***Dalam Kesejukan Syita’ 2013***

 

Salam ceria. Susah berurusan di negara yang sedang berkonflik. Ini dapat dirasakan bila sebahagian kawan-kawan di Irbid terpaksa melintasi border ke Syria untuk membaharui visa. Malangnya, bekalan letrik terputus (biasalah Syria) di negara yang telah tercetus konflik membawa kepada perang saudara, sejak 21 bulan lalu dan telah mengorbankan lebih 60,000 nyawa. Terpaksalah diusahakan sekali lagi. Entah bila? Syria oh Syria.

Mendengar berita cuaca musim sejuk yang luar biasa di Jordan, terasa seperti anjang di sana pula. Angin, ribut, hujan yang tidak berhenti-henti, suhu semakin sejuk menyaksikan kemalangan jiwa turut berlaku. Jaeid ada kongsi gambar terowong di depan Arabella Mall yang ditenggelami air. Ada yang lemas di situ. Allah, kita tak tau di mana dan bila ajal kita. 

Jordan dan banyak negara Timur Tengah tidak mempunyai sistem perparitan atau longkang. Maka bila musim hujan begini, semua jalan dan lorong menjadi parit dan anak sungai. Lecaknya, masyaAllah. Driver pula memandu dengan ‘penuh kesedaran sivik’. Kesabaranlah ubat paling mujarrab.

Sejuk-sejuk begini logiknya students malas keluar. Nak keluar dari kehangatan ‘hirom’ (selimut gebu hehe) pun mujahadah, inikan pula nak buka pintu, keluar syuqqah?. Meredah hujan, melintas jalanraya yang dah jadi taliair dan percikan air dari tayar-tayar pemandu ‘berhemah’. Sedangkan mulut dan hidung ber’asap’ yang bukan rokok. Sejuuuk beb!!!

Tetapi yang tak logik tetap berlaku, sejuk-sejuk pun, pelanggan tetap datang ke MNM. Gagah. Berhimpit-himpit, 1 meja 4 orang. Meja penuh, tuppow. Bawa balik, makan di rumah. Musim-musim study dan exam ni. Malas masak sendiri. Yang penting dapat makan dan minum dari NM. InsyaAllah berkat. Mudah-mudahan MNM dapat premis yang lebih selesa. Dengan sewa yang berpatutan.

Sambil menyuap Nasi Goreng Pattaya atau mengunyah roti telur dan menghirup teh panas tu, kenang-kenangkanlah anak-anak kecil di Syria. Kesejukan di musim syita’. Tanpa bekalan letrik. Gelaaap. Tiada soba. Sejuuuk. Hanya berlindung dari kesejukan yang menggigit di sebalik selimut sederhana tebal, lusuh dan kasar. Sedangkan perut sedang menahan kelaparan. Potongan roti terakhir yang lalu di kerongkong mereka dah lebih 24jam yang lalu. Hanya dengan olesan minyak zaitun dan za’tar. Tanpa jubnah dan telur. Menunggu-nunggu kabulnya doa dari semua pejuang agar mereka di selamatkan dari penderitaan. Sedangkan tembakan masih bertalu-talu kedengaran. Diselangi dengan jeritan dan tangisan. Dalam kesejukan Syita’ 2013. Ya Allah! Datangkanlah Pemimpin yang adil.

Bilik Besar Bawah, Istana RSA

11.16pm, Jan 8, 2013.

Advertisements

One thought on “***Dalam Kesejukan Syita’ 2013***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s