***Kebajikan***

ImageSalam ceria. Antara ujian dalam jemaah ialah bab kebajikan. Ada beberapa individu yang merasakan kebajikan mereka diabaikan. Walhal hidup berjemaah ada janji dari Rasul. Janji baginda, berjemaah itu rahmat. Ditambah pula dalam jemaah, ada program pengajian. Ada jadual menuntut ilmu. Orang menuntut ilmu ni, rezkinya dijamin. Rezki meliputi soal-soal kebajikan. Ditambah soal kebajikan yang tak diperolehi, atau dikatakan terabai itu pula bukan menyeluruh, ada bab-bab tertentu. Kalau di luar jemaah, bab kahwin sangat terabai. Dalam jemaah, berkahwin dimudahkan. Setakat yang anjang tau, tak ada tempat lain yang urusan perkahwinan sangat dibantu kecuali dalam GISB. 

Sabda Rasulullah SAW kepada seorang sahabat yang mengadu tentang kemiskinan dirinya;

“Berkahwinlah, ia akan mendatangkan harta bagi kamu!”

Islam datang dengan sesuatu yang kadang-kadang bercanggah dengan logik akal. Orang yang tak beriman menyangka berkahwin akan membuatkan seseorang miskin, kos bertambah, sara hidup tinggi, ramai anak akan menyusahkan. Tapi Rasul kata, berkahwin bertambah kaya.

Oleh itu, sepatutnya dengan hujah-hujah di atas, seseorang akan terbela hidupnya dalam jemaah. Tak akan terabai. Kalau berlaku juga, kebajikan di satu-satu sudut tak dipeduli, anjang ajak berfikir begini, kita tanya pada diri sendiri, apa masalah aku ye, hingga Allah buat, orang tak nampak keperluan aku? Atau orang tak terdorong nak bantu.

Mari kita chek pula keadaan rumah kita. Adakah kebersihan terjaga. Rumah yang kotor malaikat rahmat tak masuk. Syaitan je yang datang. 

Adakah pembaziran berlaku di rumah. Jika ada pembaziran, Allah memang akan sekat rezki kita kerana tidak bersyukur. Kita memilih bersaudara dengan syaitan.

Pakej ibadah berjalan lancar tak di rumah, atau ia lesu tak bermaya. Rumah tanpa program ibadah yang tersusun, umpama kubur.

Ada tak maksiat atau lagha berlaku di rumah. Kalau penghuninya sibuk dengan tv dan game, jangan salahkan sesiapa jika terabai.

Pendek kata, jadual sebagai pejuang berlaku di rumah dan tempat bertugas. Kita bukan individu yang mempunyai dua kehidupan yang berbeza. Di premis lain, di rumah lain. Kita nak jadi abid dan pejuang. Moga-moga dilayakkan jadi ikhwan.

Dalam kita rasakan ada kebajikan yang terabai, ramai yang sakit kerana makan berlebihan. Antara penyakit yang popular, kencing manis dan darah tinggi. Ghout tu pernah disebut sakit raja-raja, atau golongan istana sebab yang kena selalunya mereka yang bermewah-mewah dalam menjamu selera. Ringkasnya semua yang berlaku dalam jemaah adalah proses untuk melayakkan seseorang menjadi pejuang. Menjadi ikhwan atau asoib. Pokoknya, sejauh mana kelurusan hatinya dengan Tuhan dalam menerima proses. Sejauh mana dia mengenal Tuhan dan kerja-kerja Tuhan, kerana Allah berfirman dalam hadis qudsi yang mafhumnya:

“Sesiapa yang tidak sabar dengan ujianKu, tidak redha dengan ketentuanKu, carilah tuhan selain Aku!”

Terimalah apa yang Tuhan tentukan tapi tak menafikan usaha-usaha menyelesaikan masalah. Kerana kita adalah hambaNya. Hidup di luar jemaah kebenaran pun tetap Allah akan uji. Adalah lebih baik diuji dalam jemaah kebenaran dari duduk di luar pun diuji juga. Kerana dalam perjuangan semua kesusahan adalah demi Islam. Demi Allah dan Rasul. Hati terliur nak makan durian ‘Musang King’, sedangkan poket kering… Allah akan bayar, kalau tak di dunia, di Akhirat. Semuanya akan dinilai.

Ampun maaf jika ada salah silap anjang dalam coretan pagi ni. Dengar suara Syh Ajwad mendayu-dayu berselawat di musolla, anjang pula disapa mengantuk. Sedangkan hati terkenangkan xpdc kawan-kawan memburu berkat dari Tg Malim dengan bas 2 tingkat. Moga-moga penuh keberkatan. Juga teringat anak-anak di Irbid melayan delegasi kerajaan Negeri Perak. Moga segala ilmu pengurusan katering dan serve VIP yang mereka belajar dengan Ibu Jera dan Ibu Fazlin serta Syh Zul Mokhtar berjaya dipraktikkan.

Ok, jumpa lagi.

Bilik 2, tepi kolam, villa Mekah.

3.28am, Jan 28, 2013.Image

UJIAN DI LUAR
Cerita ini adalah kisah benar dari pengalaman seorang guru yang tulus dalam mendidik anak bangsa..

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannyatetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” ” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Advertisements

One thought on “***Kebajikan***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s