***Show GH di Perasmian ASH, Tg Malim***

Salam ceria,

Cemas gak bila petang nak buat majlis perasmian langit mendung dan hujan pun turun membasahi bumi Tg Malim. Jangan orang tak datang, yang dah contact bertanya arah jalan beberapa orang. InsyaAllah ramai kut, nak menyedapkan hati. Bila keluar dari RTS dan sampai ke ASH, alhamdulillah, GH dah sampai. Olah dan adik-adik sedang menikmati makan tengahari di waktu petang. Seronok jumpa wajah-wajah yang beberapa bulan lepas ada di CNM, di villa Mekah tetapi lepas tu ghaib serentak, lalu terpisah beberapa bulan. Wali betul depa ni, ada Rif, Fida’, Adib, Ajwad, ada Sibi, ada Imran dan yang lain. Sempatlah anjang makan di sebelah Oman, ala Pak Imam yang hilang selipar di masjid Jerash tu…

Yang seronoknya dengan GH ni, komitmen mereka tinggi. Lepas makan, tak sempat sendawa, terus reheasal di stage ala kadar kami. Malu dengan Allah, dah beritau saat akhir, nampak kesungguhan Olah, Fatim, Yah dll.anjang yakin, para rijal akan meramaikan majlis malam ni. Tepat sekali, turun lepas magrib, anjang tengok tetamu dah mula memenuhi meja-meja yang disediakan. Syh Johan, Syhh Nawi, Ibu Jera dah sampai sebelum magrib lagi. Tak lama lepas tu tetamu semakin ramai. Ada Syh Abd Rahman Said, Syh Husin Thai dll. Perasmi pun datang dengan isterinya, Datuk Khusairi Abdul Talib, ADUN Slim. Orangnya pun slim. Hehe. Syh Inaam pun ada, Syh Che Pin, Syh Saadon, Syh Johari Morad, Syh Anuar Perancis dan Syh Lokman Pangan pun hadir. Alhamdulillah, moga berkat majlis malam ni.

Muqaddimah persembahan dah gempaq. Tengok tarian depa ala-ala KPop Islam gitu, YB bertanya pada anjang, “Mereka semua anak Aruah ke?” anjang jawab simple, “Ya, kecuali sebahagian yang buat tarian di depan. Datuk nampak gembira dengan show dan hidangan. Malah dalam ucapannya pun Datuk berterima kasih kepada GISB yang membuka cawangan bisnesnya di Tg Malim khasnya satay yang diminati oleh semua kaum. Datuk mengharapkan ianya mendapat sambutan pelanggan kerana konsep Satay House ini belum ada di Tg Malim. Malah Datuk berbisik pada anjang, beliau dah masukkan dalam facebooknya, malam ni programnya adalah merasmikan Abuya Satay House. Datuk juga berharap kalau kita dapat buka restoran Nasi Mandey yang semakin popular sekarang. Apapun sebenarnya, Datuk kagum dengan anak-anak Abuya yang ramai dan mampu menghiburkan orang ramai dengan show mereka yang membawa peringatan, nasihat, panduan dll kepada pendengar melalui medium hiburan.

Ada yang kata 500 orang yang hadir, ada yang kata 1000 orang kalau kita kira termasuk anak-anak kecil. Anjang tak pandai buat anggaran, pada anjang lebih 500 orang. Moga-moga tetamu yang datang puas menikmati satay, mi kari, bi hoon sup, nasi ayam Hainan yang anak-anak GH kata terbaik dari semua tempat yang mereka pergi. Wallahu a’lam. Anjang tanya satay macam mana? Satay biasa je, kata seorang dari mereka. Menambah rasa hamba. Ingat satay yang ok, rupanya, nasi ayam yang class, satay biasa je.

Terima kasih RSA dan BW Ar, atas doa restu dan bantuan yang nampak dan tak hingga selesai majlis penuh meriah ini. Ketika bertanya pada Ibu Azwa, kut-kut Ummu boleh datang, rupa-rupanya Ummu dah di Pantai Timur dan dapat doa restu dan dorongan, “Teruskan…” kawan-kawan dari sejauh Tg Gemar pun datang, begitu juga yang dekat-dekat. terima kasih semua.

Bota Kanan, Perak.

12.05am, Jul 10, 2013

ImageImageImageImageImageImageImageImage

Advertisements

One thought on “***Show GH di Perasmian ASH, Tg Malim***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s