***Jaulah Sekitar Mekah – 2***

Image“Kerajaan dah buat banyak perubahan dari tak elok, kepada elok. Dari baik, kepada lebih baik. Dari lebih baik kepada terbaik. Dari terbaik kepada paaliiing baik!” Semangat betul Ketua Wanita UMNO Johor memberikan pembelaan kepada kerajaan. 

“Contohnya, katalah 2 tahun sudah kita buat umrah kongsi 1 bilik 6 orang, tahun lepas dapat 1 bilik 4 orang, tahun ni, bertambah selesa, 1 bilik 2 orang. Macam tu la kerajaan, bukan macam PAS, tiada kemajuan,” sambung Dato’ Syarifah lagi.

Anjang duduk selang 1 kerusi dari Dato’, berkata dalam hati, macam mana nak pekenakan Dato’ ni. Dato’ tak kisah pun kalau pekena dia. Tapi jangan kata kat UMNO atau kerajaan. Dia mesra, dah macam mak sendiri malah mengusik-usik kami nak dijadikan menantu, walhal kalau dia tau kami tinggal 1 je kosong, mesti ‘laser’ mulutnya.

Tiba-tiba Syh Salleh menyampuk dari depan, dia duduk sebelah seat driver, “Dato’ tak perlu risau, sampai masanya nanti, semua kita akan masuk bilik istimewa. 1 orang, 1 bilik!”

LOL, Dato’ sudah kena. Mesti Syh Salleh maksudkan kubur. Anjang pun sambung, “Masa nak pegi ‘chek in’ tu Dato’, driver kita ramai, penumpang seorang.”

Berderai semua ketawa. Dato’ pun ketawa, “Itu kubur, pandaiii ko Salleh!!”

Dato’ melawat Chalet NM, satu keluarga ambil peluang bergambar dengan haiwan-haiwan kesayangan Rasulullah SAW.

Masuk-masuk CNM je, Anjang dapat jumpa Syh Mokhtar yang sedang bertugas. Pelik juga, macam mana Syh Hj Talha tak jumpa-jumpa Syh MT. Mungkin kami mempunyai beberapa persamaan. Mudah bertemu. Hehehe.

Oleh kerana anak, menantu dan cucu Dato’ belum menziarahi kawasan Manasik Haji, mereka akan dibawa ziarah esok. Bila Syh Salleh tanya apakah Dato’ tak nak join sekali. Dato’ kata, esok dia nak pusing-pusing kedai. Shopping. Syh Salleh kata spontan, 

“Oh nak pegi melontar ye!”

“Melontar riyal di premis-premis.”

Begitulah bila dah beberapa hari mengiringi rombongan Dato’.

Hari ni rezki Dato’ dan family la, dapat lihat projek GISB di sini. Walaupun belum disebut secara terus terang, menantu Dato’ banyak memuji ekonomi Al Arqam. Dato’ pula bertanya, macam mana nak masuk Al Arqam. Walaupun agak lewat turun dari hotel -Hj Arshad berkali-kali minta maaf- dah Tuhan takdirkan rezki Dato’ sebab berpeluang masuk Muzium Pameran Haramain. Syarat memasukinya ialah membawa surat kebenaran dengan yuran RS150, sedangkan kami datang tanpa surat tersebut. Tapi, anjang akui Syh Abil ni memang pandai memujuk, cair Pak Arab, ketua pentadbir di situ. Kami semua dapat masuk setengah jam sebelum Zohor.

Muzium yang terletak bersebelahan kilang Kiswah (kelambu) Kaabah itu mempamerkan pelbagai khazanah yang menarik dan tak ternilai. Terdapat gambar-gambar lama Kaabah dan masjidil haram, pintu Kaabah beberapa era dahulu, tangga pintu kaabah, anak kunci kaabah, tiang dalam kaabah, bingkai hajarul aswad, telaga lama zam-zam, maqam Ibrahim dll. Rezki betul. Kali pertama anjang masuk.

Sebenarnya kami cemas sebab takut tak dapat iringi ziarah grup Dato’ sebab malam sebelumnya anjang dan Abil baru menerima rombongan umrah Hj Azri dari Grup Al Hijjrah seramai 29 orang. Al Hijjrah Vacation Sdn Bhd Syarikat terkenal berpusat di Negeri Sembilan memenangi The Best Operator Award 2010 (AIP NS), bawa mereka ke Madinah. Sampai Madinah setelah lebih kurang 5jam perjalanan pada jam 3.13am, cantik no tu. Selesaikan urusan kemasukan mereka ke hotel dan bawa mereka ke Masjid Nabawi, sebelum Subuh bertolak dengan kereta sewa ke Mekah yang kira-kira 400km dari Madinah. Ikutkan mana sempat nak bawa rombongan berziarah. Tapi, bila driver ini yang juga bekejar kerana nak masuk kerja, sempat kami sampai dalam masa 3 jam. Siap berhenti solat lagi. Laju giler dia drive. 180km/jam. Kami hanya mampu memperbaharui syahadah.

Ok, nanti ada peluang kita sambung cerita. Nak selawat malam.

Musolla villa Mekah.

1.40am, Jan 31, 2013

.

Advertisements

One thought on “***Jaulah Sekitar Mekah – 2***

  1. Salam ceria, seronok sangat dengar cerita dari anjang,bila agaknya Abang Zul dapat turut serta.Muga-muga diperkanankan ziarah sebelum bulan puasa ni .Abuya tolong !!!!!Syh Salleh apa cerita terbaru tentang anaknya,Salam kasih dari Abang Zul utk semua calon ikhran,Semuga dilayakkan RSA.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s