***Imam Mahdi di belakang GISB***

ImageSalam ceria.

Dah dua kali anjang dengar sendiri dari pengunjung CNM yang bertanya, ada kerja kosong tak? Seorang pensyarah universiti, seorang lagi bekas penjawat awam di mahkamah. Aneh, orang yang ‘educated’ macam tu boleh keluarkan kata-kata begitu. Ada kerja tetap pulak tu. Sanggup ke duduk di tepi padang pasir ni. Mereka serius.

Orang pertama, dah anjang ceritakan kisahnya dulu di post yang lalu. Seorang lagi, mendapat pengalaman istimewa bila memberi salam kepada unta di CNM. Dia mendapat respon dengan senyuman. Senyuman seekor unta. Senyuman haiwan yang disayangai Rasulullah SAW. Dia bercerita, bila dia masuk ke kawasan CNM yang telah menerima ribuan pengunjung itu, dia merasa satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Terasa sangat syahdu dan hiba. Bila ditanya kepada seorang remaja yang bertugas di situ, kenapa dia merasai demikian, spontan dijawab,

“Kerana di sini ada Rasulullah SAW.”

Terus dia menitiskan air mata. Walaupun tak nampak, hatinya tak boleh menipu, dia merasai kehadiran roh baginda di tempat yang segala disiplin hidup baginda sangat diperjuangkan ini. Sentiasa berkumandang nasyid dan selawat terhadap baginda. Malah, haiwan yang diternak tentu sahaja berzikir dan berdoa kepada Allah agar semua yang datang dan bertugas mendapat cinta Tuhan dan rindu Rasul.

Maka dia tertanya-tanya apakah rahsianya GISB boleh berbuat begini. Baginya, ia sangat hebat. Langsung tak terlintas di benak fikirannya, suatu masa nanti akan ada komuniti Melayu bertapak sebegini rupa di Mekah.

Lebih-lebih lagi bila dia melangkah masuk ke Istana RSA, bertemu muka dengan Bonda Wasilah. Terus jatuh cinta pada Bonda. Itulah yang dia lafazkan. Anjang sangat ingat kata-katanya itu. Katanya lagi, Bonda UJ sangat baik, tak seperti yang digambarkan di media. Hari itu tercapaikah cita-citanya ingin bertemu orang yang dia ikuti perkembangannya hanya lewat tulisan di buku-buku dan majalah-majalah. Bertambah kagum dan tertanya-tanya, apa rahsianya BUJ boleh lakukan begini. Alhamdulillah, seorang bertanya satu dunia akan mendapat faedah dari jawapan BUJ Ar.

Sebenarnya Islam akan berdaulat semula di akhir zaman. Ia disebut di dalam hadis-hadis Nabi. Nabi Muhammad SAW, walaupun telah wafat tetapi tetap berperanan sebagai nabi. Abuya pula, tak cipta dasar perjuangan ini sendiri, Abuya tengok hadis, menyelusuri hadis. Halatuju perjuangan tak buat sendiri, Abuya tengok hadis beri arahan apa?

Realiti kehidupan sekarang, di semua sudut sudah sangat jauh dari Allah. Politik, ekonomi, pendidikan, hiburan malah ibadah sendiri sudah tidak mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul. Tak kan kita nak terus menerus hidup begini?! Semua umat Islam boleh masuk neraka kalau dibiarkan begini.

Takkan Tuhan tak beri jalan keselamatan.

Sebenarnya Tuhan dah tunjuk jalan keselamatan. Bukan sahaja Islam dijanjikan akan menang, malah Allah janjikan seorang tokoh yang di tangannya Islam kembali gemilang.

Nabi Muhammad telah wafat tapi tetap menjadi Nabi. Allah jadikan seorang tokoh yang mewakili nabi itu, namanya pun sama dengan nama nabi. Nama ibunya sama dengan nama ibu nabi. Nama bapanya pun sama dengan nama bapa nabi. Dialah Imamul Mahdi.

Tapi wahabi dah tolak habis. Kalau mereka tahu kita sembang tentang Imam Mahdi ni, mereka marah.

Tapi peliknya, dajjal mereka tunggu. Dahsyat. Walhal hadis tentang Imam Mahdi dan Dajjal itu satu pakej. Pakejnya sama. Kumpulan hadis-hadis akhir zaman. Mereka tolak Rasulullah, mereka tolak Imam Al Mahdi. Abuya pula mempertahankan Imamul Mahdi. Abuya lawan. Sebab itulah Abuya diperangi di Malaysia. Dituduh sesat.

Tapi sekarang orang dah ramai yang setuju, kalau sesat tak kan boleh duduk di Mekah. Macam ayah Pin, mana ada dah. Tak nampak. Tak akan berlaku, kemuncak perjuangan ajaran sesat, semakin dekat dengan rumah Allah. Makin hampir dengan Masjidil Haram. Arqam ni lain, dah hancur pun hidup balik. Tuhan yang ganti. Sebenarnya pemimpin yang tolong kami adalah Abuya. Abuya itu pula sangat bersandar dengan Imam Al Mahdi. Imam Mahdi itu pegangan dia. GISB buat semua aktiviti ini sebab nak tunggu Imam Mahdi. GISB bukan hanya menunggu, malah membuat persiapan.

Haji baru-baru ni di tahun 1433H terlalu ramai orang tunggu Imam Mahdi. Wakil kumpulan-kumpulan tarekat dan sufi satu dunia datang. Masa yang sama, Wahabi juga buat persiapan tapi bukan nak menyambut, kalau muncul nak tangkap, nak bunuh. Jadi haji tahun lepas dah ramai yang datang tunggu Imam Mahdi. Ya, Imam Mahdi bukan akan datang 1000 tahun lagi, bukan 100 tahun lagi. Dah dekat sangat. Dunia dah menunggu. Itulah kasih sayang Tuhan, Tuhan bagi tokoh yang akan mengembalikan kedaulatan Islam.

Sebab itu bila pengunjung datang ke sini terasa lain macam. Datang ke chalet NM atau ke Istana RSA, rasa pelik. Satu perasaan yang sukar diluahkan dengan lidah dan kata-kata. Terfikir, macam mana boleh buat aktiviti begini. Apa jawapannya? Itulah pemimpin. Teras untuk boleh berbuat begini adalah pemimpin yang boleh bawa pada Allah dan Rasul. Jadi bila GISB berbuat, berjuang, kita ditolong, dibantu dengan berkat pemimpin itu, kita ditolong Allah, ditolong Rasulullah.

Walaupun baginda dah wafat tapi kita tetap rasa ada nabi. Rasa sayang dengan nabi. Kalau tak, tak kan sanggup bergolok gadai datang untuk tengok kaabah, buat umrah kerana roh itulah yang menarik-narik kita.

Imam Mahdilah yang mampu berbuat sebab dia bapa umat Islam. Bapa syariat, bapa aqidah, bapa tasawuf. Yang lain cuba menonjol diri, tapi mana boleh pegi?! Tak sampai ke mana…

Kami yakin begitulah. Ada orang kata sesat. Hakikatnya, kalau kita ikut mereka yang kononnya tak sesat tak jadi begini pun (tak perjuangkan Islam gila-gila pun, hingga ada projek yang dibanggakan di Mekah). Bila dah tengok sendiri kegiatan GISB di Haramain, kesannya, sampai ada jemaah umrah yang kata,

“Kalau macam ini, sesat pun tak apa la!”

Dia cakap apa yang di hatinya. Spontan Allah luncurkan di lidahnya. Ya, sesat yang macam mana? Sesat yang diukur dari amalan Islam yang ada sekarang. Islam Sekular. Sesat yang diukur dengan kayu ukur mereka. Sedangkan apa yang dilakukan oleh GISB itulah yang Islam yang sebenarnya. Sufi, tarekat dan ikut perjanan nabi. Mafhum sabda Nabi yang ramai mengahafaznya, Islam itu bermula dengan keadaan dagang/pelik/anih/ganjil dan ia akan kembali dagang/pelik/anih/ganjil. Inilah masanya. Ramai yang kata sesat di mulutnya kerana mengambil ‘input’ ulama rasmi, tapi tak boleh menafikan kebenaran ini di hatinya.

Dibelakang semua itu ialah ada Allah, ada Rasul, ada Imamul Mahdi dan Abuya. Abuyalah di belakangnya. Dia sedang mempertahankan perjuangannya dengan kuasa roh. Dialah peneraju. Sebab kalau dengan kuasa lahir dah ada orang yang nak membunuhnya. Takkan dah buat kebangkitan yang sebegini cantik tiba-tiba tak boleh diselamatkan. Yahudi memang nak hancurkan tapi takkan tak ada kuasa pelindung. Hakikatnya, Allahlah pelindung sebenarnya. Tapi Allah nak lindung itu bersyarat. Syaratnya takwa. Ketahuilah, ketakwaan yang sebesar-besar itu ada pada Imam Mahdi sedangkan Imam Mahdi itu ghaib, dia ajar pada Abuya. Abuya manalah sekolah tinggi tapi dia diajar oleh Imam Mahdi, bagaimana nak berbuat. Diberi kefahaman, ajaran dengan ilmu hati, ilmu laduni, ilmu ilham. Maka dia buat Islam dengan cara yang berbeza dari orang lain. Orang yang lulus universiti-universiti Islam mana mampu berbuat. Mana mampu nak hidupkan Islam secara praktikal? Islam tinggal teori sahaja. Ilmu sahaja. Ilmu memang tinggi, hebat tapi keluarga pun tak selesai.

Selamatkan kami semua Ya Allah! Berkat RSA dan Bonda Wasilah Ar.

Ya Allah, jayakanlah pelancaran TVNM di Bangkok dengan berkat orang-orangMu, Tuhan!

Musolla tepi kolam, Istana RSA Mekah.

3.13pm, Mac 15, 2013.

Advertisements

2 thoughts on “***Imam Mahdi di belakang GISB***

  1. Salam, uncle saye mghu lpas p umrah, mgkon skrg masih d sana melalui andalusia agency, saye pesan kat die klu ke sana cube luangkan masa p cnm yg daye katekn terletak d pinggiran mekah coz x sure lokasi sbenar. Harap die ade jejak ke cnm tu samade bsama agency die or indvdually bsame kwn2nye.

  2. Ampun Mpaaf kpd semua .mohon tumpang sekaki moga2 ada keberkatannya…Apa yg AM siarkan dah sgt jelas.tepuk dada tanya selera .. hidayah petunjuk aqal IQ manusia ✗ sama..kita kata cthnya. ..ni . nasii Baryani ! Ada yg kata bukan!! tu mi kari!! kan jauh beza .bila ada yg kata marilah kita perjuangkan islam!..akan ada yang kata ..eleh!! Islam engkau je betul !orang lain pun Islam juga.!..Hanya segelintir dari 1 bilion umat yg mengaku islam didunia ini, sedar dunia dah terbalik…terbalik islamnya dari islam zaman Kenabian dan para sahabat juga zaman salafussoleh.pernah masa saya mula ikut dakwah ada bancian mengatakan 90 peratus org islam malaysia ✗ smbahyang sdangkan dizaman saidina umar klu ada org lelaki ✗ solat dimasjid, rumahnya akn di bakar! Kan terbalik,….Digedung2 jualan.. giant tesco eon dll produk ape yg banyak? klu ada yg jenama islam pun bila diselidik rupanya nama je islam !. Kita beli jugalah sbb ✗ de pilihan,..Pelajaran disekolah ape yg banyak diajar? Dari 20 jam masa belajar seminggu adalah 1 jam stengah khas utk nak kenal Tuhan! lagi 22 jam utk nak kenal makhluk Tuhan….sangatlah terbalik !! Sbb tu ada bdk melayu dapat 17 A pergi luar negara.. hanyut!! Macam mana ✗ hanyut?Bila jadi mcm tu bdk tu yang kena kutuk ..kita ✗ salah? …jadi bila ada satu kumpulan manusia nak selamatkan umat islam dari diterbalikkan islamnya oleh musuh2 islam eloklah kita sokong. Klu ✗ mampu bagi tenaga bagilah harta , ✗ de harta juga kita doakan .moga2 kita pun selamat sama jgn kita pulak bekerjasama dgn musuh . .Atk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s