***Sunni vs Wahabi***

ImageImageSalam ceria.

Kita kata qunut sunat. Orang sini kata tak. Kita kata Maulid Nabi bid’ah hasanah, orang sini kata ia bid’ah dhalalah. Kita kata ziarah kubur sunat, ingatkan mati. Berdoa di kubur boleh. Orang sini kata, bid’ah. Sesat. Kita kata bertahlil sampai pahala pada si mati, di sini kata, sesat. Orang mati tak terima pahala amalan orang hidup. Dah mati, terputus hubungan. Kita kata selawat itu baik untuk lembutkan hati, orang sini kata cukup selawat yang dalam sembahyang je. Jangan tambah-tambah. Jangan buat beramai-ramai. Jangan tinggikan suara. Semua tu bid’ah yang menyesatkan. Kita kata, bernasyid adalah hiburan yang dibenarkan, lebih-lebih lagi jika memuji Rasulullah. Orang sini kata. Nasyid-nasyid macam tu, haram. 

Kita kata, perempuan boleh bekerja. Ikut yang sesuai dengan watak mereka. Orang sini kata perempuan haram bekerja. Kita kata mereka boleh memandu kenderaan. Orang sini kata, mana boleh?! Mereka hanya di rumah. Kita kata roh Rasul masih tetap hidup, berperanan, menjawab salam, membantu umatnya dengan izin Allah. Orang sini kata dah mati, terputus segala hubungan. Kita kata tanda mengingatkan sesuatu, kesan sejarah membangkitkan semangat berjuang. Orang sini kata nanti jadi sembahan, syirik. Hapuskan semua kesan atau tinggalkan terbiar. Malah ada yang jadi tempat pembuangan sampah.

Pendek kata (sebab tu orang rendah banyak cakap “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ ) banyak perkara dasar dalam kehidupan beragama adalah berbeza antara kita orang Malaysia dan umumnya Nusantara dengan majoriti orang di sini. Ringkasnya antara Wahhabi dengan Sunni.

Bila orang-orang GISB ditangkap, banyak pihak bersuara walaupun tak tau duduk perkara. Yang dah lama sakit hati, ini la masa nak ‘bubuhhh’ puas-puas. Haha Sila.. Sila…Yang tak cukup info, akan berkata sesuai dengan info yang mereka ada. Yang dah kenal, melahirkan simpati dan berdoa agar selamat. Yang faham dan berjiwa, bangun membela dengan tindakan dan strategi. Pada mereka, ini adalah pertembungan antara dua. Hak dan batil.

Semalam pihak berkuasa menyerbu pula hotel tempat anjang biasa berada kerana mencari-cari orang yang buat bid’ah. Sebenarnya, seorang ahli jemaah perempuan kematian suami. Aruah suaminya di Malaysia. Dengan penuh kesedihan, dia meminta diadakan kenduri aruah 3 hari. Maka ketua grup buat keputusan adakan tahlil di ruang makan/katering hotel. Maka bergemalah tahlil sesama mereka. Kalau kami biasa buat di CNM. Sebab tau undang-undang di sini yang ketat. Bila tahlil dengar sampai ke lobi, staf berbangsa arab tempatan terus marah-marah. Tak puas hati. Dia tinggikan volume tv di lobi yang tayangkan macam-macam program tu. (Tak bid’ah pulak). Terganggunya dia yang selalunya kalau anjang lalu sedang khusyu’ mengadap skrin I phonenya. Pekerja India pun marah-marah. Kalau pihak berkuasa tahu, hanya dengan sebab tahlil, hotel boleh ditutup. Kami akan kena hantar balik, kata seorang dari mereka. Tak perlu tunggu lama, esok harinya pihak berkuasa sudah datang mencar-cari siapa yang bertahlil semalam. Nak ditangkap. Nasib baik sempat beritahu leader group supaya KIV lah tahlil tu. Haa ini la hakikat negara ini.

Betapalah yang dibuat oleh GISB, lengkap bersistem. Pendidikan, ekonomi, hiburan, ternakan, perkhidmatan katering, mutawwif dll, ‘all in one’. Secara sufi berteknologi. Moden tetapi ada roh. Sangatlah menakutkan pihak yang menaja Islam yang jumud dan kering ini. Anjang lihat, yang lakukan serbuan pun terpaksa. Anjang tau cerita detail malam serbuan bila ia bermula dengan penahanan 2 bas jemaah umrah yang anjang bawa. Mereka terpaksa jalankan tugas.

Contohnya, kalau arahan kurangkan orang luar di sini. Maka samada yang ada visa atau tak akan ditangkap lalu diusir. Jangan tak percaya, di Depoh Tahanan Jeddah tu ada staf D’Saji. Sapa tak kenal D’Saji, Syarikat di bawah Felda. Masih pakai baju Felda lagi. Dengan gaji 8K sebulan, dia dituduh ambil upah bawa penumpang. Nah kau…! Kena usir. 

Ada pekerja India, bila ada operasi tangkapan, dia tunjukkan kad iqamah. Kad ori, asli tuuu. Bila ditanya lebih sikit tentang kafilnya, dia tak boleh jawab. Maklumlah, Bahasa Arabnya ‘khafif’, tak pandai sangat. Apa tindakan yang menangkap, depan-depan tu dipatahkan kad iqamahnya dan masuuukkk dalammm. Seorang rakyat Saudi, kelahiran Mekah tapi keturunan Fatoni. Turun dari hotel ditahan, dituduh mengambil upah tolak wheelchair. Ditangkap untuk diusir ke Thailand. Sedih betul dia. Dia tak kenal sesiapa pun di Thai. Dah dia orang Saudi. Bukan warga Thai. Tak tau nak wat apa…

Kalau semua cerita ini di’high light’kan, sudah tentu ramai yang nak membacanya. Jadi apa yang berlaku pada GISB lebih-lebih lagi. Semalam je, 3506 view di AnjangMuor, tertinggi setakat ni. Sapa je kenal anjang ni. Lebih 3000 view tu, tinggi la. Sebab apa? Nak cari berita GISB ditahan di Saudia.  

Cuma anjang nak terangkan pada blogger dan pembaca cerobohlagi.blogspot.com erti ‘U’ Roh supaya lebih jelas. Ia istilah dalam GISB. Baru dilancarkan oleh YM Bonda Ummu Jah. U tu universiti, Roh itu roh, jiwa manusia. Ia adalah peringkat didikan rohani di mana seseorang murid dengan bantuan mursyidnya dapat merasakan setiap yang berlaku dalam hidupnya semuanya dari Allah. Baik dari Allah. Buruk. (Dipandangan mata/akal) pun dari Allah. Dengan itu dia akan merasa takut dengan Tuhan. Sentiasa takut. Tuhan boleh lakukan apa saja dalam hidupnya. Setiap yang berlaku dalam kehidupan, menambah rasa takutnya pada Allah. Dia juga dalam masa yang sama, merasa hina diri di depan Tuhan. Semua kenikmatan, kemewahan, sanjungan, kedudukan dll hanyalah pinjaman dariNya. Ia boleh ditarik bila-bila masa. Rasa-rasa begini kekal di hatinya, lebih-lebih lagi memuncak ketika menyembah Allah dalam sembahyang. Dalam masa yang sama, rindu kepada Rasulullah SAW disuburkan kerana baginda sahajalah yang boleh membawa kita kepada Tuhan. Kepada takut dan cinta Tuhan. (Sedangkan wahhabi nak pisahkan kita dari roh Rasulullah SAW) Itulah maksud Universiti Roh secara ringkas untuk dikongsi. Dan peringkat didikan begini sedang dilalui oleh semua ahli GISB khasnya yang di Depoh Tahanan Jeddah. Beruntunglah mereka kerana sedang ditingkatkan perasaan takutkan Tuhan dan didalamkan rasa kehambaan. Rasa hina diri. Sebab itu, persoalan lahiriah nampaknya tidak membuatkan mereka kecewa. Mereka tenang dalam tahanan, malah merubah pusat tahanan menjadi lebih selesa. Pusat Tahanan yang asalnya kotor (khasnya di bilik mereka) telah berubah menjadi bersih. Penuh dengan aktiviti. Hidup dengan selawat beramai-ramai. Solat berjemaah. Nasyid dan hiburan. Akhirnya, pihak warden memastikan makanan yang dihantar menggunakan periuk besar, di dahulukan orang-orang GISB dahulu, baru diagih-agihkan pada lain-lain tahanan.

Taiko pusat tahanan, seorang berbangsa Pakistan, kelahiran Saudia terpaksa tunduk dengan akhlak remaja-remaja GISB. Buat kawan berjogging je. Kena belajar agama dari GISB. Tak berani nak tunjuk samseng pada orang yang kelihatan sangat berakhlak.

Al hasil, bila bertembung antara GISB yang mewakili Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Pihak Berkuasa Saudi yang berfahaman wahhabi hasil report seorang dari Syarikat travel agent yang dah dapat wang 300K (dah untung sangat le tu) dari GISB maka orang-orang GISB ditahan. Setelah ribuan orang mendapat sentuhan di CNM hingga ada yang nak mohon kerja di sana kerana Bonda Ummu Jah dan GISB hendak membawa semuanya merindui Rasulullah, masih ada yang tak puas hati atas dasar kepentingan peribadi. Tetapi atas keyakinan ianya juga dalam percaturan Tuhan, kita yakinlah… Inilah caranya Allah nak perkenalkan Bonda Ummu Jah dan GISB pada dunia khasnya di negara Arab. 

Seperti mimpi/yaqazah yang saudara DayanDayak alami, ianya tak boleh dijangkakan. Ia adalah pembelaan dari Tuhan dan Rasul terhadap BUJ dan GISB.

Reaksi banyak pihak perlu juga dikongsi di sini:

Seorang Mutawwif dari sebuah Travel Agen yang mendapat khidmat GISB berkata, “Walau apa yang berlaku, janganlah putus hubungan dengan kami. Kami perlukan servis Nur Muhammad (GISB).

Seorang yang lain, meluahkan rasa tidak puas hati atas tindakan pihak berkuasa di sini, “Nilah wahabi totok, tak nak faham orang lain, rasa dia je betul!!!” 

Ya, mereka marahkan orang Saudi yang boleh buat maksiat merata dunia tapi, buat tahlil dan nasyid-nasyid di sini haram.

Seorang Datuk yang tak perlu anjang sebut namanya mengirim sms kepada Ibu Azwa:

“Salam Azwa, Sy terkejut keatas apa yg telah berlaku. Sy bersyukur kerana semuanya sehat. Sy baru lepas solat hajat berjemaah di Mesjid Al Malik Faisal, PJ minta Allah selamatkan bonda UMU Jah dan kesemua yg ditahan di Jeddah. Sy pilih Mesjid ini yg dibina oleh Raja Saudi supaya rohnya dapat berhubung dg roh Raja Saudi di Riyad agar penyelesaian terbaik akan dapat pd jemaah Global Ikhwan yg ditahan. Salam buat UMU,Inam, dan semua keluarga di sana.salam.”

Abu Layan seorang simpati GISB di sini berkata dia dah berbincang dengan Sidi Hisham, tuan punya stable bertaraf diraja yang GISB membeli kuda darinya, mereka akan memberi apa jua bantuan. Jika GISB tak dapat selesaikan, segera beritahu, dia akan pastikan semua rakan-rakannya di kalangan amir-amir (kerabat diraja) berdiri di belakang GISB. Jika berhadapan kesukaran mengendali stable kuda dll, dia akan hantar pasukannya membantu GISB.

Syh Fahad dan teamnya pula mempersiapkan pasukan guamannya untuk membela BUJ dan GISB. Pada Syh Fahad, segala tuduhan terhadap GISB adalah tidak benar kerana padanya, Islam yang diamalkan oleh GISB lah yang paling indah yang pernah dia lihat.

Anjang berseru kepada semua, khususnya di kalangan yang pernah ke CNM dan mendapat khidmat GISB di Mekah untuk bersuara sekarang. Ahli-ahli politik, bisnes man, pengarah filem, artis, syarikat travel agent dll belalah ahli sunnah wal jamaah. Tuhan akan membela tuan-tuan dan puan/puan. Di pihak kami, kami sangat rasakan ia adalah proses dari Allah. Mana mungkin kejayaan yang besar diperolehi tanpa ujian yang juga besar! Sedangkan sudah pasti, Islam tak akan kalah-kalah lagi.

Maaf dah panjang sangat. Anjang nak dengar hangpa nak kata apa pulak…Di kesempatan ini, anjang doakan Bonda Ummu dan semua kawan-kawan sehat semuanya dan dimudahkan untuk beribadah, berdakwah dll. Doakan juga untuk kami di luar ni. Juga ucapan Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke 49 kepada MT Ikhwan. Sambut harilahir di depoh tahanan. Harilahir seorang pejuang. Kabonya, Syh Al Haddad nak sembelihkan kambing…”̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ 

Ok, jumpa lagi.

Di sekitar Mekah.

9.42am, Mac 31, 2013.

Advertisements

5 thoughts on “***Sunni vs Wahabi***

  1. Mari lah kita sama-sama berdoa agar dilembut hati pihak berkuasa Saudi terhadap ahli jemaahdan diberi kekuatan keatas ahli2 jemaah,maklumlah kehidupan di tarhil Jeddah maupun di Makkah amat menyiksakan. Ana pernah berpengalaman berurusan dgn pihak tarhill Jeddah untuk melepaskan pekerja2 kami, ikut saja lah rentak Saudi ni…

  2. Drpd Ali b Abi Talib ra berkata ,tlh bersabda Rasulullah saw “sudah hmpir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lg drpd Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lg drpd alqur’ an kecuali hanya tulisannya..Masjid2 tersergam indah tapi kosong dari hidayah.Ulama2 mereka adalah sejahat2 makhluk yg ada dibwh naungan langit..dari mereka punca fitnah dan kepada mereka fitnah itu akan kembali.Hadith riwayat Al Baihaqi…..

  3. BERJUANG ERTINYA BERKORBAN,berkorban ertinya terkorban,terkorban ertinya menderita.menderita itulah asam garam dlm perjuangan.ingatkah lg kalian mutiara kata dri Mursyid Agong

  4. salam Abd Hamid Rashid..nak tanya,dapat maklumat dari sumber atau menurut sumber-sumber tertentu??atau kau main serkap jarang je??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s