***Ehsan Upin & Ipin***

Image

.

Salam ceria.
Lama dah tak menaip. Rupanya, kecanggihan alat bukan jaminan makin banyak produk. Rasa bersalah tak kongsi aktiviti di sini untuk bacaan kawan-kawan. Tapi anjang rasa, banyak blog kawan-kawan yang boleh kita tatap untuk refresh semangat dan roh perjuangan. Setelah bawa jemaah Hj Mazlan ziarah 1, anjang berjalan ke arah Misfalah melalui bangunan Zam-zam tower keluar ke pintu berdepan dengan hotel Hilton via syari’ Ibrahim Khalil. Tujuan anjang ke Golden Abbas, masih ada bilik untuk mutawwif. Nasir Putrajaya dah ke Madinah, flightnya take off dari sana. Tak sempat bertemu sebelum safar.

Beberapa hari lepas, anjang bawa jemaah umrah Hj Roslan. Kebetulan bas datang lewat, dapat sembang dengan Hj Lan. Dia beritahu, dalam rombongannya ada seorang Datuk dan seorang Tan Sri. Anjang tak diberitahu awal, sedangkan 2 hari lepas anjang bawa mereka ziarah. Tan Sri tu pulak bekas orang kuat BTN. Dia yang cipta lagu dalam BTN, anjang tak pernah masuk kursus BTN, katanya lagu ‘Anak bermain api.’ Oh! Ada orang-orang hebat. Datuk itu pula, Pengarah Yayasan Melaka. Bila dah ramai, anjang tak sempat berkenalan dengan semua. Sedangkan anjang berkhidmat dengan Datuk dan keluarganya, sama seperti anjang berkhidmat dengan orang lain. Tolong ambilkan gambarnya dengan isteri dan Anak lelakinya yang sehat, comel dan berspek. Anaknya pun nampak sopan, mesra dan ceria. Terdetik di hati anjang, macam pernah nampak budak ni. Masa tu, anjang pun tak diberitahu, ayahnya seorang Datuk.

Tapi bila Syh Al Faiza masukkan gambarnya dalam grup, bertanya Kenal tak? Dengan kata kunci, “Selamat Pagi Cikgu!”, barulah anjang perasan, budak tu Ehsan, ketua kelas tadika dalam Upin Ipin. Yang mengucapkan selamat pagi kepada Cikgu dengan kawan-kawannya penuh kreatif. Korang tentu ingat, ayahnya selalu panggil, “Intan Payung!” Rupanya, pemilik suara tu, fizikalnya lebih kurang macam dalam siri kartun popular tu. Upin Ipin pula, suaranya pinjaman dari suara budak perempuan.

Ni la antara tugas seorang mutawwif, melayan semua jemaah tanpa memilih siapa mereka. Akhirnya, anjang kenal juga siapa Ehsan. Cuma Ehsan je tak kenal team Nur Muhammad. Mungkin ayah dan ibunya pun tak kenal sebab yang ditonjolkan perkhidmatan yang baik.
Tetapi Syh Nik sempat berjumpa dengan mantan pengarah BTN, Tan Sri Nordin Kardi. Beliau memuji Al Arqam dan harap kita berperanan membangun jiwa, semangat para jemaah umrah disamping soal iman juga sudut ekonomi dan pendidikan- GISB ada pengalaman tentangnya. Nampaknya, walaupun dah ubah nama, Rufaqa’ kemudian Global Ikhwan, ramai yang masih memanggil pengikut Abuya yang masih setia dalam jemaah ini dengan Al Arqam. Sebab itu ia tetap dipromosi samada secara negatif atau positif.

Ok, jumpa lagi.

Mekah.
6.40pm, Jun 12, 2013

Advertisements

3 thoughts on “***Ehsan Upin & Ipin***

  1. Kalau tak silap,,Tan Sri Nordin Kardi tu bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dulu..kalau betul lah tekaan sy.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s