***Kebenaran Pasti Menang***

Salam ceria.

Yang hak pasti akan menang, walaupun nampak macam hampir-hampir nak kalah. Atau nampak dah tak ada harapan. Tapi akhirnya kemenangan akan berpihak kepada dia. Korang tak boleh fikir ke? Hero filem Hindustan yang hanya membela orang miskin pun akhirnya menang, inikan pula skrip jadual Tuhan di akhir zaman, satu jemaah yang sedang membela agama Allah di bumi Haramain. Tak kan Allah tak kesian. Tapi bagaimana? Itu dah bukan kerja kita. Kita doakan agar Allah berikan kemenangan terus menerus kepada jemaah RSA, para ikhwan dan asoib juga kepada semua pejuang-pejuang yang ikut memperjuangkan keagungan Allah dan Rasul. Tapi bila tengok muka ceria je, jelas satu kemenangan kerana musuh harapkan para pejuang bersedih, duka nestapa, kecewa dan putus asa. Tapi meleset. Semua nampak ceria je. Derita di hati mengenangkan dosa, itu memang digalakkan. Memang tuntutan. Itu mahmudah. Tapi kecewa sampai hilang semangat, tak berlaku. Tak cayaa? Tengok la gambar-gambar mereka:

IMG-20130331-WA003_1364759953601_sIMG-20130331-WA005_1364759191792_s

Amacam ceria tak para pejuang ni? Ceriala sangat. Lebih-lebih lagi dijamu Biryani dan lain-lain juadah. Cuma nak charge hp kena bayar 5riyal. Mereka semua bukan suka dihantar balik. Nak berjuang di sini. Kalau tak percaya tanya Syh Fatoni, Syh Hasnan, Syh Azri…  sebab itu anjang tolong doakan bagi cepat selesai kes ni. Boleh sama-sama berjuang di sini. Boleh pekena doot Pati dan prata. Tak pe, anjang belanja. Tapi bagi puak-puak yang sakit hati, mereka kata Syh Nik Hishamuddin dah melarikan diri ke Malaysia kerana tertekan dengan ujian. Lemah akal betul yang cakap tu. Yang dalam tahanan pun tak nak balik, inikan pula yang bebas. Hanya kerana nampak Syh Nik di airport sedang bawa bagasi, ingat dia nak cabut. Kawan sedang sibuk urus jemaah umrah. Selalu sangat turun naik Madinah-Jeddah-Mekah. Kalau Rajalinggam ke Raja Kappor yang cakap, anjang tak kisah…. ini Raja S….. eish tak gamak nak sebut, sebab depan anjang bukan main baik. Belakang kita, sapuuu jemaah ye…!!

Ok, jumpa lagi.

Di sekitar Mekah (lokasi dirahsiakan)

10.28am, Apr 1, 2013

Oops, Faah dapat anak di Irbid. YM Bonda Ummu Ar berikan nama Nor Fathiyah. Terima kasih RSA dan

Tahniah Faah, Jaid bila lagi?

IMG-20130331-WA004_1364759470344_s

محمد

Advertisements

2 thoughts on “***Kebenaran Pasti Menang***

  1. Habiskan semua Suka riamu, gelak tawamu, ejek sepuas hatimu, spt perjanjian hudaybiah, musuh menganggap mrk menang, tapi kalau org kafir memangpun tak percaya akan bantuan Tuhan kite, tapi ϊηΐ org2 ÿƍ pandai cerdiknye krn didikan mursyid dlm jama’ah, sampai tak yakin akan Kuasa ⌣Ąllάh, apa ÿƍ berlaku selepas hudaibiyah ? Dan mari menuaksikan….skrip Tuhan pd episod selanjutnya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s