***Roti Canai & Doott Pati Mekah***

ImageSalam ceria.

“Jom!” Syh Hasnan yang belum beberapa sehat, kelihatan masih batuk-batuk mengajak anjang ke hotel Afwaj Taubah 9. Anjang dah prepare beg dengan kain ihram. Syh Jo masih mengantuk nampaknya, blogger yang kurang tidur malam. Up date blog. Jadi Syh Jo tak jadi pegi. Pagi ni kami kena bawa rombongan ke chalet NM di Hudaibiyah. 2 buah bas. Sy Hasnan handle satu, anjang satu. Dari istana RSA di Rusaifah kami naik pick up ke hotel dekat Masjidil Haram. Dalam pick up kami ulangkaji niat umrah, Khairil jadi guru; 

“Nawaitul umrata wa ahramtu biha lillahi taala, wain habasani syaiun, fa tahallaltu”

“Baca Bahasa Melayu je!” Kata Khairil. 

“Saja aku berumrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala dan jika aku terhalang oleh sesuatu, maka aku jadi halal.”

Kami bersiap-siap sebab nanti nak ulang-ulang depan jemaah, supaya ingat cara berniat ihram.

“Nak beritau driver, jalan ke chalet macam mana?” Tanya Syh Hasnan sebab kena cakap Arab. Anjang boleh berbahasa Arab, malangnya tak tau pula alamat chalet tu. Anak Cikgu Khairul Anam la yang berperanan lagi. Maklumlah dah 2 tahun 6 bulan di Mekah. Balik ke Malaysia sekali je. Seminggu sebelum ayahnya meninggal dunia. Oleh kerana di antara yang awwalin di sini, dia mahir banyak urusan perjuangan di sini.

“Toriq Jeddah Sari’, ba’da qabri taftish, khush yamin…,” kata Khairil.

“Jom pekena roti canai dan dot pati!” Kata Khairil. Said Umam nampaknya menyokong dengan kata, bukan mudah nak dapat makan Khairil belanja. Anjang sebenarnya serba salah sebab Syh Pak M kata sebelum jam 7 kena ada di hotel. Jemaah tunggu. Nanti lambat. 

Tapi kata kawan-kawan, bas datang lewat. Semalam dekat jam 10 baru bas sampai. Pihak Muasasah boleh kata, mereka tak tau ada jadual ke Hudaibiah pagi semalam. Akhirnya, pegi juga ke kedai makan Pakistan. Pekena roti canai lawan dengan telur sasyukeh, kari daging dan kacang kuda berkuah. Sambil hirup sedikit, sedikit dot pati panas… Fuuuh. Layaaan.

Sedap gak sarapan di sini. Bila dah lari qasad, ada la ujian. Nak ke Hotel melencong ke kedai makan. Terima la ujian. Bila dah gerak ke hotel, baru perasan beg seorang dari kami tertinggal di mat’am tu. Kalau setakat beg je tak la risau. Dalam tu ada dompet dan…. Samsung Tab. Khairil call Rendy untuk tolong ambilkan tapi kami pasrah. Kalau hilang tak boleh buat apa. Sebab kedai Pakistan tu ramai pelanggan. Macam-macam jenis orang. Ni la akibatnya kalau suka melencong. Tapi kalau kami tak pekena roti tu, alangkah laparnya. 

“Sampai ke giliran Nabi Muhammad SAW, bila Allah bertanya siapakah kamu ya Muhammad, jawab Rasulullah SAW dengan penuh rasa hamba: Aku anak yatim piatu, pengembala kambing, lalu Allah angkat darjat baginda dengan diberi gelaran Habibullah.” Begitu bersemangatnya Syh Mokhtar Tajudin memberi taklimat tentang ternakan haiwan kesayangan Rasulullah SAW di CNM. Kalah Abi Zailan. Kalau perhati dari jauh, tak nampak tubuhnya, tenggelam di celah-celah jemaah umrah. Hanya suara lantang dari speaker yang membuktikan Syh Mokhtar masih setia melayan tetamu yang entah ke berapa ribu datang ke sini.

Tetamu datang membawa rahmat, perginya penghapusan dosa. Tapi kalau datang mencuri-curi ambik gambar istana dan premis di sekitarnya macam Damah dan Khairullah tu tak tau la, dapat rahmat ke tidak GISB. Heran juga, oleh kerana sakit hati dengan BUJ dan GISB, geng JP boleh bergabung dengan GBA untuk beraktiviti sedangkan dulu bermusuh. Hehe… Tak ramai, kena gabung la. Kut kut boleh gugat GISB.

Ok, jumpa lagi. Kalau ada apa-apa nasihat, komen le kat blog anjang ni. InsyaAllah, dibaca. Ooh laparnya. Sedang hantar grup Al Hijrah ke Airport Jeddah. Musafir ke Malaysia, insyaAllah.

Otw ke Airport Jeddah.

4.34pm, Feb 10, 2013.

Advertisements

3 thoughts on “***Roti Canai & Doott Pati Mekah***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s