambaNya. Seolah-olah Tuhan paksa kita, mengenangkan kematian. Jangan lupa detik penting ini. Apa caranya? Allah panggil orang yang dekat dengan kita, atau orang yang pernah kita kenal menemuiNya. Pergi membawa amalannya mengadap Tuhan, Robbul Jalil.

Begitulah yang berlaku bila Pak Abu pergi meninggalkan kita. Setelah berbulan-bulan menderita sakit kanser usus yang merebak ke pundi kencing, Pak Abu meninggalkan kita semua menemui Tuhannya. Secara automatik tergambar kembali saat beliau masih bersama. Sama-sama menanggung tugas dalam jemaah. Melaksanakan tugas-tugas rasmi dan tak rasmi.

Moga Allah SWT menerima roh Pak Abu dengan baik. Mengalu-alukan kedatangannya kepada Tuhan berkat bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Moga roh Pak Abu mendoakan seluruh zuriatnya, sanak saudara dan rakan-rakan seperjuangan agar selamat dunia akhirat. Amiiin.

Seremban 2
3.35pm, Jul 12, 2013 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s