***Persoalan Mandi Wajib***

Salam ceria.

Antara persoalan yang sangat penting sebelum mendapat roh sembahyang, menghayati rasa-rasa dalam solat, merasa takut Allah, rindu Nabi ialah selesai persoalan taharah/kesucian diri. Sebab itu bila sambung kelas Fardhu Ain yang Us Kamaruzaman dah mulakan untuk remaja ni anjang mulakan dengan bab mandi wajib atau mandi hadas. Rasanya ramai je yang tak amik berat bab ni sedangkan:

الطهارة مفتاح العبادة. 

Kesucian itu anak kunci amal ibadah.

Nak beribadah kena pastikan badan, pakaian dan tempat ibadah suci. Kalau tempat ibadah tu sebahagiannya kita tak mampu nak kawal. Contohnya pembersihan di lantai masjidil haram hatta depan kaabah oleh pekerja-pekerja warga Bangla dan Indon, kita tengok tak menepati syarat ‘suci’. Susah nak kawal. Moga Allah ampunkan kita semua. Tapi kalau dalam kawalan kita, kena usahakan menjaganya. Umpamanya bila masuk hotel. Biasa anjang tengok Syh Nasir ketika jadi PA Abuya, bila masuk hotel je siapkan surau dulu. Susun katil dan sofa ke tepi. Buka ruang, bagi luas. Bentang selimut, di atas selimut itu bentang kain cadar putih. Pastikan kain putih itu tegang dengan meletaknya di bawah kaki meja atau sofa tadi. Letak satu cadar lagi berlipat cantik dengan saiz yang sesuai untuk dijadikan sejadah imam. Jadi automatik orang tau arah kiblat di bilik itu. Kain putih tambahan boleh diminta dari pekerja hotel.

Tandas pula pastikan ada selipar khas. Di depan pintu tandas bentangkan salah satu tuala yang hotel sediakan. Tujuannya adalah untuk mengesat kaki agar benar-benar kering sebelum memijak lantai hotel kerana lantai itu, walaupun bercarpet, nampak bersih tapi tak suci. Bila pijak dengan kaki yang basah, kaki kita dikira bernajis. Begitulah telitinya Syh Nasir bila berguru direct dengan Abuya.

Kembali menyatakan soal kesucian diri. Kesucian diri adalah daripada najis, hadas dan najis maknawi (mazmumah). Hari ni nak bincang suci dari hadas besar. 

Mandi hadas disebabkan keluarnya mani dan lain-lain (akan disebutkan) hukumnya wajib. Ia juga disebut mandi wajib. Jika tidak dilakukan dengan tepat, mandinya tak sah. Hadasnya tak terangkat. Selepas itu, jika dia lakukan ibadah (yang wajib dilakukan dalam keadaan bersuci) seperti solat umpamanya, maka tak sah hukumnya. Jadi persoalan ini sangat penting.

Taarif ‘gusl’/Mandi:

“Mandi adalah meratakan air ke seluruh tubuh dengan niat yang tertentu”.

Mandi disyariatkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud: “…dan jika kamu berJunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib…”. (Al-Maidah : 6)

Oleh itu ‘Mandi Wajib’ itu ialah menyampaikan air ke seluruh anggota badan yang zahir tanpa ada halangan seperti gam (spt gam gajah), cat, getah, sisik ikan, minyak dan seumpamanya. Jika ada sesuatu yang menghalang air sampai ke seluruh anggota badan, maka mandinya tak sah. Dia kena mandi semula.

Perkara-perkara yang mewajibkan mandi:

1. Bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya (khasyafah) ke dalam faraj.

2. Keluar mani.

3. Mati melainkan mati syahid.

4. Keluar haid.

5. Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika bersalin).

6. Wiladah atau melahirkan anak.

Rukun mandi

1. Pertama :

Menghilangkan najis daripada anggota badan.

2. Niat

نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

3. Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Iaitu memastikan air sampai ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan yang zahir termasuk qubul dan dubur.

Cara mandi: 

1. Sebelum mandi tengok dulu anggota badan. Kalau ada cat, atau getah pImageerlu dicuci dengan minyak/spirit, cucilah dahulu. Kalau berminyak kerana kerja di bengkel, cuci dulu dengan sabun hingga hilang. 

2. Jangan potong kuku dan rambut ketika berhadas kerana sepatutnya ia berpisah dari badan kita dalam keadaan suci dari hadas.  

3. Mulakan dengan membasuh anggota yang bernajis atau mandi biasa dulu. Bersihkan badan, hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalang air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu untuk menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas sebab ketika mandi hadas, kena gunakan air mutlak. Tak boleh bercampur sabun kerana bila bercampur sabun, dikira air mutaghair, sama hukum dengan air musta’mal. Dah bukan air mutlak. Selagi tak dibilas dengan air mutlak, mandi hadas itu tak sah.

Setelah itu mulakan mandi dengan menjirus air/atau dengan halakan shower di anggota badan sebelah kanan. Sebaik air kena di anggota badan, sertakan niat mandi wajib. Sambil menggosok-gosok untuk meratakan air. Seterusnya sebelah kiri dan lain-lain. Kemudian duduk bertinggung/mencangkung. Apa yang kelihatan/nampak ketika ini di faraj wanita wajib diratakan dengan air.  

Kemudian kena pastikan air diratakan juga di dubur. Termasuk anggota lahir yang wajib sampai air adalah hujung dubur yang lembut yang keluar ketika seseorang meneran buang air besar. Tapi janganlah jolok sampai berdarah-darah sebab ada yang tak faham buat begitu. Jadi tak mungkin mandi wajib boleh dibuat berdiri dari mula hingga akhir kerana ‘part’ ni memang kena bertinggung/cangkung. Di sini ramai yang tak ambil perhatian. Main mudah-mudah je. Pastu sembahyang, ‘semangat’ nak jadi imam. Mandi wajib pun tak selesai. Ampunnn Allah…!! 

Gosok-gosok sungguh-sungguh di semua anggota. Lebihkan perhatian di tempat-tempat yang sukar seperti dubur, faraj (perempuan) pusat, kuku kaki dan tangan, tumit, hidung, telinga, mata, di rambut khasnya yang tebal dan panjang, agar air benar-benar sampai.

Akhirnya berwhudu’ sebab ketika mandi sudah tentu tangan korang memegang kemaluan. Itulah mandi wajib yang ringkas untuk pastikan ‘sah’ tanpa membahaskan sunat-sunatnya secara detail. Kalau ada teguran dari pembaca yang lebih memahaminya anjang alu-alukan. Apa yang diusahakan di sini agar korang dapat lakukan mandi wajib yang ‘at least’ sah dan selesai tuntutan ‘fardhu ain’ ke atas seorang ‘mukallaf’.

Ok, Photo Ubai dan isteri ni hanya gambar hiasan je. Apa pun nak ucap pada kedua mempelai, Selamat Meninggalkan Alam Bujang. Moga jadi pejuang sejati. Akad nikah adalah satu fasa dalam hidup seorang pejuang, untuk melihat samada dia semakin kuat berjuang atau gagal menerima ujian ini lalu mementingkan diri dan keluarga lebih dari Islam yang menghadiahkan dia suami/isteri. Berhati-hatilah dengan nikmat perkahwinan kerana hakikatnya di sinilah baru bermula kepimpinanmu. mana budak-budak ni? ‘tuang’ kelas, tidur tempat lain. Baki yang di sini, sambung tidur apa?! Remaja oh remaja!!.

Mekah.

9.48am, Mei 12, 2013.

Advertisements

5 thoughts on “***Persoalan Mandi Wajib***

  1. Syeikh maaf nak tanya, ada yg kata kalau masih dlm time mandi wajip tu, keluar lagi hadas kecil or tersentuh kemaluan takpe. Sebab masih dlm masa mandi wajip. Ye ke atau perlu wuduk lagi?

    • Utk dina, ana lebih cenderung mengambil pendapat supaya ambil wudhu’ lagi sebagai ihtiath/berjaga2. Memang ada pendapat seumpama itu hatta dlm wudhu’ dgn mengatakan jika terkentut ketika sdg berwudhu’ maka tak batal wudhu’nya kerana wudhu’nya belum sempurna. Ana suka dengan pendapat ke2 yg lebih selamat iaitu, klu dah sempurna wudhu’ tiba2 terkentut pun batal wudhu’nya, lebih2 lagi jika blm sempurna. Wallahu a’lam

  2. Semoga dipimpin RSA . Se ingat semasa Abuya menyampaikan kuliah bersuci peringkat awal dulu, ada kesetnya tp sekarang dah x diulang cetak pulak. Abuya sangat menekankan tentang soal mandi wajib ini iaitu semasa kita membuang air besar @ berak , masa taik tu keluar maka akan terkeluar sedikit rambung jubur, kalau ada yg masih x yakin boleh ambil cermin tengok, tengok pungkok sendiri lah. Ha itu dikira anggota zahir, maka kalau mandi wajib @ cebok iaitu basuh berak maka kena @wajib sampai air dgn menekan sedikit juboq tu. Tekan dgn jari . Agak2 la. Kalau baru berak anda akan terasa ada taik yg wajib di cuci. Kalau mandi wajib. Pun kena tekan sikit utk sampaikan air ketempat yg dikatakan zahir itu. Kalau tekan sikit x la sampai nak berdarah pulak. Semoga dipandu kita semua dgn berkat RSA..

  3. syeikh,,maaf nak tanya,,,jika ketika mandi wajib sudah yakin air benar2 telah sampai ke semua anggota,,dan saya suka mengulangi basuhan agar memastikan semua air telah terkena anggota badan,,setelah 4 hari berpuasa, saya baru perasan, ade cat pada sehelai rmbut lebih kurg 2cmke 3 cm,,,(cat seblm mndi wajib) ,,adekah sah solat2 saya,,serta puasa2 saya? islam itu sungguh mudah,,pasty diberi kemudahan atas seseorang hamba,,,bagaimana syeikh,,saya buntu sgt2,,,,

    • Islam itu mudah tapi tak boleh diambil mudah atau dimudah2kan. Ia agama yg suci dari Tuhan yg Maha Agung. Perlu dipelajari sejak sebelum aqil baligh lagi kerana sebaik baligh wajib diamalkan. Yg terbaik dilatih beramal sejak kecil. Kalau pasti cat tu ada sblm mandi maka mandinya tak sah. Bila mandi tak sah, dia dikira berhadas besar. Semua ibadah yg perlukan suci dari hadas besar, jika dibuat juga tak sah. Masalahnya bukan banyak atau sedikit mengulang basuhan tetapi kena chek sebelum mandi kalau ada yg menghalang air. Contohnya cat minyak tak selesai dgn basuhan air, kena guna minyak. Lps tu baru basuh dgn air.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s