***Umrah 2013: Kisah & Iktibar- v***

ImageSalam ceria.

Mesir sinonim dengan Universiti Al Azhar yang melahirkan jutaan graduan-graduan ilmu Islam. Selama ratusan tahun umat Islam satu dunia bertumpu belajar pelbagai ilmu Islam di sana. Tetapi malangnya sejak puluhan tahun ini sistem Al Azhar hanya melahirkan pekerja-pekerja makan gaji, yang hanya bekerja ikut waktu pejabat. Bukan berjuang tanpa mengira waktu, mendidik masyarakat agar kenal Tuhan dan syariatNya. Akibatnya, bukan rahsia lagi, majoriti masyarakat biasa di Mesir sangat jahil.

Sewaktu anjang di Mesir, pernah anjang lihat seorang yang berwudhu’ dengan tangan yang penuh dengan cat. Bagaimana air nak kena kulitnya kalau begitu dia berwudhu’. Tak sah.

Ada yang bila masuk masjid, imam dah bertakbir untuk rukuk, dia boleh bertakbiratul ihram dari pintu masjid lalu berjalan dengan laju ke saf. Mengejar untuk rukuk dengan Imam. Berapa belas langkah berturut-turut dia lakukan. Dengan dada yang tak mengadap kiblat. Ah Mesir… Mesir…

Di musim umrah begini, Mekah menjadi tumpuan seluruh penduduk dunia. Malaysia, Indonesia, Pakistan, India, Morocco, Turki, Iran dan lain-lain negara, begitu juga Mesir. Di hotel yang ada orang Mesir, anjang tengok selalu faudho. Berebut naik lift, itu perkara biasa. Dan mereka lakukan tanpa rasa malu atau bersalah. Di floor mereka, mereka buat macam di kampung-kampung mereka di Soid, Mesir. Minum syaie beramai-ramai, merokok malah hisap argila buatan sendiri.

Anjang menegur sapa mereka dengan lahjah mereka.

“Zayyak ya ‘ammi syeikh? Ya Affendam? Ya Basya! Miyah, miyah wa la firakh jam’ieyah!” Bila dengar, depa mesti suka giler. Lebih-lebih lagi bila sebut:

“Misr Ummud Dunia.” (Mesir Ibu -tamadun- Dunia) Fuuh depa mesti terangkat habis. Pastu anjang akan sebut,

“Walakin Malayzia abuha” (tetapi Malaysia ayahnya), senyum mereka jadi tawar sikit. Rasa macam terkena.

Adakalanya mereka duduk bersama jemaah Malaysia dan Indonesia di hotel-hotel di Misfalah ni. Pagi tadi Us Hanif sembahyang Subuh di surau hotel di mana dia menginap. Imamnya seorang jemaah umrah dari Mesir. Yang jelasnya, ‘basmalah’ tak dibacanya. Nak kata jahil, hampir semua Imam di sini tak baca ‘basmalah’.

Yang langsung tak boleh diterima, lepas tahiyyat rakaat kedua dia bangun untuk rakaat ketiga. Subuh 3 rakaat??!! Mazhab apa ni? Ni mazhab Jahil. Bila ada jemaah tegur dengan ucapan: ‘Subhanallah’, berkali-kali, dia bukan perasankan kesalahannya. Malah dia sendiri ulangkan ucapan: ‘Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu Akbar…’

Lebih-lebih lagi tak boleh diterima, dia bangun untuk rakaat ke empat. Subuh Mesir ni 4 rakaat. Imam pulak tu. Jemaah dah tak tahan, menunggu tahiyat dari tadi memberi salam. Mufaraqah!!. Kalau terlupa, 1 rakaat boleh gak terima. Ni dah tambah 2 rakaat. Hancusss. Korang tau, apa tindakan imam Mesir ni?

Dia ‘boring’ agaknya semua makmum beri salam. Dia berhenti sembahyang, berpaling ke arah makmum dan menjerit:

“Liaaa?!!” (Kenapa?!)

Dasar jahil murakkab, dah la salah, tak rasa bersalah. Menyalahkan orang lain pula. Lepas itu, ada seorang Mesir lagi nak naik jadi imam tetapi tak diterima oleh yang lain. Akhirnya seorang berserban dari Kerala, India menjadi imam. Itulah kisah Us Hanif Doldiri pada anjang dan kawan-kawan di CNM.

Para remaja GISB, berusahalah melayakkan diri untuk menjadi pemimpin kepada seluruh umat Islam yang telah lumrah dengan kejahilan. Dalamilah ilmu sebelum menjadi pemimpin, takut kesibukan dalam memimpin dan hidup berumah tangga akan menghadkan masa kamu mendalami ilmu Allah.

Ok, coreten ringkas dari anjang sementara menunggu habis kenduri di CNM ni. Anjang sakit perut, duk dalam kabin je ni.

Kabin CNM, Hudaibiyah, Mekah.

8.59pm, Mac 4, 2013.

Advertisements

One thought on “***Umrah 2013: Kisah & Iktibar- v***

  1. ,Salamm dari KKA zon yg kita akan pergi sama ada kita suka atau tidak,.bersedia atau tidak..zon utk mengajak kita banyak ingat mati utk hidup, hidup utk mati….bab jahil ni memanglah sgt menakutkan ,..di negara kita pun ank2 sek rdh terutamanya,, dah diasak dgn kerja sekolah sebanyak2nya membuatkan masa utk ank2 ni belajar ugama dah terhad sangat …bila masa terhad kurglah kefahamannya. hasilnya pagi2 ank2 pergi sekolah elok tutup aurat tapi lain masa pulak naik basikal beremba2 dgn kwn2 lelaki dgn seluar jin dan bertocang.✗ faham lah tu.yg bekerja pulak sebab kawan2 pakai tudung dia pun pakai tudung tapi tutup leher je!.sedangkan dada pun kena tutup.tutup kpala tapi pakai seluar jin!!. juga bab thoharah n sembahyang pun sama,. belajar dah lah sikit ,kefahaman pengamalan ✗ pemghayatan ✗ pun diasak2 mcm pelajrn akedemik .agaknya Malaysia ✗ lah seteruk mesir sbb Malaysia abu dunya sedangkan mesir ummuha.tetapi Klu ✗ berubah cara n matlamat pembelajaran mak ke ayah ke sama je..Atk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s