***Wajib Umrah***

ImageSalam ceria.

Baru-baru ni ada beberapa orang yang sampai dari Malaysia untuk mengerjakan umrah tapi tanpa memakai ihram. Nak ditegur, ketuanya kata dah selalu mengerjakan umrah. Kut-kut dia belajar begitu. Sedangkan jika berihram umrah bukan di miqat yang telah disyara’kan, kira melanggar wajib umrah. Kena dam.

Post kali ni kita ulangkaji wajib umrah, ingatan bagi yang lupa dan panduan bagi yang baru belajar.

Wajib Umrah

Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tak sengaja, hukumnya tak berdosa tetapi masih dikenakan Dam. Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:

1-Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.

2-Menjaga larangan ihram. (Nanti kita tulis tajuk khas la..)

3-Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan. Harga seekor kambing secara umum sekarang SAR350. Ia boleh didapatkan lebih murah dari itu tapi kenalah uruskan sendiri. Sembelih pun kena bayar upah sebab tak boleh sembelih dimerata tempat di sini.

4-Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang)

i-Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Selalunya ia diumumkan dalam kapal terbang. Dah nak sampai tu janganla tidur. Pakai siap-siap dari Malaysia atau ketika transit, kalau dari arah yang sama. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.

ii-Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak  menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.

Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:

iii-Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk  penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.

iv-Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.

Jadi kena ambil perhatian bagi jemaah yang mengerjakan umrah agar pastikan di mana miqat makani mereka. Walaupun dia orang Malaysia, jika bermukim di Mesir, Jordan atau London, kena bermiqat ikut arah mana dia datang ke Mekah. Begitu sekali Allah muliakan Tanah Suci Mekah, tak boleh masuk sembarangan. Haiyyallah je. Ada adab-adabnya. Ada peraturannya. Sebab itu Abuya pesan dalam nasyid haji, kena belajar betul-betul dulu bab haji sebelum mengerjakannya. Agar haji kita diterima Allah. Antara cara paling pratikal belajar mengerjakan haji ialah lakukan umrah. Di sini gambaran segala rukun dan wajib haji akan menjadi lebih jelas kerana kita melihat sendiri lokasi manasik haji akan dibuat. Lawatan akan dibuat di kawasan manasik haji iaitu Arafah, termasuk masjid Namirah dan Jabal Rahmah, Mudzalifah, tempat-tempat melontar jamrah dan khemah-khemah jemaah haji di Mina. Selain itu, jemaah juga berpeluang miqat umrah di Ja’ranah, Hudaibiyah dan Tana’iem.

Jemaah yang diurus oleh GISB pula berpeluang mengunjungi chalet NM, menonton teater umrah, bergambar kenangan dan menunggang haiwan kesayangan Rasulullah seperti kuda dan unta dan menjamu selera.

Oleh itu, sementara menunggu kuota haji yang entah sempat menggapainya (maafkan saya), anjang sarankan agar semua umat Islam usahakan untuk berumrah. Janganlah melancong ke London dan Eropah dulu. Dilangkah je Mekah. Tapi tak sudi menjadi tetamu Allah. Sudah tentu Rasulullah SAW terasa kerana tak sudi singgah kampung halamannya, Ummul Qura. Tak singgah rumah Allah, Baitullah, tapi bershopping di Kota London dan mengaku saya seorang Muslim.

Ringkasan teguran dan nasihat tentang haji banyak terdapat di nasyid-nasyid Abuya. Bila dah ceritakan sejarah lokasi yang dilawati kepada jemaah umrah seperti Jabal Tsur, Jabal Rahmah, Arafah dan lain-lain, anjang selang selikan dengan pasang nasyid-nasyid haji ni la. Hajat di hati nak nasyid live, takut hujan pula. “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ Bila dah pasang nasyid-nasyid ni, ramai pula berminat. Bluetooth lah kat dia orang. Free je. Yang penting semua orang dapat Tuhan. Dapat hayati setiap amalan yang mereka buat.

Malam tadi peserta umrah anjang seorang je. VVIP. Kali pertama buat umrah. Tapi dah menguruskan visa umrah ratusan orang.

Ok, takat ni je petang ni. Moga kita semua dapat Tuhan. Iaitu penulis dan pembaca anjangmuor’s travelog… Selamat Mengerjakan Umrah…

Bilik 2, tepi kolam villa Mekah
4.59pm, Feb 24, 2013.

Advertisements

4 thoughts on “***Wajib Umrah***

  1. Assalamalaikum. .sy ada 1 soalan berkaitan miqat…saya akan sampi di jeddah..tetapi akan tggl di jeddah di rumah tumpangan isteri sy bekerja di jeddah selama kurang dari 2 mlm.dimana kah miqat saya seandainya sy nk mengerjakan umrah lepas itu? Boleh ke sy miqat dr jeddah…atau sy kn miqat dr kapal terbang dan terus ke tanah haram lepas itu?

    • Wslm. Saudara kena tukar niat kepada nak ziarah isteri sahaja bila datang ke Saudi..itu lebih baik..Nanti kalau saudara teringin nak tunaikan umrah sendiri atau bersama isteri pakai saja ihram dan berniat dari rumah isteri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s