***Farul!, Kamu tunggu di luar negara***

ImageSalam ceria. Kuarantin sebenarnya di hati. Walau lahir tak disekat. Tak dihalang. Boleh bergerak. Ke sini. Ke sana. Tapi hati kena tetap bergantung pada Allah. Takut. Cemas. Bimbang. Tuhan boleh lakukan apa sahaja. Lebih-lebih lagi jika lahir disekat. Kalau tak 100% pun, tapi tetap ada sekatan. Maka lebih-lebih lagilah kena kuat bergantung pada Allah. Tuhan yang pada-Nya segala-galanya. 

Malam ni, sampailah rombongan ‘umrah’ dari Mazra’ah lengkap berihram. Syh Anuar, Syh Nik, Syh Tengku, Syh Asnan, Syh Raja, Syh Syaarani, Otsman dan Syatir. Suasana penghuni bilik ‘wad’ yang beberapa hari ni macam POW berubah menjadi ceria dengan loghat Jawa tiruan dari orang Perancis dan Acheh. Bertukar berita, saling bercerita. Itulah manisnya satu ibu bapa. Untung anjang sehat, boleh join mereka. Kalau tak, kuarantin dalam bilik 2 je.

Hari ini anjang sangat teringat bab, 

 خطاب الفرد والمراد الجماعه

Atau

 خطاب شخص والمراد الجماعه … 

Lupa bab apa dalam ilmu balaghah atau manhaj Al Quran. Teringat sebab Syh Fakhrur sebut apa yang pernah Abuya sebut padanya. Kena sangat dengan kaedah ini. Apa itu 

خطاب الفرد والمراد الجماعه

Iaitu bercakap kepada seorang tetapi yang dikehendaki atau dimaksudkan ramai orang. Pagi tadi Syh sebut dalam kuliah. Pastu dia ulang pada anjang.

Bila? Zohor tadi. Menunjukkan ia sangat penting. Korang nak dengar ke?

Ok, bila Syh Zambri minta anjang bersembahyang Zohor dengan Syh Farul, anjang ikut je. Lepas sembahyang, sembang-sembang dengan Syh Farul. Bah ada sekali di bilik.

Syh Farul, “Abuya kata: Nizam nanti kamu tunggu di Malaysia! Farul, kamu tunggu di luar negara!”

Abuya tak pernah cakap yang sia-sia. Apa yang Abuya cakap dah banyak yang berlaku. Faktor masa je. Lambat atau cepat.

Syh Farul ceritakan kisah Saiyidina Abu Ayub Al Ansori berwasiat meminta jika beliau mati agar dikebumikan di tepi Kota Konstantinopel. Beliau sangat hendak mendengar derapan kaki kuda Pembuka Kota Konstantinopel. Sosok tubuh yang telah dikhabarkan Rasul SAW. Begitulah orang zaman dahulu, persoalan hubungan antara jasad yang hidup dan jasad yang mati, dikebumikan bukan masalah sebab roh yang kuat tak terikat dengan sangkarnya. Saiyidina Abu Ayub Al Ansori tahu, nanti walaupun dia telah mati, dia akan dapat melihat, mendengar bagaimana janji Rasulullah SAW terjadi dari alamnya.

Jadi bila Abuya katakan begitu pada Syh Farul, ketika kecilnya, Abuya tak detailkan apa yang akan berlaku. Rupa-rupanya terjadi peristiwa demi peristiwa yang akhirnya membawa sebahagian besar jemaah Abuya ke luar negara, lebih-lebih lagi di Haramain ini dan sebahagiannya di Malaysia.

Ya, jasad Syh Nizam di Malaysia. Syh Fakhrur berada di sini. Bertepatan dengan kata-kata Abuya:

“Nizam nanti kamu tunggu di Malaysia! Farul, kamu tunggu di luar negara!”

Cuma, Abuya gunakan kaedah:

خطاب الفرد والمراد الجماعه

Abuya tak sebut semua nama. Lagipun ketika itu mana ada orang lain.

Maka terbukti sekarang, ramainya orang Abuya yang menunggu di luar negara, disamping ramai juga yang menunggu di Malaysia. Maka peliklah dan terpencil sungguh pendapat yang mengatakan daulah di Malaysia lalu abaikan persiapan empayar di luar negara. Soal daulah bermula di Malaysia, semua orang tahu. Malah satu dunia kita pergi, semua orang kata Malaysia negara Islam. Tetapi mempersiapkan wakil di setiap tempat penting, itulah kesinambungan perjuangan. Kita mesti teruskan, projek-projek, cawangan-cawangan, rangkaian-rangkaian, bandar-bandar yang sedia ada, mengiktiraf bandar-bandar yang telah Abuya buat bukan patah balik ke belakang, buat bandar baru yang entah bila akan berkembang.   

Kita nak jadi seperti Abu Ayub Al Ansori membenarkan kata-kata Rasulullah SAW. Kita pula benarkan kata-kata Abuya. Sekarang kita sudah benar-benar berada di luar negara. Di Tanah Haram. Kita lepasi yahudi. Kita lepasi wahabi. Kita lepasi segala sistem mereka untuk berkampung di tanah halaman Rasulullah SAW.

Ya Allah, bulan maulid yang menjelang ini, Robi’ul Awwal 1434H, menangkanlah Islam. 

Hiburkanlah hati para pejuang agamaMu. Amin.

Bilik 2, Istana RSA, tepi kolam.

11.53pm, Jan 11, 2013

Advertisements

2 thoughts on “***Farul!, Kamu tunggu di luar negara***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s