***AJL vs ‘Tsunami Alert News’***

Image

Salam ceria. Patutnya sebagai mutowwif ni, anjang kena ikut syh Salleh ke Jeddah hantar rombongan Datok Zainol sekeluarga. Mereka menuju ke Turki. Tapi dah 4 hari di’rehat’kan. Ni baru nak taip-taip sikit.

‘Ad Din’ itu terjemahannya agama. ‘Ad Din’ itu sendiri apa ertinya? Kalau dikaji, kita akan dapati ertinya ‘Al Millah’, iaitu cara hidup. Oleh itu, yang dikatakan agama itu meliputi seluruh aktiviti hidup seseorang. Cara hidup seorang mukmin itu sangat bergantung dengan Allah. Merasakan Allah adalah segala-galanya. Hidup matinya untuk Allah. Senang susahnya, dikaitkan dengan Tuhan. Segala nikmat disyukuri. Malu menerimanya. Ujian dalam kehidupan, dia sabar kerana faham ianya dari Allah, pemilik dirinya dan seluruh alam. Ketentuan Tuhan dalam semua aspek kehidupannya, dia terima dengan redha. Setiap hari dia berusaha mengabdikan diri kepada Allah dengan melaksanakan tugas-tugas sebagai hamba Tuhan. Segala yang wajib dibuat penuh bertanggung jawab. Setelah berbuat, dia rasakan amat tidak sempurna. Tak selayaknya dengan kesempurnaan Tuhan. Yang sunatnya, diusahakan sungguh-sungguh, moga dapat. menampung kekurangan yang fardhu. Perkara yang haram ditinggalkan terus, demi Tuhannya. Walaupun nampak lazat oleh nafsu. Yang makruh, dijauhi demi mengelak kebencian Allah. Perkara yang harus, diusahakan menjadi ibadah.

Di samping itu, hablum minannas tak dilupakan. Potensi diri menjadi khalifah diasah dengan melaksanakan tugas-tugasan demi memartabatkan syiar Islam di seluruh aspek kehidupan. Pendidikan, ekonomi, kebudayaan, pertanian, penternakan dll.

Bila seluruh kehidupannya hanya kerana dan untuk Allah, sesuai dengan janjinya dalam sembahyang, itulah orang yang beragama. Orang begini, hatinya sudah kuat terhubung dengan Allah. Bila berdoa, ditumpahkan seluruh perasaan dan jiwanya kepada Khaliqnya. Benar-benar meminta dan merayu, penuh harap agar hajatnya ditunaikan.

Adakah orang yang hidupnya diabadikan pada bola. Twit bola, fb bola, sembang bola, sms bola, kat Malaysia bola, di Jordan bola, musim sejuk bola, musim panas bola, sedar bola, mimpi bola, berangan bola. Maaf cakap sampai sedang mengadap Allah dalam solat pun hati masih di padang. Mungkin tak ada orang ekstrim macam ni kat bola. Tapi apa yang anjang nak kongsikan ialah, adakah orang yang sudah begitu intim dengan bola akan peduli dengan berita;

“Menurut NASA ribut tropika Sonamu dijangka akan melanda Pantai Timur Malaysia pada 8hb Januari pada kelajuan kira-kira 65km/j?” Lalu kita ajak mereka berdoa, boleh bersungguh-sungguhkah mereka?

Atau orang yang sibuk dengan dunia artis. Gossip artis. Fesyen artis. Cerai berai artis, artis bertunang, kawin, mengandung, bersalin, umrah, haji, ringkasnya kehidupannya sentiasa follow dunia artis, kalau tak ikut rasa ketinggalan sangat, lalu sampai berita agar mendoakan rakyat Malaysia di Pantai Timur di Twitter, maka yang terjadi:

“Tsunami alert news malam ni kat malaysia tapi sekarang Malaysian sedang menonton AJL subhanallah.”

Begitu juga yang sibuk berpolitik. Mabuk dengan kuasa yang belum menjanjikan apa-apa. Mengutuk orang tu, mengutuk orang ni, memuji pemimpin tu, membodek pemimpin ni, menabur janji-janji baru, janji lama harap-harap orang tak ungkit lagi, bila datang bencana alam, mudah ke nak tadah tangan penuh insaf. Atau menggunakannya demi kepentingan politiknya. Atau menyalahkan pihak lawannya. Oh, tak semudah itu untuk berdoa demi kesejahteraan orang lain, penuh ikhlas semata-mata kerana Allah. Lebih-lebih lagi kita di akhir zaman yang gambaran majoriti masyarakatnya:

دِينهم دينار وقبلتهم نساء

Agama (cara hidup) mereka adalah wang-wang dinar mereka, sedangkan kiblat (halatuju/tujuan hidup) mereka adalah perempuan.

Kita sangat perlukan pemimpin. Pemimpin rohani yang terbukti mampu jadikan Islam sebagai ‘millah’, cara hidup, The Way of Life pada dirinya, keluarganya dan jemaahnya. Sebagai bukti, ia mampu dilaksanakan di peringkat lebih tinggi. 

Mzb.

Musolla tepi kolam Istana RSA, Mekah.

10.31am, Jan 7, 2013.

Advertisements

One thought on “***AJL vs ‘Tsunami Alert News’***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s