***Satay Percuma di Tg Malim***

IMG_00001055IMG_00001023
Salam ceria.
“Assalamu ‘alaikum!”
“Waalaikum salam…siapa ni?”

“Kawan-kawan di Mekah dulu. Hj datang tau malam esok perasmian Abuya Satay Hause!”

“InsyaAllah…”
“Hj, kami nak cari perasmi, tak dapat lagi. Ada ke VIP yang boleh rasmi malam esok?”
“YB tak boleh ke?”
“YB ada program di Ipoh.”
“Dah cuba contact ADUN Slim River, Datuk Khusyairi?”

“Rasanya belum, nanti ana pastikan dari Syh Hamdan.”
“Rumah dia kat belakang Billion je..”
“Ok, nanti kami cuba. Terima kasih Hj..”
Begitulah lebih kurang perbualan anjang dengan Hj Johari, pemilik Syarikat Travel D’Arash. Anjang minta no hpnya dari Syh Abil. Dia pakar perhubungan. Mak, bapak angkat merata Malaysia.

Sebelum Magrib, anjang dan Syh Hamdan ke rumah YB, dia tiada di rumah. Melalui Hj Johari juga kami perolehi no hp Datuk. Anaknya juga berikan kami no yang sama. Alhamdulillah, Datuk setuju merasmikan program Perasmian Abuya Satay House esok malam (ikut jam, mlm ni la sbb dah lebih 12 mlm)

Khemah dah didirikan 5 buah, ada meja dan kerusi, stage kecil pun ada. Moga segala PA System, mic dan stand mic semuanya ada esok. Kami nak tonton show GH. Live tuu!!!!. Dah la terlepas pegi yang di Satun dan Shah Alam. Kalau yang di Tg Malim pun terlepas, rugi tuuu. Korang tak nak join ke?

Tadi anjang siap minta Asma’ siapkan satay satu hidangan. Bukan apa, nak jamu tetamu. Abang Amin. Keluarga Saidi tuu. Kita ni sapa je… Syh Hamdan kata, elok masukkan dalam blog. jadi kena snap gambar. Dah hidang, dah snap gambar, apa lagi… makan la. sedap gilerrr. Patutlah orang panggil dia, Hamdan Satay. Pernah ada 30 orang pekerja. Ada outlet satay merata-rata. Ada van dll. Ada hutang, hehe. Biasala. Yang tak niaga pun ada hutang. Moga Allah bebaskan kita dari belenggu hutang.

Jadi, satay yang sedap ni, dibuat dari ayam segar, agar rempahnya meresap masuk. Lembut. Yang daging pula, dipilih dari bahagian ‘batang pinang’, korang tau bahagian mana? Tahu makan je! Cari sendiri la. sedap. Lembut. Menambah kelazatan ialah kuah kacangnya yang likat dan… laziz jiddan (Saudi kata marrah laziz!). Sambil di selang seli dengan cicah nasi impit dipotong dadu dan hirisan timun… perghhh. korang masih tak nak datang?

Ditambah dengan 30 ekor ayam akan dikorbankan demi menjamu tetamu sebelum masuk Ramadhan. Akan dimasak, nasi ayam Hainan. Fuuh, Zaaki kata orang Syria. Datang la. Masih tak sudi? Kita tambah dengan Mi Kari Kuah Ketam, sebab kami tak dapat hidangkan ketam disetiap hidangan. Meraikan mereka yang ghout… sebenarnya, kalau ghout, kuah pun tak boleh. jadi, semua dijemput hadir, khususnya yang memang lalu jalan Tg Malim ni.

Kalau korang tak nak makan pun tak apa, tengok show. Tapi anjang jamin, mesti korang tak tahan punya sebab kami akan ganti dry ice waktu show GH dengan asap bakar satay… fuuhhh harum, segala ketumbar dan jintan-jintan telah diperap dengan daging dan ayam, bila berada di atas bara, aromanya…!!! MasyaAllah, kalah masakan Syh Jian di Mahbas Jin.

Ok, moga Allah panjangkan umur kita, bertemu di ASHTM atau Abuya Satay House, beralamat di:
No 21, Jln Idaman 1, Tmn Berop Idaman, 35900, Tg Malim, Perak DR. Jam 8.30 malam ye! Datang, jangan tak datang!
RTS, Tg Malim.
1.14am, Jul 8, 2013

Advertisements

One thought on “***Satay Percuma di Tg Malim***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s