***Fail Sulit-6***

Salam ceria. Korang tau apa itu tungku? Tungku masak. Mana la tau, kot-kot tak amik tau… Tau makan je. Anak-anak akhir zaman ni ramai yang manja. Semua tersedia. Tak reti nak prihatin apa yang ada di sekeliling. Bila ambil tak endah je, tak pandai hargai. Abuya pernah bertanya pada remaja di Labuan nama-nama ikan. Kantoiii. Tau makan je, nama…haram tak tau.

Tungku tu macam dalam gambar Syh Hj Saiful Rashid masak di Kg Tuah. Alat menggoreng nasi tu kawah namanya. Kawah ni lebih besar dari kuali dan tak ada ‘telinga’. Kawah diletakkan atas tungku. Tapi ni tungku dapur gas. Dah moden. Kita nak bincang tungku dapur kayu. Biasanya tungku ada 3 kaki. Kalau 2 je, tak boleh berdiri. Kalau satu kaki, lagi tak boleh. Kena 3.

Begitulah yang Abuya sebut pada Syh Farul.

“Kita ni macam (kaki) tungku. Tak boleh satu atau dua. Kena bertiga.”

Abuya maksudkan Abuya, Syh Farul dan BUJ. Tak boleh dipisah-pisah. Umpama tungku, kalau 1 kaki saja, tak boleh berdiri. Kalau 2 kaki je, confirm akan jatuh juga. Kena ada ketiga-tiganya. Sebab itu mereka selalu bertiga. Kemana-mana bertiga.

1.Di awal perkahwinan lagi Abuya dah perkenalkan BUJ kepada 3 orang anak lelakinya, khususnya Syh Farul. Malah Abuya pesan kepada Syh Farul, kalau Abuya tiada nanti, agar menjaga Ummu.

2. Ketika musafir ke luar negara, Abuya, BUJ dan Syh Farul bertiga, bersama beberapa orang yang lain. Malah buku ‘Kembara Membuktikan Kebenaran Al Quran’ adalah hasil tulisan mereka bertiga.

3. Mereka bertiga sahaja yang kena ISA dua kali. Pemimpin-pemimpin Al Arqam yang lain (yang kena ISA) masuk sekali je. Tapi mereka bertiga masuk ISA 2 kali.

Musuh tahu, bukan sahaja tahu, malah benar-benar tahu yang bila 3 orang ini bersama, ia menjadi kekuatan. Abuya, dalam mengikat antara Syh Farul dengan BUJ berkata untuk memperkenalkan siapa BUJ kepada Syh Farul,

“Ummu kamu itu, kalau lelaki dialah PBT.”

Kepada BUJ pula Abuya katakan,

“Kamu tak akan dapati orang lain mendokongmu sekuat Farul.”

Sebab itu ketika dalam tahanan terhad ISA, Syh Farul diasingkan ke Rompin. 1 daerah yang sangat jauh dari BCH. Agar terpisah dari mursyidnya dan dari ibunya, BUJ. Akar tidak membina kekuatan. Tetapi atas kasih sayang Tuhan, Syh Farul berpeluang bertemu Abuya dan BUJ sekali setiap bulan. Atas alasan apa? Rawatan sakit jantungnya. Ya, terpisah tapi tetap dapat bertemu. Sakit tapi terubat bila berziarah.

Begitu jugalah yang terjadi apabila Abuya ghaib, Bonda Wasilah mendapat isyarat agar ke Mekah. Di Mekahlah beliau akan mendapat perlindungan sepenuhnya. Perkara yang tak logik berlaku, Syh Farul yang ketika itu sakit teruk, tak mampu bermusafir tiba-tiba mendapat kekuatan untuk terbang mengiringi BUJ ke Amman dan seterusnya masuk ke Mekah dengan visa Umrah. Setelah berakhir visa umrah, mereka keluar ke Jordan dan masuk semula dengan visa tijarah. Bermulalah empayar ekonomi GISB di Bumi Haramain dengan panduan rohani Abuya dan gabungan BUJ dan Syh Fakhrur. 

Musuh sangat ingin memisahkan antara mereka berdua. Berusaha tidak henti-henti. Tanpa jemu. Dengan pelbagai cara, hinggalah pada suatu hari, Syh Farul datang bertemu BUJ dan bersuara,

“Ummu, Farul nak wida'”

BUJ seperti tidak menghiraukan kerana tak tahu langsung yang Syh Farul nak pulang ke Malaysia. Lalu Syh Fakhrur mengulangi kata-katanya,

“Ummu, Farul nak wida’ ni…”

Ketika itu bonda UJ terkejut dan berkata,

“Nak wida’?! Farul nak tinggalkan Ummu di sini? Nak tinggalkan Ummu seorang?!

Di sinilah Syh Fakhrur tersentak dan terperanjat. Sangkanya KSU telah mendapat kebenaran BUJ. Mana mungkin beliau sanggup buat sendiri. Beliau diberi faham semuanya dah selesai. Beliau cuma balik ke Malaysia sebentar, selesai urusan visa, beliau boleh kembali segera ke Saudi. Tiket ‘return’ dah tersedia. Tetapi itulah rancangan jahat musuh. Mereka mahu memisahkan antara BUJ dan Syh Farul. Mereka mahu perjuangan ini berkubur. 

Mereka menipu daya tetapi Allah lebih pakar membalas tipu daya mereka. Syh Farul diberi faham, tak sepatutnya meninggalkan BUJ keseorangan di Mekah. Terus Syh Farul teringatkan pesanan Abuya. Dibatalkan niatnya untuk bermusafir. Fadhil Hanafi bermusafir sendiri.

Ya, anjang jumpa dia di Jerash. Dia kata, sepatutnya dia bermusafir dengan Syh Fakhrur. Keadaannya seperti kecewa. Dia terlibat mengusahakan Syh Farul pulang ke Malaysia. Dia jalankan tugas seperti juga KSU. KSU juga jalankan tugas dari arahan ‘tuannya’.

Untuk memisahkan antara Abuya, BUJ dan Syh Fakhrur yang membina kekuatan di Mekah. Kekuatan yang berlipat kali ganda dari apa yang ada di Malaysia. Kerana mereka dalam keamanan. 

 وَهَذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ

Di bawah perlindungan Rasulullah SAW. InsyaAllah tiada siapa boleh menggugat. Kalau ada usaha jahat musuh sekalipun, pasti akan kalah. Mereka tak mengambil iktibar gagalnya usaha yahudi untuk melarikan jasad Rasulullah SAW di Madinah. Mereka sangka, mereka boleh pisahkan antara BUJ dan Syh Farul. Setakat itulah sajalah usaha licik musuh tapi Tuhan lebih Bijaksana. Selalunya usaha-usaha musuh yang tampak sangat hampir kepada kejayaan, ketika itulah Allah gagalkan.

Bila gagal maka dipengaruhi beberapa pimpinan di Malaysia, malah ia berlaku lebih awal lagi, lalu berlakulah takdir Tuhan. Wujudnya GBA. Muncul bersama bermacam-macam strategi untuk hancurkan GISB hingga melibatkan pihak berkuasa. Ya, mereka menetapkan tarikh 17hb Jan 2013 penutupan GISB Haramain. Tarikh yang mereka nanti-nantikan untuk berpesta. Untuk buktikan Allah di pihak mereka. Sedangkan hakikatnya, orang yang menjadikan musuh sebagai tempat rujuk hanya akan terhina seperti musuh juga.

Rasanya macam nak sambung dengan kisah tarikh 17hb Jan, tapi… Tak perlu kut. Sebab kesian kat mereka. Sekarang kata-kata mereka semakin merapu-rapu. Ditambah dengan kes serbuan di BCH tak berlaku seperti yang mereka harapkan. Ok, setakat ini la kali ini.

Ni anjang sedang tunggu jurutera-jutera Menara Jam Mekah. Mereka sewa van GISB, pergi dan balik kerja. Hebat, mereka dari Malaysia, diberi kepercayaan sebagai team penyelengaraan bangunan menara ini. Mereka pula percaya dengan khidmat GISB kepada mereka. 

Terowong Bawah Menara Jam, Mekah.

5.15pm, Jan 19, 2013.Image

Advertisements

One thought on “***Fail Sulit-6***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s