***Bonda Wasilah Guruku***

ImageImageImageSalam ceria. Apa kabo semua? Macam mana cuaca di tanahair, khasnya Pantai Timur? Moga Allah pelihara kita semua. Di Jordan, banyak tempat dah hujan ais. Mekah ni panas je anjang rasa. Mungkin kerana dah biasa sejuk di Irbid. Lagi-lagilah bila duduk di bilik No 2 ni. Bilik Syh Cikgu Rahman dan Syh Cikgu Zambri. Mereka jenis tak on aircond. Bila berpeluh, anjang keluar jap. Ok, nak tanya 1 soalan, korang ada guru tak? Tentu ada kan? Sayang tak dengan guru korang? Tentu sayangkan?!

Anjang ada ramai guru, ada yang anjang ingat namanya, ada yang dah lupa. Darjah satu, belajar BM dengan Cikgu Kalsom. Baik orangnya. Sabar dengan anak-anak. 

Darjah 5 guru BI anjang, Cikgu Rozwin kalau tak silap. Bila result penilaian darjah 5 ok, dia belanja makan nasi di restoran. 

Yang ajar agama Islam, Cikgu Zaitun. Cikgu sekolah agama, Cikgu Husin dan aruah Cikgu Magrib. Anjang sayang semua guru anjang walaupun Cikgu Magrib pernah baling jangka lukis, terpacak di antara mata dan telinga anjang. Dia nak baling Kamal, silap target kena kat anjang. Mujur tak kena mata. Lebih-lebih lagi anjang sayangkan guru-guru di Yayasan Al Arqam. ‘Lahum makanatan fi qalbi’ Syh Lah Ariffin, Syh Tengku Azhar, Syh Lutfi, Syh Mujahid, Syh Nizam, Syh Fakhrur, Syh Johari, Ust Zaidun, Ust Ismail Puteh dll ramai lagi. Pemimpin-pemimpin dalam jemaah pun guru-guru anjang. Kerana mereka menyampaikan kuliah-kuliah terkini dari Abuya. Kalau begitu, yang paling banyak menyampaikan bagi pihak Abuya, samada secara lisan mahupun tulisan, sudah tentu Bonda Wasilah. Maka sudah pasti anjang dan korang semua sangat sayang pada Bonda Ummu. Yang tak sayang Bonda, lagi-lagi membenci Bonda Wasilah, ringkas kata: ‘Fi qulubihim maradh…’

Walhal, sepanjang zaman sejarah menceritakan hubungan antara guru dan murid adalah ‘KASIH SAYANG’.

Cuba korang baca kisah di bawah.

“Tuan guru, bukankah lelaki itu bangsa Yahudi? Mengapa tuan begitu hormat kepadanya hingga berdiri bila menyambut kedatangan?,”tanya salah seorang anak murid Imam Hanafi.

“Dia guru saya kerana itu saya menghormatinya,” jawab beliau.

“Apakah tuan pernah berguru dengan lelaki Yahudi itu?,”tanya seorang lagi dengan rasa hairan.

Menurut Imam Hanafi suatu hari dia hendak mengetahui bilakah masa seekor anjing itu cukup umurnya? Kebetulan lelaki Yahudi banyak memelihara anjing. Lalu beliau bertanyakan perkara itu.

“Lelaki itu memberitahu saya, seekor anjing itu cukup umurnya apabila sudah kencing berdiri mengangkat kaki sebelah. Sesiapa sahaja yang mengajar saya walau satu ilmu, dia adalah guru saya,”kata Imam Abu Hanifah.

Menurut Imam Abu Hanifah lagi, beliau berguru seramai kira-kira 4,000 orang, 200 diantaranya adalah ulama dan 7 orang sahabat Rasullulah SAW. Antara mereka adalah Anas bin Malik, Abdullah bin Abbas, Abdullah A’raj, Amru bin Dinar, Thalhah bin Nafi’, Nafi’ Maula Ibnu Umar, Qotanah bin Di’amah, Qois bin Muslim, Abdullah bin Dinar, Hamad bin Abi Sulaiman, Abu Ja’far Al Baqir, Ibnu Sihab Az Auhri, Muhammad bin Munkandar dan masih ramai lagi ulama terbilang yang pernah menjadi gurunya.

“Diantara guru-guru itu siapakah yang paling tuan sayang?” tanya seorang pelajarnya.

“Semua guru saya sayang dan hormat. Tetapi yang

yang paling saya kagum adalah guru yang menjadi sahabat Nabi Muhammad SAW seperti Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Mas’ud dan lain-lain lagi. Mereka mendapat didikan langsung daripada Rasullulah SAW,”jawab Imam Abu Hanifah.

“Bagaimana pula dengan Imam Hammad?,” tanya yang lain pula.

“Beliau guru saya yang paling rapat,”jawab Imam Abu Hanifah.

Kemudian katanya lagi,”Saya pernah dijemput datang ke Kota Basrah bagi satu majilis ilmu. Guru saya Imam Hammad sangup menemani saya. Sebelum sampai ke sana saya yakin dapat menjawab apa sahaja soalan yang dikemukakan orang ramai. Tetapi saya silap. Apabila ditanya suatu masalah mengenai ilmu fekah saya tidak dapat menjawabnya. Mujur guru saya, Imam Hammad yang mahir dalam ilmu fekah ada bersama. Melalui dia saya dapat menjawab soalan itu. Semenjak itu saya tidak mahu berpisah dengan Imam Hammad selama 10 tahun bagi mempelajari ilmu fekah.”

“Tuan guru , berilah kami nasihat,”kata Ibnu Hajar pula.

“Ilmu Allah itu amat luas. Sekiranya air laut dijadikan dakwat dan daun-daun kayu dijadikan kertasnya pasti tidak cukup bagi menulisnya. Kerana itu kita perlu terus menuntut ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahad,”kata Imam Abu Hanifah.

Kemudian dia memberi nasihat kepada anak-anak muridnya supaya menuntut ilmu sebanyak-banyaknya dan jangan berpuas hati cuma dengan sedikit guru.

Selesai mengajar, Imam Abu Hanifah pergi ke kedainya. Dilihatnya lelaki Yahudi itu masih berada di situ menunggu kedatangannya. Dengan wajah gembira, dia menunjukkan baju yang hendak dibelinya.

“Saya berkenan dengan baju ini dan mahu memakainya. Tetapi saya tidak cukup duit bagi membelinya,”kata lelaki Yahudi itu.

Imam Abu Hanifah mengambil baju itu lalu menyerahkannya kepada lelaki Yahudi itu sambil berkata,”Saya hadiahkan baju ini kepada tuan yang pernah mengajar saya satu ilmu.”

“Saya sendiri sudah lupa apakah ilmu yang pernah saya ajarkan kepada kamu?,”kata lelaki yahudi itu pula.

“Mengenai bilakah cukup umur bagi seekor anjing . Tuan mengatakan apabila anak anjing itu pandai kencing berdiri dengan mengangkat kaki sebelah. Bagi saya itu satu ilmu dan tuan adalah guru saya walaupun mengajar satu ilmu,”jawab Imam Abu Hanifah.

“Sekiranya begitu, giliran saya pula berguru dengan kamu. Mulai esok bolehkah saya menyertai orang ramai bagi mendengar ajaran kamu,”tanya lelaki Yahudi itu pula.

“Boleh….,”jawab Imam Abu Hanifah.

“Cuma saya bimbang dimarahi orang ramai kerana bukan Islam,”kata lelaki Yahudi itu.

“Saya akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai kehadiran kamu. Usah bimbang kerana tiada siapa yang akan menggangu,”kata Imam Abu Hanifah pula.

Lelaki Yahudi itu gembira dan berjanji akan datang mendengar majlis ilmu yang disampaikan Imam Abu Hanifah. Imam Abu Hanifah juga gembira sambil berdoa kepada Allah semoga lelaki Yahudi itu mendapat hidayah.

Begitulah cebisan kisah dalam sejarah orang-orang dahulu yang baik-baik. Atau dalam BA, ‘Salafus Soleh’, kita sekarang ni kata Abuya, ‘Khalafut Toleh’, dalam BMnya, orang-orang kemudian yang jahat-jahat. Sebab itu tergamak mengata guru. Kalau dulu, bila diuji dengan pengharaman Arqam, geng 6 jahanam sanggup menghina mursyid. Ingatkan semua dah mengambil pengajaran, bahawa kita kena benar-benar beradab di dalam kapal perjuangan. Tapi ujian di era Abuya ghaib ini, muncul GBA yang sanggup menghina guru utama dalam jemaah, iaitu bonda wasilah. Maka hasilnya tentu sama, mereka tak mampu untuk mentaati arahan jemaah. Lalu memilih jalan yang tiada rahmat. Rahmat itu dalam jemaah. Jemaah mesti ada pemimpin. Pemimpin mestilah orang Tuhan. Berguru biar ramai, itulah panduan di era berhalus ini. Tetapi Mursyid tetap seorang.

Ok, sedang teman Syh Jo dan Syh Zam memasak.

Sutuh Istana RSA.

2.01am, Jan 8, 2013.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s