***Fail Sulit-4***

Image

Salam ceria. Anjang harap korang baca dengan teliti coretan ni. Ia simple, bentuk cerita je. Tapi isunya berat. Iaitu perancangan bertahun-tahun musuh yang menyelinap dalam jemaah. Berlakon sebagai ahli. Tetapi merosakkan perpaduan dan kasih sayang. Atas kasih sayang Allah, janji Tuhan terhadap jemaah ini, Abuya dah diberitahu awal. Lalu disampaikan pada Syh Fakhrur. Bonda Wasilah pula disiapkan. Lengkap dengan pakej watak dan sikap beliau yang sangat tepat sebagai wasilah. Pilihan yang tiada silapnya. Sangat tegas agar tiada siapa berani mengubah haluan jemaah. Sebab dalam jemaah ada ‘musang berbulu ayam’.

Korang faham ke peribahasa ni? Kena la faham. Ni bahasa ibunda kita. Mentang-mentang dah duk kat Eropah, Australia, Mesir, Jordan, Haramain… Lupa BM. Kalau pi India, Pakistan tak tau, jadi apa pula. Sebab ramai je yang balik Pakistan autanya lebih dari Pakistani (Sori, tak ditujukan kepada sesiapa yang masih hidup mahupun yang akan mati)

Ringkasnya, musang ni sejenis haiwan yang sinonim dengan perangai curi/tangkap ayam ternakan orang kampung. Cara tangkapnya licik. Guna tipu helah. Maka orang-orang dulu jadikan ia peribahasa. Liciknya musang ni menipu sampai dia boleh menyamar seolah-olah seperti ayam. Sebiji macam ayam. Malah, bulupun bulu ayam. Jenuhlah nak cam. Kalau dia dah masuk dalam reban ayam, seekor demi seekor ayam akan dimakannya. Memanglah pemurah itu mahmudah, pemaaf itu terpuji, bertolak ansur itu mulia tapi bukan di sini. Di sini mahmudah yang tepat ialah tegas, berani, garang dan yang sewaktu dengannya. Apakah anak ayam dah digongong musang, kita pemurah… Sila… Sila.. Amik lagi. Ape ke bongse ni! (Pinjam Lahjah Bote)

Ayam dara dah diratah musang, kita kata, maafkan je la…tak cerdiknyaa.

Pastu minta wasilah ubah sikap. Sedangkan antara sebab wasilah dipilih oleh RSA kerana ketepatan wataknya. Pernah ke kita dengar ada sahabat-sahabat keluar atau bermufaraqah dari jemaah Rasulullah SAW semata-mata tak puas hati dengan sikap Syd Umar RA. Kami hanya akan ikut jemaah kalau Syd Umar ubah sikap. Asyik-asyik pedang, asyik-asyik pedang. Luruskan saf pun guna pedang. Salah cakap sikit je, Abu Hurairah RA kena penampor. Ubah la perangai. Demi Allah, tak pernah dengar. 

Tak ada sahabat yang sanggup cakap begitu. Memang Islam perlu orang seperti Syd Umar RA. Tapi kena atas dasar keyakinan. Yakin dia sahabat. Malah sahabat utama. Syaitan pun takut. Kalau hanya sebagai kawan biasa tak mampu. Kalau Bonda Wasilah dianggap hanya sebagai ibu tiri atau kakak ipar, tak akan mampu meletakkannya sesuai dengan kedudukannya. Kena atas dasar keyakinan. Allah, terpanjang pula di sini.

Anjang nak sambung sikit tentang TZ. Bila Sy Nizam tak diberi ruang dan peluang berperanan secara rasmi di BCH, beliau memulakan kelas pengajian di rumahnya yang menjadi asas kepada KTS. Lihat TZ yang Rsaw kata tak rehat-rehat menjalankan tugasnya. Syh Zubir Abd Rahman, beritau anjang TZ ketika Sy Nizam mula buat KTF selalu komen tak puas hati. Langsung tak membina, bahkan meruntuhkan. Katanya, Sy Nizam buat KTF ni ikut cara lama, otak Al-Alqam, masa tu dia rancang nak tutup. Syh Zubir terkejut mendengarnya sebab bagi Syh Zubir, KTF itu dari air tangan Sy Nizam yang sangat ilmuan. Syh Zubir yang baru ikut Abuya pun tahu menghargai usaha berkat Sy Nizam. Tapi biasalah, TZ dihantar. Ketika dia komen itulah sebenarnya dia sedang bertugas. Bila Syh Zubir berjumpa Sy Habib Yakin bertanyakan hal tersebut, banyaklah hujah-hujah yang menguatkan lagi tidak patutnya jika KTF ditutup. Masa tu kita baru buka Bukit Bintang, jadi ramailah anak-anak KTF dihantar ke sana untuk di kibrahkan, yang peliknya mereka yang minat belajar dan ada potensi untuk menjadi pelapis kepada pendidikan, itulah yang diambil. Ertinya ambil tanpa perbincangan.

Yang kita dengar daripada Abuya, pendidikan kita terbaik di era Al Arqam tetapi TZ pula perlekeh KTF, otak lama. Cara Arqam. 

Bila KTF berkembang dan nampak tersusun. Ramai ibu bapa seluruh Malaysia berminat menghantar pelajar-pelajar belajar dan mengambil keberkatan Syh Nizam. Ketika itu, pernah TZ berkata kepada Us Zulkamal bahawa dialah yang pilihkan pelajar-pelajar untuk diberi kepada Sy Nizam masa dibuka KTF dulu. Begitulah TZ.

Sikap tak sukanya dengan anak-anak Abuya juga berlaku pada Syh Inaam.

Ia berlaku di Sg Pencala. Ketika itu TZ memegang pucuk pimpinan dan Sy Nasrul pula timbalannya. dua kali dia bertemu Syh Inaam menegurnya. Kalau teguran tentang pengawalan pelajar, ia sangat dialu-alukan tetapi yang peliknya dia juga marahkan Syh Inaam yang membawa kitab ketika mengajar. Dia tak suka guru bawa kitab ketika megajar. 

Pelik TZ ni. Dia tak tau ke Abuya mengajar pun bawa kitab? Anjang ingat lagi, Abuya ketika menyampaikan kuliah Fardhu Ain Zon di Batu Hampar bawa kitab ‘Mukasyafatul Qulub’. Abuya akan masuk ikut pintu sebelah kanan. Anjang sangat pasti, Abuya bawa kitab. Tapi TZ tak setuju, pelik tak? Tak pelik la. Dah memang kerja dia. Yang peliknya ada dikalangan kita yang terpedaya. Samada bodoh atau diperbodohkan.

Terima kasihlah sapa yang masak laksam pagi ni. Sedap. Macam di Malaysia pulak.

Bilik PR, Istana RSA.

7.25am, Jan 16, 2013 .

Advertisements

3 thoughts on “***Fail Sulit-4***

  1. Ana menyokong apa yang anjang perkatakan, Saya n sy johari Morad antara org yang sy nizam amanahkan utk menubuhkan KTF. Memang dr awal lagi nmpak kebencian TZ terhadap sy nizam dan KTF.Tujuan utk melahirkan pelapis pendidikan dikalangan remaja berpotensi mengikut kaedah Abuya telah dicantas oleh TZ kerana mereka di antar k bbtg

  2. salam….nk tanyalah, laksam tu sama ke dgn laksa, kalau sama laksa johor atau penang? Baguslah makanan di sini popular di sana tk A

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s