***Cikgu Ramdin & Ust Latif dalam kenangan***

ImageImageSalam ceria.

Ketika anjang buat taklimat pulang untuk Grup Al Fajr pimpinan Ust Hafiz di lobi Najmatul Khalij, Ust Hanif lalu dan terus masuk ke lift. Terdetik di hati anjang, dah sampai Ust Hanif dari Malaysia, tentu ada barang untuk anjang seperti yang dijanjikan oleh seseorang. Usai taklimat wada’, anjang naik ke tingkat 12, di bilik penginapan, anjang bertanya pada Ust Hanif, ada sesiapa kirim barang tak? Katanya tak ada. Ok lah. Ingat ada. Malu juga bertanya. Dan terima kasihlah pada orang yang buat anjang tertunggu-tunggu.

Sembang-sembang dengan Ust Hanif, terkeluar cerita aruah (orang Melayu sebut aruah sebenarnya Allah yarhamhu, aruah tu ‘plural’ bagi roh) Ust Latif yang baru meninggal dunia. Moga Allah merahmatinya. Kesian tengok dia menderita sakit kanser. Sebelum tu dengarnya menderita paru-paru berair. Pastu kanser pula. Nampak kesan benjolan di pipi dan tangannya. Kata Ust Hanif, dia disahkan kena kenser setahun lepas. Namanya Sarkoma, iaitu kanser yang sangat aktif dan merbahaya. Mula-mula kena di bawah ketiak kanan. Ia cepat merebak, hingga menolak jantung ke tengah. Bila melibatkan jantung, doktor tak boleh nak buat terapi…kimoterapi. sepanjang setahun barah merebak ditubuhnya, Ust Latif sentiasa batuk. Raut mukanya yang kelihatan menahan sakit tergambar di fikiran anjang. Terakhir anjang jumpa di Mutiara Rini.

Teringat Ust Latif jadi tukang masak ketika Syh Salleh membuka Pusat Tahfiz Al Quran Al Manar di Parit Sakai, Muar. Banyak jasanya dalam jemaah khasnya di bidang pendidikan. Orangnya agak pendiam, lemah lembut, suka tersenyum tetapi kadang-kadang berterus terang bertanya jika tidak memahami sesuatu isu.

Menurut Ust Hanif, adik Ust Latif bercerita, beberapa hari sebelum Ust Latif menemui Tuhan, dia direzkikan bermimpi Rasulullah SAW dan para sahabat. Di dalam mimpinya, dia melihat Rasulullah SAW dan beberapa orang sahabat sedang makan berjemaah. Mungkin kerana banyak berkhidmat di bahagian menyediakan makanan kepada pelajar-pelajar di pusat-pusat pengajian Global Ikhwan, Ust Latif dapat busyra bermimpi Rasulullah SAW yang sedang menghadapi hidangan. Beruntunglah Ust Latif sebab mimpi bertemu Rasulullah SAW adalah mimpi benar. Ia juga membuktikan jemaah yang Ust Latif berada di dalamnya, adalah jemaah kebenaran. Moga Ust Latif sekarang bersama dengan roh Rasulullah SAW dan para sahabat di alam sana dan mendoakan kita semua.

Al Fatihah

Di PR yang ke 66 yang unik baru-baru ni kita menonton berita kematian Cikgu Ramdin Apong dan melihat jenazah beliau diuruskan. Anjang memang nak menulis tentannya tetapi tak sempat. Di hari kematiannya, anjang terima bbm dari Syh Nasaruddin:

Di Alfatihah…Cg Ramdin Apong yg membaca berita Zon Sabah1@3 dlm PRSA65 baru saja kembali kerahmatullah 27hb Mac

Terus teringat wajahnya ketika membaca berita dan kenangan sewaktu bertugas di KK. Cepatnya masa berlalu. Anjang bertanya halnya kepada Syh Nasar, kata Syh Nasar:

“Baru lps zohor tadi dia datang hantar barang ke rumah ana. Ana ke airport ambil Fudhail Attamimi. Balik rumah menjelang magrib dia bb ana tlg hantar power dia sesak nafas. Mmg bila dia sesak nafas teruk dia akan bb ana. Ana fwd bb dia ke seluruh ahli zon. Tapi kali ni dia bb lagi…Sy tlg…biasanya tak. Beberapa minit isterinya bb kata dia dah kembali ke Akhirat. Semoga rohnya bersama RSA.

Rupanya Cikgu Ramdin mengidap athma/lelah/semput yang kronik sejak beberapa tahun. Moga Allah terima rohnya berkat RSA dan BUJ Ar. Anjang seronok dengar kemantapan dia baca berita… Tak sangka dia dah nak pegi.

Hari ini dan semalam bawa orang Tawau berziarah. Ramai yang mencari hati unta kering untuk rawat athma. Tak tau la, hati unta yang anjang minta dengan Syh Zaimus, dah sampai ke tak pada orang yang perlukan. Atau sama je nasib dengan beg yang anjang pesan.

Oh Tuhan, hadiahkan kami rindu kepada kematian sesungguhnya Engkau mampu lakukan semua itu. Cukupkan syarat kami untuk layak menerima hadiahMu itu.

AJ, Mekah

5.21pm, Apr 14, 2013

.

Advertisements

3 thoughts on “***Cikgu Ramdin & Ust Latif dalam kenangan***

  1. Sy penah termimpi satu suasana pembelajaran di zaman Rasulullah. Yang mana Rasulullah SAW duduk di sebuah batu besar yg agak tinggi. Dan para Sahabat dan Sahabiah pula mendengar dengan penuh khusyuk akan ayat atau perintah baru yang Allah wahyukan atau apa saja yang baginda sampaikan. Hinggakan bunyi angin padang pasir pun kedengaran …bahkan masih terngiang bagaimana mereka berinteraksi sesama dalam B. Arab (entah kenapa sy faham plak dialog mereka dalam mimpi tu, sedangkan sy xpandai b.Arab.) Selepas selesai sesebuah kelas dr baginda, para Sahabat pun berbincang2lah sesama perihal ayat itu, dengan penuh rasa nak beramal.. Saya di dalam mimpi itu berada dlm keadaan bingung, betul ke ni, sebab sy dapat dengar dengan jelas suara baginda tanpa dapat melihat wajahnya, ditambah pula ngan para Sahabat yang bertegur dengan saya dalam halaqah yang sama. Seolah2 sy betul2 hidup di zaman itu! Subhanallah… Bangun saja dr tidur sy terus mnangis kerana terasa indahnya perasaan ketika tu! Dapat semajlis dengan baginda Rasul.. Syeikh, benar ke mimpi sy tu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s