***’Sesat’ di bumi bermulanya hidayah***

ImageSalam ceria.

Jemaah yang baru sampai ke tanah suci selalunya sangat bersemangat untuk beribadah khususnya ingin selesaikan segala rukun umrah. Tidak dapat dipastikan semua itu atas dorongan apa kerana ia bersifat dalaman. Tuan punya diri yang tahu. Itupun tak semua. Hakikatnya, Allah yang Maha Mengetahui isi hati kita semua. Sebenarnya latarbelakang ilmu pengetahuan dan pendidikanlah yang membina sifat seseorang itu. Mungkin boleh dikategorikan kepada beberapa kelompok:

1.Golongan Mengejar Fadhilat

Bersembahyang di Masjidil Haram pahalanya 100 ribu kali ganda berbanding di tempat lain (Selain Masjid Nabi dan Masjid Aqsa). Maka berlumba-lumbalah dia untuk ke Masjidil Haram, takut luput fadhilat.

2. Golongan yang rasa dah bersusah payah datang. Berhabisan belanja, tiba-tiba tak ambil peluang untuk beribadah, beriktikaf, memandang Kaabah, membanyakkan doa. Rasa rugi kalau tak segera ke Masjidil Haram.

3. Golongan yang rasa risau tak selesaikan umrah. Takut berlama-lama pakai ihram, terlanggar pantang. Silap haribulan kena dam seekor kambing. Bajet dah la ciput. Apa hal pun kena tunaikan umrah wajib ni.

4. Anak-anak yang uruskan ibu ayah yang uzur. Kalau boleh nak cepat selesaikan kewajipan. Kesiankan mak dan abahnya yang kesusahan. Sudahlah pakai ihram, dengan wheelchair lagi. Atau bagi mereka selesai, nanti senang aku nak buat kerja lain. Yang sakit dah selesaikan umrah wajib.

Atau lain-lain tujuan dan dorongan tapi yang jelasnya bila sampai, masing-masing semangat nak ke Haram.

Perlu diingat, jangan ikut semangat sahaja, kena ada panduan.

Jika sampai ke hotel kira-kira setengah jam nak azan Subuh, lihat suasana. Adakala elok sembahyang Subuh di bilik hotel sahaja atau di masjid berdekatan. Demi kepentingan ahli jemaah juga. Khasnya jika hotel itu jauh dari Haram. Berjalan kena menempuh lautan manusia. Akhirnya tak dapat masuk masjid juga. Bersolat di atas jalanraya. Safnya entah ke mana? Kesuciannya tak terjamin. Rosak ibadah. Ditambah dengan keluar ke masjid tadi tergesa-gesa, lupa nak camkan hotel dan landmark di sekeliling. Kad hotel pun tak bawa. Masih gelap awal pagi. Bila balik sesat jalan pula. MB Mekah pun boleh sesat, lagilah Pak Cik, Mak Cik dari Simpang Renggam dan Lenga. Lebih baik sembahyang di hotel. Sarapan pagi dulu, bagi bertenaga. Dengar taklimat, baru pergi ke Masjidil Haram. Ketika itu jemaah yang solat Subuh dah keluar masjid. Kesesakan dah agak lega. 

Situasi yang sama jika sampai sebelum Zohor. Mungkin balik berziarah Manasik Haji. Kalau dah nak masuk waktu, elok solat di masjid berdekatan sahaja, atau jemaah di bilik atau surau hotel. Lepas itu, makan dahulu, baru pergi. Waktu itu sedang panas, orang pun ramai. Takut pitam pula. 

Pandangan ini mungkin berbeza jika jemaah duduk di hotel yang sangat berdekatan dengan Masjidil Haram. Juga kepada jemaah yang terdiri dari orang muda yang lasak dan peka. Tetapi realitinya, jemaah yang datang majoritinya yang pertengahan umur dan tua-tua.

Jadi sangat perlu diberi peringatan;

1. Ambil kad-kad hotel sebelum keluar ke Masjidil Haram. Kalau sesat, tunjukkan kad pada polis atau orang yang diyakini, untuk bertanya jalan.

2. Ambil no telefon ketua group dan mutawwif. Tulis di kad hotel tadi.

3. Bila keluar, tengok betul-betul nama hotel dan kedudukannya. Berdepan dengan bangunan apa dll.

4. Sepanjang jalan, ingatkan landmark atau apa-apa tanda yang boleh membantu kita ingatkan hotel seperti nama jalan dsb.

5. Memerhati kedudukan menara jam juga banyak membantu mengingati jalan pulang ke hotel.

Akhirnya, yang paling penting jangan sombong dan merasa dah tau segalanya. Dah biasa di sini. Selalunya, orang macam ni yang sesat. Nak keluar masjid pun blur. Banyaklah meminta pada Allah agar dimudahkan segala urusan kerana kita adalah tetamuNya. Moga janganlah kita SESAT di tempat bermulanya HIDAYAH. 

Bilik 2, tepi kolam Istana RSA.

4.54pm, Feb 22, 2013

 .

Advertisements

3 thoughts on “***’Sesat’ di bumi bermulanya hidayah***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s