***Kenduri Kahwin Ala Saudi***

ImageImageImageSalam ceria. 

“Demam ke tak?” Syh Salleh bersuara sambil menjengukkan kepalanya di pintu bilik 2. 

“Ok je”, anjang jawab ringkas. 

“Jom ke chalet, hantar remaja.”

“Ana ke tandas dulu.”

Bila tak ramai orang, remaja lelaki ada tugasan, Syh Salleh kena jadi driver. Jarak antara Istana RSA ke Chalet NM dalam 20km sahaja. Di sana nanti boleh jumpa Syh Tashmidin, Syh Azri, Syh Mokhtar, Syh Zulhairi, Syh Hj Talhah, Syh Umar Bandung dll. Kenderaan agak banyak malam Jumaat begini kerana warga Saudi bercuti setiap hari Khamis dan Jumaat. Hari ni pula bermula cuti sekolah di sini selama seminggu.

Malam semalam kami pergi beramai-ramai ke majlis kenduri kahwin adik Naif di Adil, Jabal Nur. Cuti hujung minggu, biasa diadakan majlis perkahwinan. Lebih-lebih lagi cuti sekolah begini.

Majlis diadakan di dewan besar yang mempunyai beberapa ruang. Ruang pertama open air. Berkarpet merah. Di tepi dinding terdapat bantal untuk bersandar. Stail Arab. Open air sbb ada aktiviti bakar mercun. Mungkin budaya baru. Sebelum ni rasanya mereka lepaskan tembakan tanda bergembira. Macam di Jordan. Peluru hidup. Bahaya. Ruang ini juga tempat hiburan kaum bapa. Dulu-dulu adalah tarian perang mereka. Dengan pedang dan tongkat. Sekarang nampaknya dikuasai oleh artis berkulit hitam pekat. Berqasidah dengan pic yang sangat tinggi dan volume speaker yang di maximumkan. Perghhh. Ada bilik penyediaan syie, ruang tandas-tandas dan sinki. Ruang kedua, penuh dengan sofa yang disusun berhadap-hadapan. Luas gak. Duduk berhadapan. Dengan pelayan datang dan pergi membawa jus rumman dan jambu batu serta kurma pengalas perut. Kurmanya di lekatkan sebiji-sebiji di replika pohon kurma kecil. Mungkin nak ikut gambaran syurga. Cuma yang melayan bukan ‘wildanun mukhalladun’ tapi orang-orang kulit hitam. Hitam legam. 

Ruang ketiga, dewan bertutup dengan kerusi dan meja makan. Macam untuk VIP je.

Sampai je, kami turun sambil membawa buah tangan. Kek sebagai hadiah. Beli ketika otw ke dewan. Di pintu, kena bersalaman dengan kaum keluarga Naif. Sambil laga-laga pipi gitu. Geli geleman juga bila kena jambang yang baru cukur, tajam-tajam tu. Tapi nak wat cam mana, dah budaya mereka. Tampak perbezaan antara 2 kelompok bangsa. Orang Melayu GISB berjubah pelbagai warna. Kupiah Oman. Orang-orang Saudi berjubah putih, serban merah dan iqal/igal. Malizi, Malizi… Terdengar mereka bersuara. Berpeluk mesra antara kaum berbadan besar, berhidung panjang mancung dengan bangsa yang bertubuh sederhana dan kecil, berhidung pesek ni. Pesek bukan sebarang pesek, pesek yang dijanjikan.

Dipendekkan cerita, kami dijamu 1 talam nasi Mandy untuk 4-5 orang. Lauk daging kambing. Tapi lauknya, masyaAllah banyak giler!!. Macam seekor kambing sawaki dari Sudan di bahagi 4. Kata Syh Salleh, 1 talam harganya boleh cecah RS250, fuuuh mahal tu!! Talam Abil ok la, badan taf-taf, talam anjang… Alahai, anjang, Syh Hamzah, Syh Salleh, Syh Baharum…Tapi, faktanya semua gagal menghabiskan juadah. Termasuk pak-pak Arab pun. Habis haram, tak habis pun haram. Kalau nak habiskan juga, sedangkan perut dah penuh sangat, memudaratkan… haram hukumnya. Kalau ditinggalkan tak habis, membazir, haram juga. Silap tak bawa beg plastik besar, boleh bawa balik. Sebab anjang tengok ada orang dia yang masukkan dalam plastik. Bukan apa, sayang kalau dibuang. Nasi beras basmati bang!!. Panjang-panjang. Lembut. Sebutir-sebutir. Dengan gajus, badam, kekacang dan kismis. Makan gitu pun dah sedap. Tambah lagi dengan lauk kambing yang lembut. Berlemak. Berminyak-minyak. Sedapnya, Allah je yang tau. Moga-moga mereka tak buang baki-baki nasi dan daging. Diberi pada binatang ternak.

Mula makan dah dekat jam 12 tengah malam. Lewat betul. Tapi rupanya muslimah lagi lewat. Kata BUJ dekat Subuh baru makan. Sementara nak makan mereka berjoget-joget. Menari-narilah sepanjang malam. Masing-masing memakai pakaian paling seksi. Ibu-ibu dengan anak-anak dara mereka, serta anak-anak perempuan mereka yang di luar berlitup habis, hitam semuanya bila dibuka memakai pakaian paling cantik. Rupa-rupanya sebagai pendidikan kepada pengantin dan anak-anak perempuan. Beginilah sepatutnya pakaian dan persiapan seorang isteri berhadapan suaminya. Ditambah dengan tari menari, itulah layanan isteri kepada suami. Halal. Suci-sesuci sucinya. Yang negatif tak payah ceritala, ramai yang tau. Ok, tengah belajar-belajar kerja mutowwif dengan sifu-sifu, Syh Inaam, Syh Salleh dan Syh Abil. Tam yang drive. Bila la nak pandai anjang nie… Doakan ye. Sambungan Fail Sulit belum siap tulis lagi…

Ajiad Malaki, Mekah Mukarramah

2.56pm, Jan 19, 2013

.

Advertisements

One thought on “***Kenduri Kahwin Ala Saudi***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s