“Sebab itu saya mahu jadi PM sekali lagi” – Tun Mahathir

Salam ceria,
Idea atau pandangan supaya Dr Mahathir menjadi PM sekali lagi anjang dengar keluar dari mulut seorang ahli politik yang datang mengerjakan umrah di Mekah. Bukan seorang dua orang kenamaan yang kami jumpa di sini.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu ucapan di forum CEO Perdana Leadership Foundation 2013 hari ini telah secara sinis menyebut tentang mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Mengulas tentang pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), beliau berhasrat mewujudkan sistem itu semula andainya beliau menjadi perdana menteri.

“Sebab itu lah saya mahu jadi perdana menteri sekali lagi meskipun hanya seminit,” kata bekas perdana menteri itu dengan nada seloroh.

Sementara itu Tun Mahathir juga mula mempertimbangkan semula keputusannya untuk tidak melaksanakan tapisan terhadap internet sewaktu beliau menerajui Koridor Raya Multimedia (MSC) suatu ketika dahulu.

Jelas beliau, kebebasan internet menyebabkan masyarakat cenderung mengeluarkan kenyataan bersifat provokasi sekaligus menyebabkan ketidakstabilan negara.

“Semasa saya mengetuai MSC, saya ditanya oleh seorang wanita Amerika samada kami akan adakan tapisan internet atau tidak.

“Saya beritahu kepadanya tidak… kita akan lebih bebas, tetapi sekarang saya sudah ada pandangan lain. Bila kita ada kebebasan mutlak, kita akan salah guna kebebasan tersebut,” kata Tun Mahathir.

Beliau mengulas tentang tindakan dua individu yang telah menghina Nabi Muhammad dalam laman media sosial.

Berita mula diterbitkan pada: Jun 19, 2013 07:30 (MYT)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s