***Mohd Suhaimi Dalam Kenangan***

Image

Image

Mohd Suhaimi Dalam Kenangan Hari Selasa, 9hb Julai, 10.50am, anjang dapat bbm dari Us Zahanizam, “Maaf Syh…utk maklumat anak pak hasyim@kak rose Melaka baru meninggal td krn xcden. Pastu dalam jam 10.58am, dapat bbm baru, “Mohon kwn2 hntr pwr pd ank cik ros…maklumat tkini mule2 td doktor britahu dh x de nafas tp slps mskkn darah doktor sah kn nafasny ada lg tp tinggal 20% shj…” Pastu dalam 11.23am, masuk bbm lagi, “Baru sbentar tadi anak cik ros sah meninggal dunia….Al Fatihah…” Rasanya, baru sangat anjang bertemu Abg Hashim dan Kak Ros di Mekah. Kak Ros bawakan hadiah untuk anjang, selipar dan krim halia.

Kak Ros ingatkan Mesir tu dekat je, boleh dia ziarah anaknya Syafie. Rupanya kena lintas laut Merah. Anjang hanya mendengar keluhan Kak Ros mengenai rumahtangga anaknya. Moga Syafie dapat membina rumahtangga yang tepat dengan kehendak Abuya. Di Tanjung Malim, anjang jumpa Zubir, murid anjang ketika Kolej Model di BCH, juga anjang doakan agar dapat membina keluarga bahagia. Kita tak perfect, jadi terimalah kelemahan isteri.

Kak Ros dan Abg Hashim dah macam keluarga dengan anjang. Rasanya, dengan orang lain pun begitu. Itulah rasa yang diberi kerana sikap mereka yang pemurah dengan semua orang. Mesra senyuman, bersungguh-sungguh melayan tetamu. Pernah anjang bawa 1 bas murid-murid anjang ke rumahnya, alhamdulillah semua dijamu. Yang penting beritau awal, mudah prepare. Murid-murid Abuya di kalangan orang lama, banyak meniru Abuya dalam hal-hal kebajikan dll. Suasana hidup berjemaah itu membentuk peribadi yang mudah berkongsi nikmat.

Bila dapat berita pemergian Mohd Suhaimi di usia remaja, sudah tentu hati anjang terusik sedih. Di umur 19 tahun, Suhaimi sudah tiada. Betapa lagi hati ibu dan ayahnya. Sudah tentu lebih sedih. Nabi junjungan, Saiyidina Muhammad SAW sendiri menangis ketika kematian Ibrahim putera baginda. Bukan tak menerima takdir tetapi hati manusia, berperasaan. Orang yang membesar di depan mata kita, kini telah pergi untuk selamanya. Tetap pilu dan sedih. Lebih-lebih lagi kematiannya akibat kemalangan jalanraya.

Accident ni, samada kita yang melanggar, atau kita dilanggar adalah sesuatu yang memeritkan. Berdoalah banyak-banyak bila memulakan perjalanan kerana kita khususnya rakyat Malaysia, bila berada di jalanraya, umpama berada di sebuah jentera pembunuh yang sangat efisyen. Abuya pernah cakap, orang dulu mati kerana dibaham harimau, itupun sekali sekala. Tapi orang sekarang, ramai yang mati di jalanraya. Moga-moga, mula melangkah menaiki kenderaan, hati kita bertambah takut pada Tuhan. Allah berhak buat apa saja pada kita. Kadang-kadang accident sebab mengantuk. Sebab lembu, kerbau lintas jalan. Babi patah balik, menyondol kereta. Khas untuk remaja, jangan maki babi (Babi punya babi, dah lintas patah balik!!) Kesian dia. Ada pula accident langgar pokok atau tiang. Ada yang terbabas masuk parit. Kalau tak kita yang silap, Allah boleh buat, orang langgar kita.

Boleh juga kalau Tuhan nak uji, kena speed trap. Atau pandu tanpa pakai tali pinggang kaledar. Atau guna hand set tanpa hand free. Atau suhu kereta tinggi atau tayar pancit. Jadi ada 1001 kemungkinan sebenarnya boleh berlaku ketika kita memutar kunci, menghidupkan engin untuk memandu, atau mula memutar handle motorsikal untuk memulakan perjalanan. Tak kira, jauh atau dekat. Maka, takutilah Tuhan ketika memandu… Tuhan sangat berkuasa di mana-mana dan bila-bila. Alangkah baiknya kalau kita bersedia. Lebih-lebih lagilah bila mendengar atau membaca berita setiap hari kecelakaan di jalanraya. Kecut perut mengenangkannya.

Ya Allah, selamatkanlah semua para Ikhwan dan keluarga mereka, agar mati dalam keredhaanMu. Dalam jemaah. Dalam sistem. Bukan di luar sana. Tanpa syafaat orang Allah, nasib kita tiada siapa membela. Takziah buat Abg Hashim dan Kak Ros sekeluarga, moga Allah terima roh Suhaimi berkat setianya ayah dan ibunya dengan perjuangan Islam.

Al Fatihah.

Bota Kanan, Perak.
12.17am, Jul 11, 2013

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s