***Selawat – 2***

ImageSalam ceria. Dalam membuat kebaikan dan menjauhkan kemungkaran, Abuya tak ajar kita kejar fadhilat dan pahala. Abuya didik kita buat dan tinggalkan sesuatu betul-betul kerana Tuhan. Kerana takut dan cintakan Allah. Agar terpelihara keikhlasan. Ia bukan mudah. Perlukan latihan. Lebih-lebih lagi di zaman kefahaman Islam telah dirosakkan. Umat Islam diajar mengejar pahala dan fadhilat. Akhirnya Tuhan tak dapat. Pahala pun tak dapat. Perangai tak berubah. Walhal, siapa yang beribadah kerana Tuhan. Dapat Tuhan. Dapat cinta dan takut Tuhan. Dapat kasih sayang Tuhan. Secara automatik dapat segala fadhilat. 

Perumpamaan yang lebih mudah boleh kita perolehi dalam kehidupan seharian. Seorang ayah atau ibu tentu lebih menyayangi dan sejuk hatinya kepada anak mereka yang sangat taatkan arahan dan permintaan mereka kerana/demi sayangkan mereka semata-mata. Tiada udang di sebalik batu. Berbanding anak yang taatkan mereka kerana inginkan upah. Tanpa upah, kerja tak dibuat atau tak beres. 

Oleh itu, betulkanlah niat dalam berselawat. Kita berselawat kerana ia adalah perintah Allah. Soal apa yang Allah nak beri, kita serahkan pada Allah. Yang kita harapkan adalah cinta Rasul. Yang kita dambakan, rindunya. Yang kita perlukan syafaatnya. Moga-moga Allah anugerahkan. Pun begitu seperti yang dijanjikan, dibawa beberapa nas di sini yang ada kaitan dengan selawat.

1. Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”(Al-Ahzab:56)

Kalaulah Allah dan malaikat pun menselawatkan Nabi, mengapa kita tidak? Lebih-lebih lagi Allah telah perintahkan kita dalam ayat di atas untuk berselawat ke atas baginda. Perintah itu ada wajib ada yang sunat. Di antara selawat yang wajib dibuat seperti dalam tahiyat akhir ketika sembahyang. Kalau tinggalkan, batal sembahyang. Allah nak didik kita merasakan besar dan agungnya darjat Rasulullah di sisi Tuhan. Diantara kebesaran baginda yang biasa Abuya sebut ialah, namanya dikampil dengan nama Allah dalam syahadah. Mana ada nama makhluk yang diletak/dikampilkan dengan nama Tuhannya kecuali Nabi Muhammad SAW? Sebab itu kita tak boleh terima langsung ada orang yang mengatakan Nabi Muhammad SAW sewaktu kecil macam mamat kampung je. Tolonglah. Baru jadi menteri dah lupa siapa nabi? Atau memang tak mengaji? Mengaji aliran wahabi?

2. Rasulullah bersabda: “Barangsiapa berselawat untukku di waktu pagi sepuluh kali dan di waktu petang sepuluh kali, maka ia berhak mendapatkan syafaatku.”

Cuba korang fikir, ada ke yang lebih berharga dari syafaat Nabi? Ada ke amalan kita yang confirm akan menyelamatkan kita di akhirat? Amalan yang kita buat dengan benar-benar sempurna lahir batin. Manalah kita mampu. Oleh itu, carilah syafaat. Berselawat adalah salah satu caranya. Tapi niatkan kerana Allah. Tetapi bila kita amalkan selawat 250 kali sehari. 50 kali setiap selepas solat, ada pihak yang mengatakan sesat. Kamu nak pegang kata mereka ke hadis di atas? Betullah, sesiapa yang menuduh orang Islam itu sesat, kalau orang itu tidak sesat, kesesatannya kembali pada si penuduh.

3. Rasulullah SAW bersabda : “Celakalah seseorang yang namaku di sebutkan di sisinya lalu ia tidak berselawat ke atasku.”(Tirmizi dan Hakim)

Ini ancaman namanya. Yang kata celaka tu Rasulullah. Malanglah. Sebab kata-kata Rasul adalah kebenaran. Maka confirm orang itu akan mendapat kecelakaan. Sebab itu kena rajin berselawat. Pastikan berselawat jika terdengar nama Rasulullah SAW disebut. Agar terhubung hati kita dengan orang yang sangat menyayangi dan mengambil berat urusan akhirat kita.

4. Rasulullah bersabda dalam salah satu hadisnya : “Doa itu terhalang, hingga orang yang berdoa itu berselawat untuk Nabi SAW.”(Thabani).

Begitu pentingnya menyebut nama Nabi dalam doa. Itulah tawassul namanya. Ia senjata orang mukmin. Seolah-olah Allah nak beritau, kau ada hajat? Ada keperluan? Ada permintaan? Mintalah denganKu tapi jangan lupa sebut nama orangKu.

Sembahyang itu sendiri adalah doa. Maka perhatikanlah doa selepas azan dan iqamah, penuh dengan tawassul kepada Nabi. Ya la, kita nak jumpa orang besar pun kena melalui orang-orang kanannya. Inikan Tuhan yang Maha Agung. Tuhan ajar, sebutlah nama manusia yang berjasa memperkenalkan aku kepadamu. Sebab itu Bonda Wasilah sebut, sembahyang yang tak di dahulukan dengan selawat, seperti bunga yang tiada harumnya. Maka didisiplinkan semua bakal Ikhwan agar berselawat Badawi sebelum sembahyang. Teringat anjang sewaktu remaja di Yayasan Al Arqam Bt Hampar, selalunya anjang berselawat di sebelah Syh Fateh. Dia istiqamah masuk awal ke surau. Walau mengantuk macam manapun, dia setia berselawat di saf depan, sebelah kanan menunggu pertemuan dengan Tuhan. Zikrayaat ayyamid dirasah. ليت شبابي يعود يوما

5. Hari ini, hari Jumaat. Apa sabda baginda tentang selawat di hari Jumaat? “Sesungguhnya di antara hari-hari yang paling utama adalah hari jumaat, maka perbanyaklah selawat ke atasku pada hari itu, kerana selawat kalian akan sampai kepadaku…”(Abu Daud, Ahmad dan Hakim)

6. Adapun celaan bagi yang tidak berselawat kepada nabi.

Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang bakhil adalah seseorang yang jika namaku disebut ia tidak berselawat ke atasku.” (Nasa’i, Tirmizi, Thabani).

Bakhilla sangaaat. Bukan ada modal pun. Air liur dan gerakan lidah je. Tak keluar sesen pun. Tapi kalau dah dasar bakhil tu, itupun tak sanggup buat. Macamana Rasulullah nak mengaku umat? Mari kita perbanyakkan selawat.

7.Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali”.

Eish, malu kita. Tawarannya jika kita berselawat 1 kali je, Allah yang akan membalas, berselawat pada kita 10 kali. Allah yang balas ni. Cuba bayangkan kita bbm, orang tak balas. Kita sms, tak di reply. Kita Whatsapp, hantar gambar lagi… Sepi tanpa balasan. Macamana perasaan? Tuhan tak begitu, kita selawatkan kekasihNya sekali, Tuhan balas 10 kali. Oh baiknya Tuhan. Ya Allah, jadikan lidah dan hati kami tidak putus berselawat kepada kekasihMu.

8. Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh, manusia yang paling utama di sisiku kelak di hari kiamat, iaitu mereka yang paling banyak berselawat kepadaku.”

Bersama orang besar dunia pun sudah banyak keselesaan kita perolehi, betapa kalau bersama orang besar Tuhan, Rasulullah SAW.

9. Rasulullah SAW bersabda: Jibril datang kepadaku dan berkata; ”Ya Muhammad tidak seorang yang berselawat atasmu, kecuali 70,000 Malaikat berselawat kepadanya, dan siapa yang di selawati Malaikat sekian banyak ini adalah tergolong ahli syurga”. Anjang rasa, kita sangat zalim kalau masih tidak mahu berselawat kalau Rasulullah SAW sendiri telah khabarkan pada kita perihal respon Kerajaan Ghaib terdiri dari para Malaikat terhadap selawat yang kita alunkan. Yang kita ucapkan. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kami yang zalim ini.

10. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa berselawat kepadaku dengan penuh hormat mengagungkan aku, maka selawatnya bakal menjelma menjadi seorang malaikat bersayap dua, satu di timur dan yang kedua di barat, kedua kakinya di bawah bumi ke tujuh, lehernya melekat ke ‘Arasy, dan Allah berfirman kepadanya; ”Hai Malaikat, berselawatlah untuk hambaku ini, sebagaimana ia telah berselawat kepada Nabi-Ku Muhammad SAW, maka malaikat itupun melaksanakan tugasnya, berselawat kepadanya hingga hari kiamat”.

Maha Suci Tuhan yang menghargai mereka yang berselawat kepada Rasulullah SAW. Yakinlah, keselamatan akan bersama kita bila sentiasa berselawat. Keselamatan dunia dan akhirat. Kita sangat lemah, hina dina, banyak dosa dan kesalahan. Kita sangat perlukan doa. Doa orang-orang mukmin. Malah doa para rijalullah dan Malaikat. Rebutlah doa keselamatan dari mereka dengan memperbanyakkan selawat. Ya Allah, berkat RSA luruskanlah hati kami dalam berselawat semata-mata li wajhikal karim. Bukan selain itu. Amin….

Musolla Istana RSA, Mekah.

8.11am, Jan 25, 2013.

Advertisements

3 thoughts on “***Selawat – 2***

  1. “Baru2 ni ana sakit direzkikan bertemu arwah mak ana.mimpi tu mcm real…oleh krana kawan2 arwh mak ana dlm mimpi tu ketuk pintu rmh ana bagai nk rak ana pun tanya dgn arwh mak ” mak nak duduk sini ke nk ikut kwan2 mak?”Dia kata ✗ pelah nk ikut kwn2.. klu dia kata nk ddk dgn ana alamat ana ni menghitung harilah jwbnya..bkn ✗ suka mati..kbtulan ana pun dlm kem kematian tapi mimpi bertmu Rasulullah pun belum direzkikan lagi…Atk.!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s