***Larangan Umrah***

ImageImageSalam ceria,

Untuk melengkapkan panduan umrah ni, kita mesti sertakan dengan senarai larangan sewaktu mengerjakan umrah. Seperti yang kita sebutkan sebelum ini, ibadah umrah bukan kita lakukan setiap hari, maka selalu berlaku terlupa atau tak tau tentang larangan-larangannya. Anjangpun banyak lupa dan tak tau. Yang pakar setakat ni, Syh Salleh la. Mari kita ulangkaji. Tetapi kena betulkan niat. Iaitu betul-betul nak buat kerana Allah. Sebab, tanpa hidayah dan taufiq, suruhan dan larangan yang banyak dalam Islam, yang kita dah tau sejak kecil lagi pun masih kita langgar. Contohnya; kita bukan tak tau, sembahyang fardhu kena di awal waktu. Kerana ia adalah pertemuan rasmi dengan Raja. Raja yang bukan sebarang raja. Malikul Muluk. Raja segala raja. Tetapi, malangnya itupun kita culas. Contoh lain, Allah larang sifat kecewa dan putus asa. Tapi, kadang-kadang kita pun ‘layan’ kecewa. Jadi betulkan niat untuk berumrah, moga-moga Allah beri kita kekuatan untuk meninggalkan semua larangan Allah samada makruh ataupun haram.

Umrah ni, beberapa sudut seperti juga sembahyang. Dalam sembahyang, sebelum takbiratul ihram, kita boleh makan, minum, berbual, berjalan sini dan sana tetapi bermula berdiri dan mengangkat takbir, diharamkan kita melakukan banyak pekerjaan kecuali perkataan dan perbuatan sembahyang. Jika makan, minum, berbual-bual, bergerak lebih 3 kali, sembahyang boleh batal. Cuma tak la kena dam. Umrah pula, mulai dari saat melafazkan niat hinggalah sempurna semua Rukun Umrah, kita hendaklah berwaspada supaya tidak melanggar larangan ihram seperti berikut:

LARANGAN IHRAM

1.Mengugurkan rambut atau bulu di badan  (sama ada dengan cara menggunting, mencukur,menggosok, mencabut, mengesat, menganyah,mengelap dan sebagainya)

2-memakai minyak rambut pada kepala (dan janggut, bagi lelaki)

3-Menggunakan bau-bauan pada badan, pakaian, makanan atau minuman

4-Memakai sarung tangan

5-Mengerat kuku

6-Memburu atau membunuh binatang yang halal dimakan sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal

7-Menebang, memotong, mencabut atau merosakkan pokok atau tumbuhan di Tanah Haram (sahaja)

8-Berakad nikah sama ada berijab atau qabul untuk diri sendiri atau bertindak bagi pihak orang lain

9-Bercumbuan

10-Melakukan persetubuhan

 

LARANGAN IHRAM

JEMAAH LELAKI

1-Memakai pakaian yang bersarung (sama ada berjahit atau pun tidak) yang disarungkan ke badan termasuk seluar dalam, baju dalam, sarung kaki, songkok dan sebagainya

2-Menutup kepala atau sebahagian daripadanya.

3-Memakai kasut yang menutup tumit dan jari kaki.

 

JEMAAH WANITA

1-Menutup muka 

 

Ihram Kanak-Kanak

1-Kanak-kanak yang sudah baligh yang mengerjakan umrah bertanggungjawab membayar damnya sendiri jika dia melanggar larangan ihram. Sebab dalam Islam, bila baligh je, kira dewasa. Menanggung dosa pahala. Bukan tunggu 18 tahun seperti yang barat ajar. Jadi, sebelum baligh dah kena ajar segala ilmu fardhu ain, kena latih bertanggung jawab. Latih bekerja agar berdikari. Tapi tak le salah kalau parents nak bantu.

2- Bagi kanak-kanak yang belum baligh tetapi sudah mumayyiz (dapat membezakan antara bersih dan kotor) menjadi tanggungjawab ibubapa atau penjaganya membayar Dam kerana melanggar larangan ihram.

3-Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak dikenakan apa-apa Dam bagi kesalahan melanggar larangan ihram.

Ok, itu je post kali ni. Tadi bawa group D’Arasyh ke CNM. 2 bas. Ramai orang Tg Malim, berasal dari Kemboja. Bila dah pembeli tawar gila-gila punya semasa membeli barang di gerai, Iman dan team kena praktik la berniaga cara Rasulullah. Walaupun lulusan bidang ekonomi, Universiti di Jepun. Lapang dada, tolak ansur, minta Allah beri keuntungan cara Tuhan. Kalau betul-betul kuat dengan Tuhan, pembeli dapat Tuhan, peniaga pun dapat Tuhan. Ada satu lagi yang CNM dapat, anak unta baru lahir. Unik kerana warnanya. Terima kasih RSA.

Bilik 704, Wajh Al Fooz, Mekah.

2.59pm, Feb 25, 2013.

Advertisements

One thought on “***Larangan Umrah***

  1. Salam,
    Boleh beritahu alamat penuh bertulis premis-premis GISB di Mekah dan Madinah seperti Restautant, Cafeteria, Chalet dan lain-lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s