***Pertemuan***

ImageImageSalam ceria. Mekah ni tempat pertemuan. Pertemuan di antara orang-orang Islam satu dunia. Lebih-lebih lagi satu negara. Sama-sama orang Malaysia. Pertemuan dengan orang Malaysia yang kita kenal. Lama dah terpisah. Akhirnya bertemu di Mekah. Sebab semua orang Islam, bercita-cita untuk ke Mekah. Humam jumpa orang-orang Kampung Pochan yang kenal BUJ, malah ada kawan sekelas BUJ. 

Mungkin juga pertemuan dengan orang Malaysia yang kita tak kenal. Bila dah jumpa setiap hari. Berkhidmat kepada mereka, akhirnya sangat mesra. Macam dah lama kenal. Memang Abuya kata, bertemu orang satu negara tetapi di negara orang, akan lebih mesra dari bertemu di dalam negara. 

Ada juga pertemuan dengan orang yang terkenal. Samada pemimpin-pemimpin kerajaan mahupun pembangkang, artis-artis, pelakon, pengarah filem, motivator terkenal dll. Agaknya kerana berkat pertemuan datuk dan nenek manusia pertama di sini. Di Arafah. Tak jauh dari Mekah. Maka berlakulah jutaan pertemuan-pertemuan sepanjang sejarah kemanusiaan yang bermacam-macam di sini.

Remaja kita Si N berkhidmat sebagai pembantu mutowwif di sini. Tugasnya menolak wheelchair jemaah yang tak mampu berjalan jauh. Samada uzur kerana sakit. Atau yang telah berumur. Ambil dari hotel bawa ke Kaabah. Tawaf bersama. Bahu kiri menghala ke hajar aswad. Bahu kanan hala ke lampu hijau. Ajarkan istilam. “Bismillahi Allahu Akbar!” Lambai tangan ke Hajar Aswad. Kucup tangan. Mulakan pusingan. Toriq… Toriq…, Toriq… Toriq. (Bukan Toriq yang dah balik Malaysia tu! tapi penolak wheelchair meminta laluan daripada orang ramai.. Beri Jalan… Jalan…Jalan) Dalam kesesakan manusia pelbagai bangsa. Menuju cita dan cinta yang satu. Berdoa di setiap pusingan. 

Selesai tawaf 7 pusingan, bersolat sunat bersetentang dengan maqam Ibrahim. Bawa pula ke Safa untuk mulakan saie. 7 kali. Berdoa di Bukit Safa, berdoa di Bukit Marwa, setiap pusingan. Di celah-celah ribuan orang. Puluhan jemaah Turki yang berjalan rapat-rapat dengan ketuanya membawa bendera. Ratusan jemaah Iran, dengan bacaan yang kuat beramai-ramai. Dengan pelat farsinya. Allahu Achbar… Jemaah dari Indonesia dengan pakaian ihram putih berjalur hijau atau biru. Selesai Saie, Bertahallul. Pastu hantar jemaah pulang ke hotel. Beramah mesra dengan jemaah yang lain, membawa N bertaaruf dengan seorang lelaki pertengahan umur yang akhirnya memperkenalkan dirinya dari ADK. N juga berterus terang yang dia terlibat dengan najis dadah. Pernah dipenjarakan. Tetapi sekarang dah berubah. Merokok pun tak. Dia terperanjat mendengar N dah benar-benar berubah. Mat dadah ni bukan mudah berubah. Kalau balik Malaysia, dia nak jadikan N penceramah di Pusat Serenti dan penjara. Sebagai contoh kepada penagih-penagih. Sebenarnya boleh berubah. N kata, di penjara bekalan dadah lagi mudah diperolehi. Warden sendiri membantu aktiviti untuk sampai bekalan kepada penagih. 

“Undang-undang manusia, macam-macam boleh berlaku dan berubah,” Pegawai itu mengiakan kata-kata N. Tapi N pun ada masalah, selepas bebas penjara diletakkan dalam tahanan daerah. Kena lapor diri setiap minggu. Cap sepuluh jari. Kalau lari, dapat tangkap, kena penjara 2 tahun dan 2 sebatan. Tak larat dipantau, N lari. Sempat 2 kali je lapor diri kat balai. N…N… Macam-macam hal ko ni!!! Sapa yang susah. Nenek gak yang susah. Tiap bulan, sampai surat ke kampung. Minta N lapor diri. Kalau pegi, ertinya menyerah diri untuk di penjara 2 tahun. Selesai 2 tahun, serah punggung pula untuk dirotan 2 kali. Sakit wooo. Akhirnya, N merantau sampai ke Mekah. Bertugas di ladang kurma GISB, di Chalet NM, berlakon untuk TVRSA dll. Pegawai AADK tu cuma tau N sebagai penolak wheelchair je. Rasa kagum dengan perubahan N, dia terus meminta nama dan no IC N. Dia janji nak padamkan nama tu dalam rekod mereka.

“Nanti kalau ada pegawai AADK cari saya di sini macam mana?” Kata N.

“Sini??! Ni Saudi la, Pegawai 5 paku pun tak boleh buat apa-apa. Negara orang. Jangan takut lah…” Katanya.

Lain pula cerita Pak Hendera. Tugasnya mendorong (Orang Indonesia kata dorong, kita kata tolak) wheelchair seperti N juga. Beberapa hari lepas, dia mendorong seorang lelaki yang tidak mampu bergerak lantaran kakinya bengkak. Bengkak yang besar. Ghout. Banyak kisah hidupnya diketahui Pak Hendra secara langsung atau tidak. Orangnya pernah kaya dan berada. Pegawai di Jabatan Imigresen Putra Jaya. Tapi sekarang sedang diuji dengan kemiskinan. Belanja umrah pun anak yang tanggung. Selesai tawaf, saie dan tahallul, Pak Hendra membawanya ke Hijir Ismail. Di sana dia meluahkan perasaannya kepada Allah. Mengadu depan rumah Allah. Merintih, bertaubat, mengaku bersalah. Menangis sepuas-puasnya dari atas wheelchair. Hinggakan Pak Hendra juga turut menangis hiba.

“Aku jahat, aku penjudi, aku penzina, aku tak sembahyang, ampunkan aku Tuhan!!”

Air mata mengalir tak henti-henti. Menambah suasana hiba dan sedih kerana hampir semua orang di Hijir Ismail menangis. Semuanya insaf di depan kaabah. Dalam rumah Tuhan. Ya, Hijir Ismail dalam kawasan Kaabah. Tawaf di dalamnya, tak dikira bilangan. Tak sah. Masuk ke dalamnya, seoalah-olah di dalam Kaabah.

Setelah menangis sepuasnya, didorong wheelchair keluar dari kawasan tawaf, dia meminta izin untuk melihat kaabah kembali. Lalu tanpa dapat dikawal, air matanya tumpah kembali. Menangis teresak-esak. Itulah Power Kaabah. Menyentuh hati manusia. Untuk berubah. Keluar dari masjid, perkara yang sama berulang kembali. Dia minta untuk melihat Kaabah, lalu air matanya kembali mengalir deras, sambil tangannya mengusap-usap dada. Beberapa hari selepas itu, Pak Hendra bertemu dengannya yang telah sehat. Mampu berdiri dan melakukan ibadah, malah boleh membawa beg. Tawaf wida’ mampu dibuatnya tanpa bantuan. Maha Suci Tuhan. Dia amat berterima kasih kepada Pak Hendra yang bukan sahaja berkhidmat mendorong wheelchair malah memberi panduan, teguran dan bimbingan.

Takat ni la coretan anjang tentang pertemuan… Pertemuan apa yang anjang dapat? Malam tadi ramai warga GISB di Mekah dapat jumpa Datuk Dr Fadzilah Kamsah. Moga dapat dicoretkan nanti apa komennya setelah melihat teater anak-anak Abuya di chalet NM.

Bilik 2, Istana RSA.

11.53pm, Feb 15, 2013.

Advertisements

3 thoughts on “***Pertemuan***

  1. Syukran, Jazakallah…coretan dan berita dari Haramain, Moga Syh dan kawan2 disana sihat2 selalu hendaknya….sentiasa dlm keberkatan RSA….mzb

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s