***Jabal Tsaur***

ImageImageImageDestinasi pertama ziarah ‘on the way’ ke manasik haji ialah Bukit Tsaur. Biasanya bas akan ambil di hotel, jika jemaah duduk di hotel sepanjang Syari’ Ibrahim Khalil atau Syari’ Hijrah di Misfalah. Seawal 7 am, sudah berpusu-pusu bas melalui jalan-jalan ini, berhenti di tepi jalan, depan pintu hotel dan menambah sesak jalan yang sedia sesak dengan ribuan jemaah yang berjalan pulang dari solat Subuh di Masjidil Haram. Ada juga bas yang berhenti untuk menurunkan jemaah dan bagasi-bagasi yang banyak kerana baru tiba, samada dari Jeddah atau Madinah. Juga bas yang sedang ‘loading’ bagasi bagi jemaah yang nak meninggalkan Mekah. Selepas sarapan di hotel, jemaah kena menunggu di lobi. Mutawwif akan maklumkan bila bas sudah sampai untuk dibawa ke bas. Mutawwif akan menampal nama grup dan no bas di cermin depan sebelah kanan bas. Jika hotel agak jauh dari jalan besar, mutawwif akan maklumkan kepada ‘group leader’ untuk menunggu di tempat yang ditentukan seperti di bawah ‘flyover’ Misfalah, depan Balai bomba dsb.

Antara cabaran para mutawwif ialah menunggu jemaah yang lambat pergerakan kerana tua atau sakit. Juga yang tak tau arahan atau jadual program. Atau lambat pulang dari Haram, solat Subuh. Ketika tu la, ada jemaah yang cepat marah jika bas lewat atau ada kawan-kawannya yang lewat. Kena ditenangkan. Cabaran lain pula ialah berhadapan dengan driver-driver bas yang ada 1001 ragam.

Setelah semua jemaah berjaya menaiki bas, bas bergerak perlahan-lahan meninggalkan kawasan Misfalah kerana kesesakan yang biasa (tak luarbiasa pun, sebab hari-hari sesak) diiringi taaruf diri dan doa safar mutawwif di dalam bas.

سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ * وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ .

Bergerak meninggalkan kota Mekah menuju ke arah Selatan. Memandang ke arah selatan dari Masjidil Haram kita akan nampak barisan bukit batu terhampar memanjang. Gugusan bukit tersebut dipanggil Jabal Tsaur lebih kurang 5 km jaraknya dari Masjidil Haram.

Jabal Tsaur atau Gunung Tsaur memiliki tiga puncak yang bersambungan dan berdekatan. Di salah satu puncak Jabal Tsaur itulah terdapat Gua Tsaur. Tinggi bukit lebih kurang 755m. Untuk mendaki gua Tsaur ini memakan masa selama lebih kurang satu jam. Bukit itu dinamakan Tsaur kerana bentuknya seperti tsaur atau lembu jantan yang berdiri menghadap ke arah selatan.

Gua Thur pula tingginya 1.25m dengan panjang dan lebar 3.5m x 3.5m. Ia mempunyai dua pintu, satu di sebelah barat dan satu lagi di sebelah timur. Rasulullah SAW menggunakan pintu sebelah barat.

***********

Jabal Tsaur jasamu sangat besar dalam sejarah perjuangan Islam.

Kau diberi peranan,

melindungi Rasulullah dan sahabat karibnya.

Hakikatnya Tuhanlah yang melindungi mereka.

Kerajaan Ajaib ada cara menghina Musyrikin yang bertuhankan akal dan nafsu,

Sawang labah-labah yang menipu,

Sarang merpati dan telurnya juga membantu,

Strategi Tuhan yang Maha Ampuh lagi Mengeliru,

Gagallah musuh yang bersungguh-sungguh memburu.

*****

Allah mengekalkan peristiwa ini diabadikan dalam Al Quran dalam surat At Taubah ayat 40

”Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada kawannya, “Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Allah bersama kita.” Maka Allah menurunkan ketenanganNya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimah Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Ya, Gua Tsur inilah tempat yang dijadikan perlindungan oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya, Saiyidina Abu Bakar RA. Bersembunyi dari kejaran kaum kafir Quraisy.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 622 Masehi, Rasulullah SAW berniat hijrah ke Kota Madinah, mencari tempat penyebaran Islam yang lebih berkesan. Namun, kaum kafir Quraisy yang tak mahu ajaran Islam tersebar ke luar Mekah, memburu mereka untuk menghalangi niat Rasulullah SAW.

Ketika itulah Rasulullah SAW dan Saiyidina Abu Bakar memilih masuk ke Gua Tsaur atas petunjuk yang diberikan Allah SWT melalui malaikat Jibril. Di gua yang sempit inilah Rasulullah SAW dan Saiyidina Abu Bakar berlindung selama tiga hari tiga malam.

Kaum kafir Quraisy menemui jalan buntu apabila sampai di sekitar gua melihatkan adanya sawang labah-labah dan sarang burung merpati yang menutupi jalan masuk ke gua.

Kaum kafir Quraisy membatalkan niat masuk ke dalam gua kerana mustahil ada orang melalui laluan tersebut tanpa merosakkan sawang labah-labah dan sarang merpati tersebut . Selama tiga hari itu Siti Asma’, anak Saiyidina Abu Bakar, berulang kali mengantarkan makanan dan lain-lain keperluan Rasulullah SAW dan ayahnya.

Berhenti seketika untuk melihat bukit dan gua yang berjasa kepada Islam. Turun beramai-ramai, bergambar dengan latar belakang Jabal Tsaur. Ya, orang-orang Tuhan ditabalkan di gua, diselamatkan dari musuh pun di gua. Gua yang sempit. Berada di dalamnya selama 3 malam. Itulah perjuangan.

Alangkah malangnya para jemaah, baru menikmati keselesaan hotel-hotel yang cantik di Madinah, selama beberapa hari bila tiba ke Mekah, diuji dengan hotel yang kurang selesa, dah merungut. Mendongkol. Tak puas hati. Baru terpisah-pisah dengan pasangan dah emosi. Baru lambat dapat kunci bilik dah marah-marah.

Kenangkanlah Rasul yang lari diburu musuh. Bersembunyi di gua. Sempit. Batu-batu. Lubang-lubang yang ada binatang berbisa. Bukan di hotel 5 bintang. Bekalan makanan mereka bukan dari Syarikat katering yang kadang-kadang lambat kerana jalan jam. Tapi oleh seorang wanita muda pengembala kambing yang mengandung. Yang juga berisiko dibunuh ketika menjalankan tugas. Lunakkan hatimu, kenangkan kekasih Allah diperlakukan Tuhan begitu. Diterima penuh sabar dan redha. Penuh rasa hamba. Tanpa emosi. Tanpa marah. Tanpa merajuk. Tanpa merungut. Tanpa mendongkol. Marilah mencontohi Rasul di semua sudut. Ketika susah dan senang.

Oooh Jabal Tsaur mengajar kita banyak hikmah jika kita ingin mencungkilnya.

Ampun maaf. Jumpa lagi.

Sedang tunggu Us Wan Omar dan isteri serta Dr Ammar dan keluarga (anjang tak pasti, katanya pemilik Buletin Rakyat). Tunggu di Terminal Internasional, tapi dapat call flight turun di Terminal Haji. Ni la Saudi, susah berurusan. Nak marah tak boleh, baru je ajak pembaca bersabar. “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ Nampak pramugara dan pramugari AirAsia dah keluar. Masuk Saudi, bertudung nampaknya kakak-kakak ni. “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮

Lobi menunggu, Terminal Antarabangsa, Airport King Abd Aziz, Jeddah.

4.43pm, Mac 5, 2013.

Advertisements

One thought on “***Jabal Tsaur***

  1. ,Salamm dari KKA,moga P Anjang n peminat blog sentiasa dalm kasih sayang Allah.ramai kami ni blum ada rezki ketanah haram.baru kumpol dt sket.kena repair keta,kumpol lagi.utk ank2 sekolah.selagi ada umur selagi itulah nk pasang niat pi mekah .tapi sebelum pi.klu ada rezki kenalah siap mental n fizikal nya kan,.satu bab cuacanya yg kot 100 kali lebih kering dari jelebu.no 2 sebelum pi ke tempat yg teramat ramai manusia kena smbhyang hajat banyak2 moga2 Allah pinjamkan kpd kita kesabaran nabi ibrahim n keluarganya semasa di uji Allah juga kesabaran Rasulullah n para sahabat yg pi padang pasir utk perang bukan utk sa’ i n wukuf n tawaf…Mutawwif pun tercabar jg ya?inilah dunia negeri ujian n bala’.sape2 yg cinta dunia rugilah sangat.!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s