***Pak Ali Kuda & Chestnut Horse di CNM***

ImageImageImageImageSalam ceria.

Beberapa minggu lepas anjang ke Airport King Abd Aziz, Jeddah naik pick up Hilux dengan Rendy. Pergi sebab bawa beg-beg jemaah VIP yang akan kembali ke tanahair dari Madinah. Mereka dah buat umrah dan ziarah di Mekah lalu ke Madinah beberapa hari. Untuk mengelak beban membawa bagasi yang banyak, mereka tinggalkan sebahagian besarnya di premis GISB di Rusaifah. Balik dari Madinah, mereka terus ke Jeddah. Tanggung jawab kami membawa bagasi dan serahkan pada mereka di Jeddah. Itulah antara khidmat yang GISB berikan kepada tetamu-tetamu Allah di Tanah Haram ini. Kembali ke Mekah, kami bawa balik Us Irwan yang mengiringi rombongan tersebut dari Madinah. Kesian dia, dah gastrik akibat terlambat makan. 

On the way balik, Ren dapat panggilan untuk kembali ke Airport, ambik Pak Ali atau lebih glamour dikenali sebagai Pak Ali kuda. Ketika itu Rendy tinggalkan anjang dan Irwan di CNM dan patah balik ke Airport. 

Dah tengah malam, anjang tengok Syh MT bersiap-siap. “Nak ke mana?” Anjang tanya.

“Tengok Puteri Bilal, nak beranak…”

Apa yang anjang tau, Puteri Bilal hanya beranak beberapa hari selepas itu, bukan malam tu. Tepatnya pada 17hb Feb 2013, 5.10pm. 

Maha Suci Allah, ia adalah anak kuda betina yang sangat cantik. Comel. Seronok melihatnya. Sepertimana yang disebut oleh BUJ Ar, di Era Puncak Jemaah Ikhwan ini, Allah kembalikan kepada kita segala khazanah Islam yang telah lama hilang. Antaranya ialah kuda-kuda yang hebat.

Anak Puteri Bilal ini dinamakan Ratu Balqis, lahir di stable kuda di Mekah. Di musim umrah begini. Dengan jemaah umrah silih berganti ke CNM. Puteri Balqis akan menjadi salah satu tarikan. Mak dan bapanya adalah antara kuda paling top di Mekah. Kecantikannya tiada tandingan. Sidi Hisham, pemilik asal Puteri Bilal yang menjualnya pada GISB telah mengkahwinkannya dengan seekor kuda jantan bernilai jutaan RM. Oleh itu, dia syaratkan ketika menjual Puteri Bilal, dia hendakkan anak di dalam kandungannya. Kita pula yang menjaganya, juga inginkan anaknya yang comel ini. Moga Kerajaan Ghaib lakukan. Moga Sidi Hisham izinkan. Sebenarnya, kuda betina sangat diminati lebih dari kuda jantan. Adanya seperti ada ‘ong’. Lebih-lebih lagi seumpama Puteri Balqis. Standardnya, tahap raja-raja. Cantiknya tiada tandingan. Hidung mancung. Bulunya cantik.

Pak Ali ketika mengulas tentangnya merasa terkejut, ia anak kuda luar biasa. Malah tidak ada kuda-kuda kita di Malaysia yang setanding dengan kuda-kuda di Stable Mekah ini. Puteri Balqis teristimewa. Maknya hitam, bapanya putih. Dia pula berwarna, apa yang disebut sebagai: 

Chestnut. 

Bila anjang tengok di internet, terpapar begini;

(Chestnut horses, or “red” horses vary in shade from almost honey gold, to orangey red, to copper, chocolate and almost black. The color is due to various forms and densities of the red pigment phaeomelanin. The darkest shades of chestnut are called liver chestnut.)

Pak Ali juga kata, kombinasi tubuhnya luarbiasa. Kuda ini adalah anugerah Allah kepada pemeliharaannya. Sapa yang bela akan terasa seronok. Badannya panjang. Long base body, bukan short base body. Cantik dan sesuai untuk buat lompatan.

Begitulah komen pakar kuda yang mula mengenali Abuya sejak 1975 lagi. Dia antara orang awal mengendalikan latihan kuda dalam jemaah Al Arqam. Seronok tengok gambar Pak Ali deng Syh Fakhrur menunggang kuda dengan beserban jubah. Persis pejuang Islam zaman dahulu.

Dalam kesibukan melayan tetamu Allah di Mekah ni, meneliti anugerah Tuhan kepada jemaah ini, seakan-akan tidak percaya sampai ke sini sudah tahap jemaah ini. Pak Nur pun dah menembusi istana, bersalaman dengan bakal raja Saudi. Adib dan lain-lain remaja pula seolah-olah berkawan dengan kerabat di Raja kerana mempunyai hobi yang sama. Sukan berkuda. Tak kan remaja-remaja di GBA tak nampak segala kebesaran ini?! Jangan menafikan apa yang bergolak di hati kalian, iaitu kata-kata: “Jangan-jangan kita salah…” Bila BUJ Ar mengajak seluruh ahli GISB membela Rasulullah SAW di kampung halaman baginda, maka Rasulullah SAW pula membuktikan janji baginda, iaitu membela BUJ Ar dan GISB. 

Ok, setakat tu dulu. Bateri dah nak kong. BB 10 baru ada di pasaran Saudi. SAR2590. Masih mahal lagi. Sapa yang dah pakai, mohon beri komen? Ok ke?

Balai Menunggu, Airport Jeddah.

5.36pm, Feb 21, 2013

 

P/s anjang rasa ralat tak bergambar dengan Pak Ali di istana RSA dan CNM, tiba-tiba Allah izinkan bertemu di depan Masjid Ar Rahmah, Jeddah. Di tepi pantai bersama tiupan angin Laut Merah..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s