***Pak Tam-Kawan Lama***

ImageImageSalam ceria

Baru-baru ni anjang dapat bb dari Syh Cikgu Syaarani, dia kata ada seorang kawan anjang bawa jemaah ke Mazra’ah NM di Madinah. Namanya Marzuki. Puas anjang cuba mengingat. Marzuki mana ye? Ada la kawan, Marzuki Syh Aziz Ismail. Tapi dia tak belajar sama-sama dengan anjang di luar negara. Dia ni belajar dengan anjang di Universiti Muktah.

Anjang BBM Syh Cikgu Syaarani,

“Boleh hantar ana gambar dia?”

Bila anjang tengok gambar yang dihantar, terus kenal mukanya. Tapi tetap tak ingat nalmanya Marzuki. Rasanya macam lain.

Tak berapa hari lepas tu, rombongan umrah mereka sampai ke Mekah. Anjang tak terlibat sangat dengan lain-lain group sebab fokus group Hijjrah. Sebab tu bila Syh Al Akhyar ajak temankan dia bawa jemaah ke CNM, anjang tak mau ikut. Stay kat bilik 606 je. Tapi lepas tu, dapat call dari dia,

“Mai la join sekali, ni ada kawan sama belajaq kat Mut’tah ni!”

“Oklah… Dan lagi ke ana pi?” “Daan, jemaah belum habis turun lagi…”

Turun hotel, menyusur lorong ke Syari’ Hijrah depan Afwaj Taubah dan deretan kedai pakaian, gunting rambut, dobi dan masjid. Terus melintas Syari’ Hijrah yang sesak dengan jemaah yang baru pulang dari solat Asar. Menongkah arus manusia yang ramai, terus ambil lorong ke kiri menuju Syari’ Ibrahim Khalil.

Di atas divider anjang jumpa Syh Al Akhyar terus menuju ke hotel Mera Masfalah di seberang jalan.

Masa tu anjang dan nampak susuk kawan anjang, bila bertemu terus bersalaman dan berpelukan. 16 tahun tak bertemu.

“Enta masih mantain macam dulu.” Katanya.

“Ana tenggelam dalam pelukan,” kata anjang bergurau kerana badannya yang besar.

Setelah bertanya khabar, anjang ajak bergambar depan banner syarikatnya yang tergantung di depan hotel.

Lalu menuju ke bas. Dalam bas, barulah terbongkar rahsia. Sebab apa anjang tak ingat nama yang Syh Cikgu Syaarani sebut. Us Marsuki ni masa belajar dulu, kami tak panggil Marsuki, lebih glamour dengan panggilan Pak Tam. Kalau sebut Pak Tam dari awal, mungkin mudah anjang ingat.

OTW ke CNM kami bercerita panjang tentang kerjaya dan kawan-kawan. Walaupun kawan-kawan ramai yang makan gaji, Pak Tam tak. Bisnes sendiri. Buat tadika kat Sg Petani. Sekarang ada lebih 2 ribu murid.

Anjang kata,

“Bagus. Kerja sendiri, boleh atur hidup untuk Allah dan Rasul. Bukan masa azan, masih sibuk bermesyuarat.”

“Ya.” katanya.

“Abuya kata, kalau disenaraikan 20 kerjaya, Abuya akan letakkan makan gaji tu no 20,” sambung anjang. Anjang lupa sapa yang ceritakan mauqif Abuya ni. Agaknya mungkin bole di’short list’ kan, peniaga, petani, tukang masak dll, makan gaji

Abuya letak no 20.

Setelah kedatangan penjajah, umum masyarakat Melayu yang menerima sistem pendidikan Inggeris dan persekolahan Melayu seolah-olah di’set’kan mindanya yang dikatakan pekerjaan itu ialah makan gaji. Sebab itu bila diberi borang semasa di sekolah rendah atau menengah, di ruangan cita-cita, majoriti akan tulis:

1. Polis

2. Tentera

3. Doktor

4. Guru/Pensyarah

5. Peguam

Hampir tiada yang tulis nak kerja sendiri, bisnes man yang berjaya, buka perusahan makanan halal umpamanya.

Dah jumpa kawan lama, macam-macam sembang. Rashidi dah meninggal. Jazman jadi hakim di Manjung. Saifuddin bertugas di Ipoh. Fateh masih bersama GISB. Dll. Jemaah yang Pak Tam bawa ni pulak ramai yang dari Perak, kenal pula dengan ayah Syh Al Akhyar, bertambah kemesraan. Allah jadikan Pak Tam suka nak amik khidmat ‘grounding’ dengan GISB Mekah/Nur Muhammad Management untuk rombongan umrah dia yang akan datang. Kata Pak Tam, ramai orang yang buat bisnes umrah ni, paling nak (sangat perlukan) khidmat ‘ground  and handling’ ni la. Kalau dah ada orang Malaysia yang beri khidmat ni, lebih baik amik dengan orang Malaysia. Selama ni, orang-orang Indonesia dan Fatoni yang buat. Orang Malaysia tentu lebih memahami citarasa saudara senegara.

Mudah-mudahan Pak Tam akan datang lagi dengan rombongannya. Moga dengan berkat RSA, Allah upgredkan semua khidmat NMM samada mutawwif, katering, transport, show, hotel, dobi, hiburan, tahlil, akikah, dam, badal umrah, jualan barang di sini, dll agar semua orang dapat cinta dan takut Tuhan. Agar layak para Ikhwan menjadi khadam-khadam di Tanah Haram ini.

Ok, jumpa lagi.

Bilik 606, Najmul Khalij.

8.19pm, Mac 12, 2013 .

Advertisements

2 thoughts on “***Pak Tam-Kawan Lama***

  1. Sallamm hormat pd semua,..moga2 Allah permudahkan dalam semua urusan kita. ….disini cuma nak kongsi sedikit tntg bab cita2 ..dulu saya pun tulis pilihan pertama doktor pilihan kedua guru.cikgu kata macam ni lah bagus!!.Jangan sebut penoreh getah!!masa tu sekolah dekat kebun getah… sagtlah ✗ sama dgn cita2 Abuya mcm dalam nasyid…cita2 ku…islam gemilang…cita2 ku islam tinggi menjulang….cita2ku cita2 ku islam cemerlang……ana terbaca tntg protocol of Zion no 4…lebih kurang dlm BM— Sbb tu kita mesti kikis keyakinan beragama ,padam terus dari otak manusia prinsip2 ketuhanan n kerohanian dan gantikan dengan matematik n sains dan kehendak nafsu…jadi jelas lah ilmu yg ada diuniversiti mana pun ada lah hasil dari perncangan yahudi.. .sebab tu abuya letak cita2 makan gaji no 20 .nak jd tukang masak kat cafe nur Muhammad dan cafe GISB yg hampir separuh dunia ni rasanya ✗ perlu sijil kot .kedai makan n restoran yg melambak kat malaysia cthnya ,tukang masak ada sijil ke? ✗ de . ✗ Perlu terjebak dalam sistem yahudi utk jd tukang masak yg berjaya.tapi macam saya ni yg memang membesar dlm sistem tu memang peritlah nk cabut segala fahaman yahudi.klu lah bukan berkat hidup berjemaah semua yg dibuat munkin bukan lillahi ta ‘ala sebab dah hampir dikikis masa kita budak2 dulu ,maaf… yang buruk tu dari yahudi yg blum berjaya di ungkai dari hati saya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s