***Umrah 2013: Kisah dan Iktibar- ii***

ImageImageSalam ceria. 

“Mohon sesiapa boleh bantu ana,ada seorang jemaah kita Alfajr baru sahaja mninggal dunia,jemaah yg jatuh bilik air 3 hari lepas.meninggal dlm bilik hotel no 1206..ana skrg di hotel,ambulance otw.. A tolong permudhkn urusan”

“Alfatehah utk arwah Aminah bt Ali yg bru meninggal jam 11.32 malam ni..jemaah alfajr”

“Esok group gemilang xjadi ambik mutawwif kita,dan esok ana kene ke kdutaan utk ambik surat kbenaran kebumian jemaah umrah yg mninggal mlm ni.”

Itu tiga bbm yang kami terima dalam grup dari Syh Abil, anak Syh Amran dan Ibu Itta yang sangat aktif di sini. Rupanya tugas mutawwif ni meliputi segala-galanya. Hidup dan mati. Sakit dan sehat. Tenang dan kelam kabut. Siuman dan gila. Apa saja berkaitan para mu’tamirin, di bawah tanggung jawab kita.

Beberapa hari lepas, anjang turun dari Wahj Fooz menuju Riadhah Hijrah, nampak Abil di tengah jalan. Dia sedang dipeluk seorang lelaki yang agak kurang terurus. Lelaki itu bercakap-cakap dengannya, Abil kelihatan memberi perhatian dengan penuh simpati. Berminat untuk mengambil tahu, anjang tanya Abil, “siapa tu?”

“Dia ni la yang ana uruskan paspot sementara sebab katanya paspotnya hilang. Visa umrahnya dah habis. Ana ulang alik 4 kali ke Konsul di Jeddah, siapkan dokumen perjalanannya. Bila dah siap, dia serahkan paspot dia.”

“Rupanya ada paspot disimpan.”

“Dia ada gangguan mental. Tak tahan emosi. Padahal pegawai di Jabatan Perhutanan, lulusan luar negara.”

“Dia mula mengamuk bila driver bas mendesak-desak, menjerit-jerit nak baksyis (saguhati) dan merokok. Dia tumbuk driver tu dan keluar dari bas.”

“Duduk di masjidil haram, tak balik-balik hotel. Rombongan umrahnya dah balik Malaysia.”

“Bila nampak orang merokok di Masjidil Haram, dia mengamuk lagi. Tumbuk orang tu. Kena seret polis. Masuk hospital sakit jiwa.”

Selesai kita uruskan dokumen perjalannya balik Malaysia, tiba-tiba dia tunjukkan paspotnya yang disorok. Nasib…Nasib. Abil terkena kali ni. Bak kata Tam, selama ni Abil menipu orang Arab, Allah balas di Mekah ni, orang gila tipu Abil. “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ 

Hari ni Abil uruskan jenazah. Moga-moga roh Aminah binti Ali diterima baik Tuhan. Al Fatihah.

Bercakap tentang kematian, rasa pilu bila baca Harian Metro dan melihat gambar seorang kanak-kanak yang baru kematian bapanya seorang anggota keselamatan yang bertempur dengan penceroboh dari Sulu. Mari kita hadiahkan bacaan Suratul Fatihah kepada roh keduanya. Al Fatihah. 

Lobi Riadhah Hijrah, Mekah.

7.53am, Mac 2, 2013

 

Abah dah meninggal….kena bom….masuk kubur.” Itu kata Mohamad Akmaruddin Zulkifli, 5, yang mungkin masih tidak faham apa sebenarnya berlaku di sebalik kematian ayahnya, Inspektor Zulkifli Mamat, 29.

Allahyarham Zulkifli, anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpangkalan di Hulu Kinta, dekat sini, adalah antara dua anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh dalam operasi pengusiran penceroboh dari Sulu, Filipina di Lahad Datu, Sabah, semalam.

Seorang lagi anggota PDRM yang terbunuh dalam kejadian jam 10 pagi itu ialah Koperal Sabarudin Daud, 46, manakala tiga lagi rakan setugas mereka cedera. Dalam insiden itu, 12 penceroboh yang dikatakan dari pasukan tentera Sulu dilaporkan terbunuh, namun jumlah yang cedera tidak dimaklumkan kepada media. Mohamad Akmaruddin, anak sulung arwah Zulkifli ditemui di rumah datuk angkatnya, Hussain Harun, 53, di Desa Putra Indah, Bandar Sri Putra, Bercham, di sini, dengan ditemani adiknya, Mohamad Akhil, setahun.

Ibunya, Nor Aziah Nor, 28, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan pemergian suaminya selain tidak berapa sihat berikutan alahan kerana mengandung dua bulan.

Suasana pilu menyelubungi rumah berkenaan semalam apabila Nor Aziah berulang kali menyebut ‘nak balik… nak balik’ (ke rumahnya) sambil menangis sebelum dipapah dan ditenangkan Hussain dan isteri, Nor Anita Mohamad, 49, dan beberapa rakan.

Malah, Nor Aziah yang kini menjalani latihan praktikal perguruan di sebuah sekolah rendah di Tanjung Rambutan, di sini, dikatakan pengsan tiga kali sepanjang tempoh berada di rumah bapa angkatnya itu.

 

.

Advertisements

One thought on “***Umrah 2013: Kisah dan Iktibar- ii***

  1. Salamm semua. Dimasa budi hancur musnah, diwaktu. Insan hancur punah , ku terkenang Nabi membawa hidayah, pahlawan agama yang gagah, membawa undang2 yang indah ,membenteras agama yang salah. ,pemimpin umat yg berjasa, handal pendekar lg perkasa. Tuhan! bilakah akan kau datangkan tangan ghaib dari langit untuk amankan seluruh dunia ini seperti yg telah engkau janjikan melalui lidah nabimu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s