***di kaki Jabal Rahmah***

ImageImageImageSalam ceria.

Hari ini di kaki Jabal Rahmah ni anjang keseorang dalam ramai. Syh Al Akhyar, Syh Hasnan, Syh Azri dan ramai lagi Mutawwif masuk ‘U’ Roh. Diproses di Depoh Tahanan, Jeddah. Tempat diturunkan nenek kita, Siti Hawa. Tempat bermulanya nenek kita diproses dengan kesusahan. Sedangkan sebelum itu di Syurga yang penuh kenikmatan. Rohnya ditingkatkan. Berjalan seorang diri. Mengenangkan kesalahan, menyesali diri. Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan. Bulan menjadi tahun. Bukan setahun, bukan dua. Bukan 10 tahun tapi 40 tahun. Hanya menurut rasa hati. Melangkah dan melangkah. Akhirnya sampai di Arafah.

Nabi Adam As pula diturunkan di India. Berjalan seorang diri, mencari pasangannya. Menangis menyesali diri. Akhirnya setelah 40 tahun sampai ke Arafah jua. Di Jabal Rahmah inilah mereka bertemu. Ya di sekitar tempat anjang menunggu jemaah umrah inilah pertemuan pertama Datuk kita Nabi Adam As dan Siti Hawa. Ya, mana tau, itulah hadiah rintihan mereka selama 40 tahun. Bertaubat dan meminta ampun. Menambah-nambah rasa takut pada Tuhan. Bertawassul dengan kerinduan pada Nabi Muhammad. Kerana nama cucunya terpahat di pintu syurga. Masuk universiti roh. Dididik terus oleh Tuhan. Lalu Allah temukan setelah perpisahan yang panjang. Ya, yang amat panjang. 40 tahun beb!!! Umam dah berapa lama berpisah? Kesian Umam. Tapi Umam, Abu Mubarak, Rendy, Mus’ab, Dr Fatoni dll dah masuk ‘U’ Roh. Confirm dengan penuh rasa hamba.

Anjang harap, anjang pun dikira student ‘U’ Roh juga. Walaupun berbeza ujiannya dibanding kawan-kawan yang lain. Masih lagi rutin harian. Dengan ziarah jemaah umrah ke Ja’ranah dan Hudaibiyah. Taklimat wada’ untuk jemaah. Chek in jemaah balik Malaysia, tunggu jemaah sampai dan iringi ke Mekah dll tetapi ada tambahan iaitu uruskan sembelih kambing di Halaga. Berkawan dengan orang-orang Mali pulak kali ni. Ok, malas nak men’detail’, takut ada yang silap faham. Kepada yang tak sabar-sabar membuat ulasan, sabar bang!!! Filem belum habis. Baru je masuk ‘U’ roh, Malaysia pun baru nak Islam. Sabar, bawa bertenang. Anjang masih baca lagi blog seorang kawan yang terperanjat, link dia tetiba tinggi rating. Sebenarnya anjang sebar guna bb ke lebih 800 orang. Yang 800 orang tu tak tau la, sebar kepada berapa orang yang lain.  http://cerobohlagi.blogspot.com/2013/03/gambarbetul-ke-aku-mimpi-bertemu-abuya.html?m=1

Ok, jumpa lagi.

Mekah, lokasi rahsia… “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮

5.33pm, Mac 30, 2013.

Advertisements

One thought on “***di kaki Jabal Rahmah***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s