***Terkini di CNM dan istana RSA***

ImageSalam ceria. Ketika mencari-cari jemaah umrah yang anjang bawa untuk ajak bergerak ke masjid Sumaisi, masjid untuk bermiqat di Hudaibiyah, anjang berhenti sebentar kerana tertarik dengan ulasan seorang pensyarah UiTM di hadapan Syh MT tepi kandang unta, Chalet NM. Kenapa mencari-cari jemaah? Apa ulasan pensyarah tu?

Ni nak cite la ni… Tercari-cari jemaah sebab ketika itu 5 bas datang serentak ke Chalet NM. Ada bas yang bergabung dalamnya 3 grup. Ada bas yang hanya 1 grup dalamnya, tetapi ramai ahlinya. Ada grup VIP yang naik coaster. 

Program mereka pula berbeza-beza. Ada yang datang sebentar sahaja, sekadar sebelum Maghrib. Mereka akan sembahyang Maghrib di masjid Hudaibiyah dan terus ke muzium Haramain lalu balik ke Haram (kawasan sekitar Masjidil Haram). Ada yang ‘stay’ sampai malam sebab pakej mereka sekali dengan ‘show’ dan kenduri. 

Bila dah ramai-ramai macam tu, bercampur-campur antara beberapa grup. Ada yang sibuk naik unta sampai terjatuh. Kesian anjang tengok seorang pengunjung jatuh meleret dari belakang Hamdan (unta jantan CNM). Ada yang tunggang keldai. Posing dengan kuda. Mendukung anak kibasy. Hai, bertukar bau. Orang bau unta, unta bau orang. Ada pula sibuk nak beli susu unta, hati unta, tasbih tulang unta, minyak habbatus sawda’, tohiynah dll. Iman Dr Zaimah dan Angah Us Raihan sibuk melayan jemaah. Tak kurang juga yang sedang menikmati hidangan sambil menonton ‘reheasal’ GH dengan tarian PK. Dan yang lain pula qadha hajat, bersuci, pakai ihram dan solat sunat di khemah badwi. Jenuh la mencari jemaah bas anjang yang dah bercampur baur ni. Yang membezakan mereka hanya beg-beg umrah pelbagai warna mengikut travel agent masing-masing. Berselimpang di bahu. Ataupun tali ‘tag’ yang tergantung di leher. Juga berwarna khas.

Pensyarah wanita tu komen apa?, sampai anjang berhenti seketika. Dia kata, 

“Inilah tempat pertama saya lihat unta-untanya mesra, tak sombong. Kuda-kudanya pula ‘friendly’.”

“Tempat-tempat lain yang pernah saya pergi, unta-untanya sombong. Kuda-kuda langsung tak friendly!”

“Berhenti kerja nanti saya nak mohon kerja di sini, boleh tak? Ada borang tak untuk saya isi?” Katanya serius.

“Puan kerja apa?” Tanya Syh MT.

“Pensyarah di Uitm, Skudai, Johor.”

“Nanti saya berhenti kerja, nak kerja di sini. Seronok berkhidmat di sini.” Dia ulangi kata-katanya beberapa kali. Ketika berjalan, dia sebut lagi dengan ketua travelnya, untuk tinggal saja di sini. Berkhidmat dengan haiwan-haiwan kesayangan Rasulullah SAW.

Begitulah luahan hati orang yang telah jatuh hati dengan kampung Rasulullah SAW. Walaupun berjawatan, punya pendapatan tetap dan lumayan tetapi siapa boleh tahan hatinya yang di sapa oleh roh Rasulullah SAW hanya melalui haiwan-haiwan kesayangan baginda yang dikendalikan oleh GISB di Mekah.

Begitu juga yang terjadi pada Dr Nasharudin, seorang saintis yang menemukan kaedah perubatan herba dengan aura positif. Produk-produknya diambil oleh syarikat-syarikat MLM untuk dipasarkan atas nama masing-masing. Beliau menangis teresak-esak di depan BUJ ketika memberi ulasan kuliah Bonda. Katanya, “Allah tidak memberi ujian kecuali setakat kemampuan seorang hamba.” Baginya, ujian yang BUJ hadapi, orang lain tak mampu. Apa yang Bonda Wasilah lakukan adalah amat besar, demi mengajak orang mengenangkan Rasulullah SAW? Merindui baginda. Kata beliau sambil membuka kacamatanya, mengesat airmata yang tak putus mengalir. Dr berkongsi rahsia yang lama tersimpan, tak pernah dibukanya selama ini bahawa beliau pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW di ketika usianya 21 tahun, lalu katanya, “Syaitan tak akan mampu menyerupai Rasulullah.”

Sudah tentu rohnya disapa Rasulullah SAW, lalu gelombang rasa itulah yang mengawal dirinya. Mengugurkan aliran air mata deras. Esakan seorang di umur 60’an di depan orang ramai adalah satu bukti ia bukan dalam kawalannya.

Haqqan, inilah istana RSA. Di mana Rasulullah SAW dibesarkan, dikenang-kenang. Di selawatkan. Tahlil dan Maulid boleh dikumandangkan. Disiplin Rasulullah SAW sangat dititik beratkan. Sedangkan di luar istana ini, dalam negara Saudi Wahabi ini, walaupun di depan Kaabah, semua itu dilarang, dianggap jenayah yang akan menerima hukuman yang berat.  

…Kemenangan demi kemenangan yang bonda alami….

Ya Allah, selamatkanlah kami semua!, melepasi era demi era ini berkat RSA dan bonda wasilah!!.

Bilik Afwaj Taubah 9, Haram, Mekah.

5.28pm, Feb 20, 2013.

Advertisements

4 thoughts on “***Terkini di CNM dan istana RSA***

  1. Salam tuan, boleh x jika tuan sebutkan travel2 agen mana yg dptkan khidmat mutawif dr pihak gisb haramain. Saya berhasrat nk ke sana dlm waktu terdekat ni insya allah. Tq.

    • Wslm. Banyak sangat. Ada yg rasmi dari syarikat, ada yg pergi ke tempat gisb dgn inisitif mutawwif sykt masing2. Antaranya Al Fajar Travel & Tours, Al Hijjrah Vacation, Rawdhah Mawardah, Imarah Travel, Altis, boleh hubungi mutawwif GISB +966595445400

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s