***Tasbih dari Mekah***

ImageImageSalam ceria. Anjang belajar di Jordan dalam tahun 90’an. Secara tepatnya dari Januari 1990 hingga meletusnya perang teluk pertama pada Ogos 1990. Selepas menghabiskan Sanawi di Pakisan, berkhidmat sebentar di Mesir, anjang kembali semula ke Jordan.

Terlalu banyak peristiwa pahit manis sepanjang di Jordan dari 1993-1998, samada ianya berlaku di Jordan atau negara berdekatan.

Antara yang sangat anjang ingat ialah kematian 3 orang sekeluarga di Syria. Suami isteri dan anak kecil mereka. Diberitakan, kematian berpunca dari samada keracunan gas atau kekurangan oksigen. Ketika itu musim sejuk. Malam itu mereka menggunakan pemanas/heater gas. Oleh kerana kesejukan, semua tingkap bilik di tutup rapat. Pagi esoknya ketiga beranak tersebut didapati telah meninggal dunia. Wallahu A’lam ketepatan cerita anjang ni.

Memang banyak taklimat diberi oleh para senior tentang persediaan musim sejuk. Antaranya adalah penggunaan pemanas. Jika menggunakan pemanas gas dan minyak gas, sebelum tidur hendaklah dibawa keluar dan dipadamkan. Ini adalah persediaan agar kualiti udara tetap ok. Cukup oksigen. Juga mengelak kebakaran. Tapi biasalah, bila dah masuk selimut, mengantuk pula, tak sempat nak padam. Ada satu pesan lain iaitu tingkap bilik kena dibuka sedikit agar udara luar boleh masuk. Ini pun ada yang tak ikut sebab bila udara musim sejuk masuk, walaupun sedikit saja tingkap yang dibuka…terasa menderita… Sejuuuuuk. Musim sejuk di Jordan memang menguji keimanan. Terseksa. Tak taulah macamana nasib anak-anak kecil di Syria yang menderita di Musim Syita’ sedangkan penentangan antara kerajaan Bashar Assad dan pemberontak masih berterusan…

Di sini, Mekah Al Mukarramah, ketika berbual-bual dengan jemaah umrah dari Grup pertama Al Fajar yang berkumpul untuk pulang, anjang bertemu dengan Pak Cik Daud. Orang Kuala Berang, Trengganu.

“Berapa kali buat umrah Pak Cik?”

“3 kali je, tak berapa sehat. Ghout,” katanya. 

“Kat Malaysia kerja apa?”

“Sebelum ni berniaga kecil. Tapi sejak Hari Raya yang lepas, sakit. Kena sakit jantung. Dah tak niaga.”

Maha Besar Tuhan, orang yang sakit jantung, agak lemah, ghout pula, tak bekerja, sampai juga ke Mekah. Itulah power kaabah. Panggilan Tuhan kepada hamba-hambaNya.

Kata Pak Cik Daud, kesihatannya dirasakan semakin baik di sini. Tanpa di sangka, bila berbual-bual, Pak Cik Daud bertanya samada anjang pernah dengar kisah 3 orang rakyat Malaysia sekeluarga meninggal dunia di Syria sekitar 90’an, anjang mengiakan. Dengan nada agak sayu, Pak Cik Daud mengatakan yang meninggal itu adalah anak perempuannya. Ya, rupanya yang meninggal itu, anak, menantu dan cucunya. Mereka menemui kematian kerana soba gas itu terpadam apinya, maka gasnya berterusan keluar sepanjang malam.

Ya, kematian pasti akan menjemput kita. Bila, di mana dan bagaimana? Allah saja yang mengetahui.

Rombongan grup pertama Al Fajar seramai 190 orang bertolak malam ini ke Jeddah dan terbang ke Malaysia. Rasa sedih gak berpisah setelah hampir seminggu berkhidmat dengan mereka. Anjang sempat kirim 50 tasbih kat Hj Suhaimi dan family, supaya serahkan pada Syh Hamdan Abu. Agih-agihlah pada semua ahli di Tg Malim, Bota dll. Maaf banyak-banyak. Tasbih biji kurma je. Tak mampu beri yang lebih istimewa. Moga dengan hadiah menghadiah ada keberkatannya. Teruskanlah perhubungan dengan Hj Suhaimi, orang Tg Malim. Bertugas di UPSI, dekat je dengan Berop.

Bilik Petugas Hotel Afwaj Taubah 9 dan bilik 2, Istana RSA.

11.56pm, Feb 9, 2013.

Advertisements

2 thoughts on “***Tasbih dari Mekah***

  1. Syukran Jazilan Ya Syh… Tasbih utk Kwn2 di Langkawi x ada k? : )
    Anak abu omar dari syria sampai disini, katanya bawa salam dari keluarga dia, dan nak sambung belajar training Pilot di Langkawi…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s