***Manusia Umpama Logam***

ImageSalam ceria.

“Manusia umpama logam. Ada emas, perak, besi, tembaga dan lain-lain.” “Tak sama kekuatan, kelebihan, kegunaannya maka ia saling perlu memerlukan antara satu sama lain.” Kata Sidi Abu Khalid Asy Syummari ketika kami menziarahinya semalam untuk mengambil keberkatan.

“Pemimpin-pemimpin dunia yang ada sekarang termasuk dalam hadis nabi, -Apabila diberi urusan kepimpinan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.”

“Kita ada Al Quran dan As Sunnah sebagai dustur tapi mereka masih mencari pemimpin secara demokrasi maka satu dunia sedang huru hara. Di Syria, Iraq, Mesir, Libya dan lain-lain.”

“Akhir zaman ni, yang membunuh dan dibunuh masuk neraka. Di Syria, kedua-dua belah pihak yang bertelagah, di belakang masing-masing adalah barat.”

“Ya, mereka orang Islam tetapi menyimpang dan berbunuh-bunuhan.”

 

“Kalau di Mesir tu, situasi sekarang, yang layak memerintah, orang seperti Saddam Hussein saja. Baru mereka takut.”

“Walaupun Saddam ada kelemahan tetapi tiada orang yang sepertinya. Dia tidak dikuasai mana-mana pihak.”

 

Begitulah antara pendapat Syh Abu Khalid mengenai pergolakan dunia sekarang. Pertemuan di ruang tamu rumah agamnya berpindah ke bawah khemah badwi di halaman rumah, di lereng bukit dengan dikelilingi pohon-pohon bunga, buah-buahan yang akan masak tidak lama lagi seperti anggur, plum, apricot, epal dll. 

 

Terasa berkat Abuya, bila Anjang bersama kawan-kawan dari Irbid dapat bertemu beliau. Lebih-lebih lagi mereka yang kali pertama datang seperti Ibu Sham, Ibu Malihah, Sobirah dan Rifaah. IZ1 Zon Syria, anakanda Abuya juga bersama-sama memberkati ziarah kali ini. Kalaulah bukan keberkatan Abuya, mana mungkin kami insan-insan yang kerdil ini dapat bertemu beliau. Khemah yang baru dipasang itupun adalah untuk meraikan Amir Hassan, adik Almarhum Raja Husein yang akan datang menziarahinya. Nampaknya kamilah yang merasmikannya bersama hidangan potongan tembikai, honey dew dan sebutir pisang kaki yang manis. 

 

Bertambah-tambah lagi kemanisan bila perbualan petang yang damai itu di sulami dengan berbagai kisah dan pengalaman. (Moga ada masa anjang menaipnya nanti). Cuma Sidi Abu Khalid yang baru seminggu pulang dari Saudi, setelah sebulan di sana, agak kehairanan kerana no hp anak Abuya yang bertemu dengannya di hotel tahun lalu, tak dapat dihubungi. Anjang jelaskan semua telah pulang ke Malaysia, kecuali beberapa orang sahaja. 

 

Terima kasih Abuya kerana memberi peluang ini kepada kami. Moga kami pandai menerimanya, dipandu terus untuk beradab dalam jemaahnya dan meneruskan perjuangan yang penuh keajaiban ini hingga berjaya atau kami mati kerananya.

 

Xpdc ziarah maqam sahabat utara Jordan.

6.24am, Jul 1, 2013.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s